Pada awal jam pagi pada April 26, 1986, Stesen Janakuasa Nuklear Chernobyl di Ukraine (dahulunya sebahagian dari Soviet Union) meletup, menghasilkan  kini dikenali sebagai bencana nuklear paling teruk didunia pernah dilihat.

Papan tanda amaran dikawasan larangan berhampiran Stesen Janakuasa Nuklear Chernobyl
Kredit sumber imej ; https://www.transcend.org/tms/wp-content/uploads/2016/04/chernobyl-tourism2.jpg

Walau beberapa tahun penyelidikan saintifik dan siasatan kerajaan, terdapat banyak persoalan yang tidak terjawab mengenai kemalangan Chernobyl – terutamanya mengenai impak jangka masa lama terhadap kesihatan tentang kebocoran radiasi besar-besaran kepada sesiapa yang tededah.

“Stesen Janakuasa Nuklear Chernobyl, sehari selepas kejadian”
Kredit sumber imej ; http://www.liverpoolecho.co.uk/news/liverpool-news/remembering-chernobyl-children-visit-noel-3378478

Dimanakah Chernobyl?

Terletak antara 81 batu (130 Km ) utara Bandar Kiev, Ukraine, dan 12 batu (20 Km) selatan dari sempadan bersama Belarus, empat reaktor di Stesen Janakuasa Nuklear Chernobyl telah direka dan dibina sekitar 1970an dan 1980an. Satu tasik buatan (reservoir), secara kasarnya 8.5 batu persegi (22 Kilometer persegi) pada saiz dan diperolehi dari Sungai Pripyat, dihasilkan untuk membekalkan air penyejuk untuk penyejukkan untuk reaktor.

“Bandar Pripyat 1986 (gambar diatas, dan pada 2011 (gambar dibawah)” Kredit sumber imej https://totallycoolpix.com/magazine/2011/04/chernobyl-25-years-later-then-and-now

Bandar terdekat dengan stesen tersebut ialah bandar yang baru dibina Pripyat, yang menempatkan sekitar 50,000 penghuni pada 1986, mengikut Persatuan Nuklear Sedunia (World Nuclear Association). Satu bandar yang lebih kecil, Chernobyl, menempatkan 12,000 penduduk. Baki selanjutnya terdapat di daerah yang kebanyakkannya hutan dan ladang.

Stesen Janakuasa Nuklear Chernobyl menggunakan empat reaktor nuklear yang direka oleh Soviet, iaitu reaktor RBMK-100 – satu rekabentuk yang kini dikenali meluas sebagai “sememangnya rosak”. Reaktor RBMK menggunakan bahanapi diperkaya Uranium U-235 untuk memanaskan air, menghasilkan stim yang mendorong turbin reaktor untuk berpusing dan menghasilkan elektrik.

Dalam kebanyakkan reaktor nuklear, dimana air digunakan sebagai penyejuk dan mengawal tahap kereaktifan teras nuklear, apabila teras memanas dan menghasilkan lebih stim, peningkatan buih stim atau “ruang kosong” (voids) didalam air mengurangkan kereaktifan didalam teras nuklear. Ini adalah ciri-ciri keselamatan penting  ditemui dikebanyakkan reaktor nuklear dibina di Amerika Syarikat dan Negara Barat yang lain.

Tetapi tidak pada RBMK-1000, yang mengunakan grafit untuk mengawal kereaktifan teras-teras dan memastikan tindakbalas nuklear berlaku didalam teras. Sewaktu teras nuklear dipanaskan dan menghasilkan lebih banyak buih stim, teras tersebut menjadi lebih reaktif, tidak kurang, menghasilkan “positive feed-back loop” yang jurutera merujuk kepada “Positive-void coefficient.”

Apa Telah Terjadi?

Pada hari sebelum bencana Nuklear Chernobyl, operator stesen menyediakan penutupan satu kali untuk melaksanakan penyelenggaraan rutin pada reaktor nombor empat. Operator menutup peralatan stesen termasuk mekanisma penutup automatic .Melanggari peraturan keselamatan, mengikut kepada U.N. Scientific Committee on the Effects of Atomic Radiation (UNSCEAR).

Pada 1:23 Pagi April 26, apabila rod bahanapi nuklear yang sangat panas diturunkan kedalam air penyejuk, terhasil wap stim yang sangat besar terhasil, Oleh kerana kecacatan rekabentuk reaktor RBMK – Terhasil lebihan kereaktifan didalam teras nuklear bernombor empat. Peningkatan kuasa mendadak menyebabkan letupan yang amat besar yang menyebabkan kepingan seberat 1,000 tan yang menutup teras nuklear tercabut, membebaskan radiasi ke atmosfera dan memotong bekalan penyejuk kepada reaktor.

Beberapa saat kemudian, satu letupan kuat dengan kuasa yang lebih hebat dari yang meletupkan bangunan reaktor pertama dahulu dan “memuntahkan” grafit yang terbakar dan bahagian teras reaktor disekitar stesen, memulakan kebakaran marak yang dasyhat disekitar reaktor dan reaktor bernombor 4, yang sedang beroperasi disaat letupan.

Sisa jatuhan radioaktif (Radioactive Fallout)
Letupan tersebut membunuh dua pekerja stesen tersebut, dan beberapa pekerja meninggal dalam beberapa jam selepas kemalangan. Untuk beberapa hari, sebaik sahaja krew kecemasan cuba dengan yterdesaknya untuk mengawal kebakaran dan kebocoran radiasi, kadar kematian meningkat sebaik sahaja pekerja stesen tersebut maut akibat sakit teruk dari radiasi.

Kebanyakkan radiasi yang dilepaskan dari reaktor nuklear yang gagal tersebut adalah dari Iodin-131, Cesium-134 dan Cesium-137. Iodin-131 mempunyai separuh hayat (half-life) 8 hari, mengikut UNSCEAR, tetapi dengan pantas dihidu melalui udara dan bertempat di kelenjar tiroid. Isotop Cesium mempunyai separuh hayat yang lebih lama (Cesium-137 mempunyai separuh hayat sehingga 30 tahun) dan menjadi kebimbangan untuk beberapa tahun mendatang setelah ia bebas ke alam sekitar.

Pada April 27, penduduk Pripyat dipindahkan – sekitar 36 jam selepas kemalangan terjadi. Pada waktu itu, ramai mengadu mengenai muntah yang kerap, sakit kepala dan tanda-tanda sakit dari radiasi. Pihak berkuasa akhirnya menutup 18 batu (30 Km) kawasan sekitar stesen; penduduk diberitahu mereka boleh pulang selepas beberapa hari, barang peribadi ditinggalkan sangat banyak termasuklah barang berharga.

28 dari pekerja Chernobyl maut dalam 4 bulan berikutan kemalangan tersebut, mengikut, mengikut “U.S Nuclear Regulatory Commission (NRC), termasuk pekerja “perwira” yang tahu mendedahkan diri mereka kepada nilai radiasi yang membawa maut didalam usaha untuk menlindungi fasiliti dari kebocoran nuklear yang lebih lagi.

“Dos tertinggi dikenakan pada pekerja yang tersenarai membersih bumbung Chernobyl dari serpihan letupan, awalnya robot digunakan untuk membersihkannya namun akibat radiasi tinggi, litar elektronik robot tersebut rosak. Sinar cahaya di bawah foto kelihatan hasil dari radiasi merbahaya yang memberi kepada filem negatif ini.”
Kredit sumber imej ; http://imgur.com/hWUcmpl
“Servis memorial diadakan selepas 30 tahun kepada “perwira” yang maut membersihkan Stesen tersebut kesan daripada radiasi”
Kredit sumber imej ; http://www.dailymail.co.uk/news/article-3558882/On-30th-anniversary-Chernobyl-disaster-Ukraine-remembers-victims.html
Hutan mati di tapak Chernobyl
Sumber kredit imej: dreamstime
“Haiwan liar mengalami kecacatan genetik dan kelahiran akibat
Kerosakan sel DNA dari radiasi berpunca dari Stesen Janakuasa Nuklear Chernobyl”
Sumber kredit imej: https://chernobylguide.com/chernobyl_mutations

Impak Alam Sekitar

Sejurus selepas kebocoran Nuklear dari Chernobyl terhasil, pokok-pokok dihutan belantara yang berada disekitar stesen tersebut mati akibat nilai radiasi yang tinggi. Daerah tersebut menjadi “Red Forest” (Hutan bewarna perang) kerana pokok yang mati bertukar menjadi warna halia terang. Pokok-pokok akhirnya dihancurkan dan ditanam didalam parit.

Reaktor yang musnah telah ditutup dengan keadaan tergesa-gesa didalam makam konkrit (sarcophagus) dengan niat untuk membendung radiasi yang tinggal:Bagaimana efektif makan konkrit tersebut walauapapun—untuk kekal sehingga ke masa akan datang – adalah tertakluk kepada perdebatan saintifik yang hangat. Pelan untuk membina struktur pembendung yang lebih selamat dan kekal sekitar reaktor telahpun diimplementasikan.

“Concrete Sarchophagus” (makam konkrit) dibina khas untuk mengelakkan radiasi terbocor yang dibina sejurus selepas kemalangan tersebut sedang dicerai-beraikan untuk pembinaan struktur pembendung yang baru
Sumber kredit imej : http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2016/04/18/15/334AE13B00000578-0-image-a-141_1460989363927.jpg
Struktur pembendung yang baru yang dikatakan akan “bertahan sehingga 100 tahun” (Gambar tahun 2014)
Sumber kredit maklumat : http://theconversation.com/chernobyl-new-tomb-will-make-site-safe-for-100-years-58025

Meskipun dengan pembendungan pada tapak – Dan masih menwujudkan risiko dalam mengoperasikan reaktor dengan kecacatan rekabentuk yang serius – Stesen Janakuasa Nuklear Chernobyl terus beroperasi untuk beberapa tahun seterusnya, sehingga reaktor terakhir ditutup pada Disember 2000. Stesen tersebut, pekan hantu Pripyat dan Chernobyl, dan kawasan besar disekeliling stesen tersebut dikenali sebagai “Zon pengasingan” dan sebahagian besarnya luar had dari kemasukan  manusia.

“Pelancong melawat tapak kejadian bencana Nuklear tersebut, namun keselamatan mereka tidak boleh dijamin”
Sumber kredit imej : https://dsocdn.akamaized.net/Assets/Images_Upload/2016/04/25/88e95a3e-0b07-11e6-b347-d10076dc1f59_web_scale_0.4032258_0.4032258__.jpg?maxheight=513&maxwidth=767&scale=both

Terdapat pengecualian, walaubagaimanapun. Beberapa bekas penduduk kawasan tersebut telah pulang kerumah, walaupun risiko terdedah dari radiasi. Saintis, pegawai kerajaan dan kakitangan dibenarkan untuk berada didalam kawasan tersebut untuk pemeriksaan dan tujuan lain. Sehingga 2011, Ukraine membuka kawasan tersebut kepada pelancong yang ingin lihat secara dekat dan kesan bencana tersebut.

Chernobyl Kini

Daerahnya kini dikenali secara meluasnya sebagai tempat perlindungan hidupan liar didunia. Populasi yang berkembang seperti serigala, rusa, lynx, beaver, helang, babi hutan, elk, beruang dan haiwan lain telah didokumentasikan didalam hutan belantara yang tebal yang kini dikeliling tumbuhan yang sunyi sepi. Hanya beberapa kesan radiasi, seperti pokok yang terbantut tumbuh di kawasan yang tinggi radiasi dan haiwan dengan aras Cesium-137 yang tinggi didalam badan mereka, diketahui untuk ditemui.

Tetapi ia bukanlah mencadangkan kawasan tersebut kembali normal disatu tahap pada masa akan datang. Kerana radiasi yang mempunyai separa hayat yang lama yang berada di daerah Stesen Janakuasa Chernobyl, tidak akan selamat untuk diduduki manusia sekurang-kurangnya 20,000 tahun.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan lepasan Diploma didalam bidang Senibina (Architecture) dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas, Kelantan dan bakal melanjutkan lagi pengajian senibina di Universiti Kebangsaan Malaysia (Insyallah). Bekerja disebuah syarikat melukis pelan buat masa ini. 5 Tahun pengalaman dengan Autocad dan 3D render, pernah menghasilkan karya model Titanic dari kotak yang telah menjadi perhatian pengunjung di Pertubuhan Akitek Malaysia pada 2017 (MAYAS Art Exhibition by Pertubuhan Akitek Malaysia). Hobi suka menulis mengenai teknologi kejuruteraan senibina, tenaga hijau dan sains , melukis dan membuat model pada masa lapang. Amat meminati sejarah peradaban Islam, ketamadunan Melayu dan Yunani

Leave A Reply