Sebut saja nama Charlie Chaplin, ramai membayangkan gelagat komedinya sebagai The Tramp atau watak satira Si Misai Kontot dalam filem The Great Dictator. Tetapi tidak ramai tahu, pada satu ketika dalam kehidupannya, beliau dihalang daripada menjejakkan kaki di Amerika Syarikat selama 20 tahun. Dan ia didorong oleh pelbagai sebab termasuk ironinya filem The Great Dictator sendiri.

Rajah 1: Poster filem The Great Dictator

Plot filem berkisar tentang kisah seorang tukang gunting rambut yang tiba-tiba disuruh menyamar sebagai diktator sebuah negara di Eropah. Filem satira ini memperlekeh Si Misai Kontot habis-habisan dan menjadi pilihan beberapa pemimpin negara Bersekutu seperti Sir Winston Churchill (Britain) dan Franklin Roosevelt (AS). Malah, Chaplin pernah dijemput menghadiri beberapa program berunsur kenegaraan di AS untuk membacakan ucapan pada akhir filem bagi menyebarkan mesej anti-fas_isme.

Bagaimanapun, tidak semua berkongsi minat terhadap filem berkenaan seperti pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), J. Edgar Hoover. Bagi Hoover, yang mengatakan bahawa mesej anti-peper_angan dan anti-fas_isme yang dibawa pada akhir filem menunjukkan Chaplin sehinggakan menuduhnya sebagai seorang kom_unis dan patut dihalang daripada terus menyebarkan mesej yang dibawanya.

Dua tahun selepas tamat Per_ang Dunia Kedua, beliau menghasilkan sebuah filem komedi gelap bertajuk Monsieur Verdoux. Filem ini mengisahkan seorang kerani bank Perancis yang diberhentikan kerja oleh majikannya dan terpaksa berkahwin dengan janda-janda kaya sebelum isteri-isteri barunya itu dibu_nuh bagi menyara kehidupan keluarganya. Filem ini terhasil selepas Orson Welles mahukan Chaplin berlakon dalam sebuah filem berkenaan pembu_nuh bersiri Perancis, Henri Desire Landru.

Rajah 2: Poster filem Monsieur Verdoux

Begitupun, filem ini tidak mendapat sambutan hangat di AS atas banyak sebab. Pertama, mesej filem secara jelas menolak kapitalisme, anti-peper_angan dan mengkritik gelagat negara-negara kuasa besar berlumba-lumba menghasilkan sen_jata kemus_nahan besar-besaran. Kedua, imej Chaplin ketika itu sudah terjejas teruk akibat sk.an.dal Joan Barry[1] dan kaitan hubungannya dengan komu_nisme termasuk mempunyai hubungan rapat dengan beberapa suspek kom_unis dan menghadiri beberapa program yang dianjurkan diplomat Kesatuan Soviet.

Rajah 3: Joan Barry

Dan penulis tidak terkejut disebabkan semua ini, namanya sudah diperhatikan oleh agensi-agensi perisikan. Pada tahun 2003, satu memo yang dinyahsulit milik Pejabat Kementerian Luar Britain mendedahkan penulis novel 1984, George Orwell menuduh Chaplin sebagai seorang kom_unis. Namanya disenaraikan dalam senarai 35 nama yang diserahkan Orwell kepada unit propaganda kementerian pada tahun 1949.

Pada tahun 1952, Chaplin menghasilkan filem semi-autobiografinya bertajuk Limelight yang menyaksikan beliau bekerjasama dengan pelakon komedi terkenal Buster Keaton. Tidak ramai tahu kerjasama mereka buat kali pertama ini juga merupakan kerjasama terakhir dua nama besar dalam filem komedi itu. Seolah-olah mengetahui masanya di AS akan berakhir, Chaplin memberitahu rakan pelakon dan krew bahawa beliau mungkin tidak akan kembali ke negara Uncle Sam itu.

Rajah 4: Poster filem Limelight

Tatkala dalam perjalanan ke Britain untuk menghadiri sesi tayangan perdana Limelight pada September 1952, kerajaan AS menerusi Peguam Negara James P. McGranery mengeluarkan arahan membatalkan permit kemasukan semula Chaplin. Walaupun arahan tersebut boleh dicabar di mahkamah, beliau memilih untuk tidak melakukannya dan berhijrah ke Switzerland pada 1953. Chaplin turut mengarahkan semua aset AS termasuk rumah, studio dan pegangan sahamnya dalam syarikat produksi United Artists[2] dijual.

Chaplin kemudiannya menghasilkan sebuah filem bertajuk A King in New York setahun kemudian. Filem ini dilihat sebagai kritikan keras beliau terhadap pendirian keras AS kepada orang sepertinya. Penggiat teater John Osborne menyifatkan filem tersebut sebagai filem paling peribadi pernah dihasilkan Chaplin.

Pada tahun 60-an, sentimen anti-kom_unis AS semakin berkurangan sekaligus mendorong ramai orang termasuk pengkritik menilai semula filem-filem Chaplin. Perlahan-lahan minat orang ramai terhadap bintang filem bisu itu kembali bertambah. Bagaimanapun pada ketika itu, Chaplin juga sudah mula berdepan pelbagai masalah kesihatan termasuk strok.

Pada 1972, Akademi Kesenian dan Sains Perfileman memutuskan untuk menganugerahkan anugerah Oscar terhormat kepada Chaplin bagi mengenang jasanya kepada dunia perfileman AS. Pada awalnya, beliau agak keberatan untuk berbuat demikian. Tetapi beliau akhirnya memilih menerima anugerah tersebut dan kembali ke AS dalam tempoh 20 tahun.

Rajah 5: Chaplin (kanan) semasa menerima anugerah daripada pelakon dan pemuzik Jack Lemmon

Pada malam penyampaian anugerah, Chaplin mendapat tepukan gemuruh daripada tetamu yang hadir selama 12 minit semasa menerima anugerah. Tepukan sebegini direkodkan sebagai paling lama pernah dibuat dalam sejarah anugerah. Ia dilihat bukan saja pengiktirafan kepada jasanya terhadap dunia perfileman tetapi satu bentuk permohonan maaf kepada pelakon ikonik filem bisu itu.

NOTA KAKI:

[1] Sk.and.al Joan Barry ialah sk.an.dal di mana Chaplin dikatakan menghamilkan pelakon wanita itu pada tahun 40-an. Selepas memfailkan saman di mahkamah untuk membuktikan dakwaan tersebut, hakim mengisytiharkan Chaplin sebagai bapa kepada anak Barry, Carol Ann dan diperintah menyara kehidupannya sehingga dia berusia 21 tahun pada akhir tahun 1944.

[2] Syarikat produksi yang diasaskan pada Februari 1919. Diasaskan oleh  D. W. Griffith, Charlie Chaplin, Mary Pickford dan Douglas Fairbanks. Kini merupakan sebahagian daripada Metro-Goldwyn-Mayer dan dikenali sebagai United Artists Releasing.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.