Charles III & Raja Berpelembagaan

0
628
views

Dalam filem yang ditetapkan di masa hadapan ini, Raja Charles III (kini masih lagi bergelar Prince Charles) bergelut dengan Perdana Menteri kerana enggan memberikan perkenan untuk meluluskan Rang Undang-Undang yang menyekat kebebasan akhbar. PM Evans kemudian mengancam untuk meluluskan undang-undang baru yang akan memansuhkan Perkenan Diraja (Royal Assent) dan menuduh Raja Charless III ‘overstepping authority’ dalam pentadbiran. Dalam babak dramatik filem ini, Raja Charles III memasuki House of Commons, menggunakan prerogatif Diraja memecat kesemua menterinya dan memerintahkan pilihanraya baru diadakan.

Kewujudan monarki berpelembagaan memberikan imbangan kepada naratif populis dan demagogi tidak terkawal. Dalam filem ini, kehadiran raja diperlukan untuk mengimbangi kekuasaan pentadbiran.

Jetpack Langkawi

Kuasa sebenar raja berpelembagaan adalah untuk ‘menidakkan kuasa mutlak’ kepada sesiapa. Dalam menulis berkaitan monarki British, seorang penulis (DEO Hughes) telah menulis surat kepada akhbar The Telegraph; “we should all bear carefully in mind the constitutional safeguards inherent in the monarchy: While the Queen occupies the highest office of state, no one can take over the government. While she is head of the law, no politician can take over the courts. While she is ultimately in command of the Armed Forces, no would-be dictator can take over the Army. The Queen’s only power, in short, is to deny power to anyone else. Any attempt to tamper with the royal prerogative must be firmly resisted”.