Tamadun Inca merupakan salah sebuah tamadun pra-Columbia yang paling masyhur pernah wujud di Peru. Walau bagaimanapun, sebelum ia bangkit menggapai hegemoni serantau, terdapat beberapa buah tamadun lain yang pada hari ini namanya jarang sekali disebut dan diberikan perhatian oleh para penggemar sejarah silam rantau berkenaan.

Antara tamadun yang dimaksudkan di sini ialah Kerajaan Chimor. Ia merupakan tamadun Peruvian paling besar yang pernah wujud di situ sebelum kemunculan tamadun Inca. Kerajaan Chimor bertanggungjawab membina salah sebuah kota agung di Amerika Selatan pada zaman pra-Columbia, iaitu Chan Chan.

Indah…

Chan Chan, yang secara harfiahnya bermaksud ‘Matahari Matahari’, terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari bandar Trujillo, Peru. Atau lebih tepat, lokasinya bertempat di sebuah lembah subur di Moche dan Santa Catalaina.

Kota tersebut dibangunkan pada tahun 850 M dan kefungsiannya berlangsung lama sehinggalah ia jatuh ke tangan Empayar Inca pada tahun 1470 M. Chan Chan bukan sekadar menyandang kedudukan sebagai ibu kota Kerajaan Chimor, akan tetapi ia merupakan antara kompleks batu jemur terbesar di dunia.

Luas keseluruhan Chan Chan mencecah hampir 20 km persegi, dengan pusat kotanya pula berkeluasan 6 km persegi. Pada zaman kemuncaknya, iaitu pada tahun 1200 M, ktoa ini menempatkan kira-kira 100,000 orang penduduk. Keseluruhan kota ini, bermula dari kuil-kuilnya yang paling agung hinggalah rumah-rumah kediamannya yang paling kecil, dibina sepenuhnya daripada tanah liar. Lebih mengagumkan, hampir keseluruhan kota ini dihiasi dengan relif, patung, dan ukiran dinding.

Kota Chan-Chan

Kota Chan Chan boleh dikatakan menggambarkan struktur politik dan sosial Kerajaan Chimu. Hal ini terbukti menerusi pelan susun atur kota itu sendiri. Bahagian pusat kota Chan Chan terdiri daripada sembilan buah kompleks berbentuk segi empat tepat, yang dikenali sebagai citadel atau istana. Citadel-citadel ini disempadani oleh tembok tanah yang tinggi dan tebal sekaligus membentuk sejumlah presin. Presin-presin ini kemudian dipenuhi dengan bermacam-macam bangunan.

Arkeologis sedang membuat kerja penggalian.

Antaranya seperti kuil, rumah kediaman, dan gudang. Kawasan citadel ini juga menempatkan empangan dan permakaman diraja. Menyusuli sembilan buah citadel atau presin ini adalah 32 buah kawasan yang separa-dipenuhi dengan bangunan-bangunan dan empat buah kawasan yang dikhususkan untuk sektor pembuatan, seperti anyaman tekstil, pertukangan logam, dan pertukangan kayu.

Jauh di bahagian utara, timur, dan barat kota pula ditempatkan kawasan pertanian-giat dan sebuah sistem perairan. Menerusi susun atur kota Chan-Chan itu sendiri, kita dapat menyaksikan struktur hierarki yang jelas, di mana kelompok utama masyarakat disokong oleh artisan-artisan di kawasan pinggiran dan para petani di kawasan pertanian.


Pelan susun atur citadel-citadel di kota Chan Chan

Orang Eropah pertama yang menyaksikan kemegahan kota Chan Chan dengan mata kepalanya sendiri ialah Francisco Pizarro dan tentera-tentera Sepanyol yang tiba di sana sekitar tahun 1532 M. Semenjak itu, kota tersebut mula menjadi mangsa rompakan pemburu-pemburu harta karun dari Sepanyol, dan para huaquero tempatan (‘perompak kubur’ dalam bahasa Quechua).

Dalam catatan-catatan yang dilakukan oleh rombongan Pizarro, tembok dan bangunan-bangunan lain Chan Chan dihiasi dengan logam-logam berharga. Misalnya, Pedro Pizarro, salah seorang kerabat Francisco, menyatakan bahawa pintu gerbang kota disepuhi perak yang dianggarkan nilai keseluruhannya mencecah lebih $2 juta mengikut kadar harga masa kini.

Usaha pemeliharaan Chan Chan telah pun dilakukan, namun adakah ia memadai?

Walaupun Chan Chan diancam oleh kehadiran pemburu-pemburu harta karun, ia bukanlah masalah paling besar yang dihadapinya. Akan tetapi, ancaman utama yang berupaya menjejaskan Chan Chan adalah cuaca, memandangkan kota tersebut dibina sepenuhnya daripada batu jemur.

Semasa Kerajaan Chimor masih wujud, fenomena El Nino yang berlaku setiap 25-50 tahun, telah mengakibatkan kerosakan teruk pada kota Chan Chan. Maka apatahlagi pada hari ini, di mana cuaca semakin mengancam keadaan kota tersebut.

Kadar hakisan yang berlaku di tapak bersejarah itu semakin meningkat, namun ahli-ahli arkeologi berusaha seupaya mungkin untuk memeliharanya. Antaranya, mereka mendirikan struktur-struktur yang berbentuk seperti khemah bagi meneduhi kota itu dari hujan. Walau bagaimanapun, untuk jangka masa panjang, tentunya usaha-usaha ini masih belum mencukupi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.