India sememangnya menempatkan banyak monumen bersejarah yang mempunyai seni bina mengagumkan, antaranya seperti Taman Arkeologi Champaner-Pavagadh. Taman arkeologi ini merangkumi sebuah kota dan struktur-struktur megah yang dipengaruhi seni bina pelbagai budaya meliputi Hindu, Jain, dan Islam. Oleh kerana itu, tapak Warisan Dunia UNESCO satu ini dianggap sebagai salah sebuah tapak warisan budaya paling penting di India.

SEJARAH TAMAN ARKEOLOGI CHAMPANER-PAVAGADH

Kawasan taman arkeologi ini telah pun dihuni sekurang-kurangnya sejak Zaman Logam, sebelum ia kemudiannya ditinggalkan. Menurut legenda, sebuah petempatan mapan ditubuhkan di situ sekitar tahun 400 Masehi oleh dewa Hindu.

Sementara itu, hasil saintifik pula mendapati sebuah kota dibangunkan di kawasan tersebut pada kurun ke-8 Masehi oleh Vanaraja si raja Dinasti Chavada bagi menghormati Panglima Champa. Ramai raja Hindu memerintah rantau itu menerusi sebuah kubu yang didirikan di Bukit Pavagadh.

Pada tahun 1297, raja Hindu yang bernama Ram Gaur Tuar tewas dalam pep3r4ngan dan kota yang ditadbirnya habis dij4r4h oleh t3nt3ra Muslim dari Dinasti Khaliji. Apapun, dominasi Muslim ke atas kota itu tidak berpanjangan dan ia diambil-alih oleh Rajput.

Rajput berupaya mendepani s3r4ngan-s3r4ngan Muslim sehingga kurun ke-16, di mana pada kurun tersebut mereka kalah di tangan Sultan Gujarat. Sejumlah tentera Rajput kemudian memeluk Islam dan kota itu diubah namanya menjadi Mahmudabad Champaner.

Masjid Kevda, sebahagian daripada Taman Arkeologi Champaner-Pavagadh

Kota ini meraih kepesatan menerusi sektor pembuatan dan perdagangan. Namun pada 1530an, kota tersebut dij4r4h oleh Mughal sekaligus menghumbannya ke era kemunduran dan menjelang lewat kurun ke-16, ia mula ditinggalkan.

Semasa pegawai British mengunjungi kawasan berkenaan pada 1800an, mereka hanya menjumpai ratusan sahaja warga tempatan yang masih tinggal. Lama-kelamaan, kegemilangan kota itu dihidupkan semula. Masyarakat India yang menetap di sana juga banyak membantu memelihara tapak berkenaan dan pada hari ini, ia menjadi salah sebuah destinasi pelancong terpenting di Gujarat.

KEINDAHAN TAMAN ARKEOLOGI CHAMPANER-PAVAGADH

Taman arkeologi Champaner-Pavagadh mempunyai keluasan sehingga 1330 hektar (3280 ekar). Kawasan ini dimercui oleh kvbu bersejarah di Bukit Pavagadh yang masih lengkap dengan pintu-pintu gerbangnya yang megah.

Di sana juga terdapat sebuah kuil Hindu yang diapit oleh menara-menara bercahaya, di mana ia menjadi destinasi kunjungan para penganut agama itu pada setiap tahun.

Di puncak Bukit Pavagadh berdiri Kuil Kalika Mata yang menjadi tempat berlangsungnya sebuah festival Hindu. Bukit itu juga menempatkan sejumlah kuil Jain yang dibina pada zaman pertengahan. Tembok-tembok Champaner pula boleh dijejak kembali tarikh pembinaannya pada kurun ke-15 Masehi.

Kuil Kalika Mata di puncak Bukit Pavagadh – Gujarat, India

Secara keseluruhan, taman arkeologi ini merangkumi sebelas jenis bangunan dan kira-kira 114 buah puing runtuhan bersejarah. Antara tinggalan terpenting di taman arkeologi ini adalah sebuah perigi bertingkat yang dahulunya berfungsi sebagai sumber bekalan air dan turut dianggap sebagai tempat suci.

Tapak ini juga menempatkan berdozen masjid dan masjid paling utama di antara semua adalah Masjid Jamek tahun 1656 yang dipengaruhi seni bina Muslim dan Hindu. Masjid setinggi dua tingkat ini dilengkapi dengan sejumlah menara.

Begitu juga dengan Masjid Kevda yang walaupun saiznya lebih kecil, ia meraih kemasyhuran tersendiri menerusi minaret-minaretnya yang dihiasi kekubah berbentuk glob.

Di perkarangan diraja pula, terdapat beberapa buah m4k4m raja Muslim seperti m4k4m Sakar Khan dan makam seorang wali yang masing-masing dihiasi dengan pelbagai warna. Sejumlah astaka dibina di sekeliling tasik-buatan sekaligus menambahkan lagi ciri estetika taman arkeologi ini.

Selain runtuhan menara tinjau dan kilang cetak, terdapat juga di sana beberapa buah jelapang bata yang dibina bagi tujuan menyimpan bekalan makanan untuk kegunaan pasukan t3nt3ra yang berkawal di kota.

MENGUNJUNGI TAMAN ARKEOLOGI CHAMPANER-PAVAGADH DI INDIA

Tapak bersejarah ini terletak kira-kira 85 batu (144km) dari Ahmedabad dan pelancong boleh mengunjunginya dengan menaiki pengangkutan awam. Sejumlah bayaran dikenakan sebelum pelancong dibenarkan untuk memasuki kawasan tersebut.

Papan maklumat dan papan penunjuk arah juga disediakan oleh pihak kerajaan supaya dapat menambahkan lagi pengalaman para pelancong dalam menikmati keindahan Champaner-Pavagadh.

RUJUKAN:

Ed Whelan. (14 Ogos 2020). Champaner-Pavagadh, the Essence of Religious Harmony. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/champaner-pavagadh-0014119


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.