Rakyat Malaysia mungkin tidak mengenali The Halal Guys yang masih belum memasuki pasaran negara untuk bersaing bersama Kentucky Friend Chicken, McDonald’s dan Texas Chicken. Bagi yang pernah pergi ke Jakarta mungkin tahu kerana The Halal Guys sudahpun bertapak di West Mall, meskipun dengan penarafan rendah di TripAdvisor.

Namun kalau tengok di Google News, tidak pelik kalau setiap bulan The Halal Guys membuka cawangan baharu di Amerika Syarikat. Pada 17 Disember 2019, mereka membuka di Garden Oaks, Houston (3008 Ella Boulevard) dengan pelaburan daripada Masroor Fatany (Sandler 2019). Hari itu juga menyaksikan pembukaan di Duluth, Georgia (3455 Peachtree Industrial Boulevard) dimana 300 orang menyerbu (Industry News, 2019). Dua hari kemudian pula, The Halal Guys membuka cawangan di Gaithersburg, Maryland (522 N. Frederick Avenue) dengan cabutan bertuah iPad, televisyen dan wang tunai (Grunberger, 2019).

Dan pada 6 Januari 2020 pun, satu lagi cawangan The Halal Guys yang dibuka di Houston, Texas (3008 Ella Boulevard) menikmati penarafan baik daripada 20 orang di Yelp (Hoodline, 2020). Antaranya:

“Unbelievably stoked Halal Guys opened in my hood! As always, the gyro platter is excellent. But the difference-maker was Amy and the staff. They’re so unbelievably warm and friendly.” – Christoper W.

“I love this place! I’m so happy they are in the neighborhood! If you haven’t tried it you are missing out. The platter is awesome!” – Laura P.

“Customer service was great and Stephanie was very nice! We’re excited that The Halal Guys are on our side of town. We ordered the combo plate and combo sandwich with fries and a chocolate chip cookie. The meats were slightly dry but hopefully they’ll improve it once they’re better established.” – Wendy H.

Senang kata The Halal Guys sedang mekar bagaikan cendawan selepas hujan, sambil mengekalkan aspek tradisi da nasal-usul. Di sebalik kemasyhuran dan populariti, The Halal Guys mempunyai permulaan seperti perniagaan lain – daribawah dengan persaingan yang begitu kentalnya. Berdirinya The Halal Guys pada tahun 1990 di Manhattan, sebuah “daerah-raya” yang saiznya lebih kecil daripada Putrajaya. Tetapi dimana Putrajaya mempunyai 91,900 penduduk (2018), Manhattan mendongak dengan populasi 1.487 juta (1990).

Disinilah bertapaknya sebuah perniagaan kereta tolak hotdog yang diusahakan Mohamed Abouelenein, Ahmed Elsaka dan Abdelbaset Elsayed.

Lokasi mereka pilih ialah sudut 53rd Street dan Sixth Avenue (Kuruvilla, 2013).

Namun perniagan hotdog sangatlah generik. Hasil jualan selama dua tahun tidaklah memberangsangkan, ditambah pula perlu bahagi tiga. Jadi Abouelenein merombak semula menu perniagaan. Pada tahun 1992 mereka memperbaharui perniagaan dengan jualan ayam, daging gyro dan pita nasi. Bak kata John Wade, the rest is history. Tawaran makanan yang mengenyangkan lagi murah pula mencetuskan  luar biasa.

Penyertaan kental The Halal Guys bermula daripada industri teksi yang dianggotai umat Islam. Merekalah yang memberikan sokongan kental dan moral sampai menguar-uarkan kepada pelanggan-pelanggan teksi mereka. Hidangan utama The Halal Guys pula ayam dan nasi dalam pinggan pakai buang, sekaligus senang untuk dimakan di mana-mana saja dengan bersih lagi kenyang, serta halal (The Halal Guys).

Sokongan umat Islam berkembang sampai The Halal Guys disapu licin oleh pelanggan-pelanggan bukan Islam juga. Menu mudah yang ditampal dalam kertas berlapis (laminated) menarik perhatian ramai. Ketiga-tiga pemilik ini kemudian menerima anjakan apabila The Halal Guys disertai Mohammed Rahman, seorang warga Bangladesh yang bekerja sebagai penolong chef besar di Russian Tea Room. Rahman berhenti kerja selepas mencuba makanan mereka. Pada masa itu, ramai berasa tidak selesa dengan paparan halal oleh kerana permainan media.

Dan perlahan-lahan The Halal Guys mengambil alih perindustrian makanan tepi jalan daripada dominasi hotdog. Bagi Abouelenein, pengalaman mengajarnya bahawa (1) hotdog bukanlah suatu makanan yang mengeyangkan dan (2) pemandu-pemandu teksi pula didominasi warga daripada Mesir dan Pakistan yang sengsara kerana “no halal” (Knafo, 2007). Kerana The Halal Guys, terjadinya suatu fenomena: “halal” ialah makanan dibenarkan menurut al-Qur’an. Tetapi bagi warga New York (yang bukan Islam), “halal” ialah makanan The Halal Guys. Jadi pada masa itu, menu yang tulis “halal” membawa definisi ayam goreng berminyak atau daging gyro dengan nasi kekuningan dan bersayur serta sos pedas.

Daripada kereta tolak, mereka mendapat kedai dan akhirnya dicadangkan pemfrancaisan. Namun mereka tolak berkali-kali demi menjaga tradisi makanan. Pada tahun 2014 selepas menyaksikan kejayaan Qdoba Mexican Grill dan Five Guys, mereka mengupah syarikat pembangunan Fransmart untuk melancarkan pengembangan bertahun-tahun sehinggalah berjaya menggapai 200 lokasi.

Sejarah 30 tahunnya mekar dengan pelbagai jenis pencapaian. The Halal Guys menjadi salah satu daripada empat finalis bagi Vendy Award. Chef Christopher Lee pun menjadi pelanggan tetap mereka.

Kejayaan daripada kereta tolak mereka merentasi Lautan Pasifik sampai didengari di Hawaii pun pada zaman tiada Internet laju apatah lagi Facebook. Dan setiap masa pelanggan sanggup beratur panjang, dimana Chef Lee pernah beratur menunggu selama dua jam setengah kesejukan pada ambang Krismas demi makanan The Halal Guys (Food & Wine, 2006).

Lihat saja barisan-barisan pelanggan:

Jadi sesiapa yang berada di kawasan The Halal Guys, cubalah rasa. Terutamanya jika ada di Manhattan, dimana kereta tolaknya masih ada di lokasi tersebut. Pada 28 Oktober 2006, The Halal Guys pernah terheret ke muka akhbar kerana berlakunya suatu pergelutan semasa pelanggan beratur. Seorang pemuda 23 tahun bernama Ziad Tayeh telah menik4m dan membvnvh Tyrone Gibbons.

Dan Tayeh dibebaskan kerana sekadar mempertahankan diri kerana Gibbons berang apabila gagal memotong barisan. Demi makanan The Halal Guys – potong barisan – dan berakhir begitu sahaja di tepi jalan. Sejak hari itu, The Halal Guys terpaksa mengupah bouncer.

RUJUKAN:

Food & Wine. (2006, June 30). Interview with Best New Chef Christopher Lee. Retrieved from https://www.foodandwine.com/articles/interview-christopher-lee

Grunberger, A. (2019, December 19). The Halal Guys Opens Friday in Gaithersburg. Retrieved from https://patch.com/maryland/gaithersburg/halal-guys-opens-friday-gaithersburg

The Halal Guys. (n.d.) Our Story. Retrieved from https://thehalalguys.com/our-story/

Hoodline. (2019, January 6). The Halal Guys unveils new location in Central Northwest. Retrieved from https://hoodline.com/2020/01/the-halal-guys-unveils-new-location-in-central-northwest

Knafo, S. (2007, July 29). Decline of the Dog. Retrieved from https://www.nytimes.com/2007/07/29/nyregion/thecity/29hala.html?ref=thecity

Kuruvilla, C. (2013, October 2). Halal Guys food cart to open restaurant in East Village. Retrieved from https://www.nydailynews.com/life-style/eats/halal-guys-food-cart-open-restaurant-east-village-article-1.1474330

Industry News. (2019, December 17). The Halal Guys Expanding in Georgia with Duluth Opening. Retrieved from https://www.qsrmagazine.com/news/halal-guys-expanding-georgia-duluth-opening


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.