Mungkin anda pernah melihat beberapa peniaga pasar malam menjual CD atau DVD cetak rompak. Seiring dengan kemajuan teknologi, cetak rompak kini beralih dari fizikal kepada digital. Melalui cetak rompak digital, kegiatan ini sukar diambil tindakan kerana kebanyakan pengguna media sosial tidak tahu adakah ia adalah perbuatan yang salah.

Cetak rompak digital bermaksud adalah memuat naik kandungan penuh album lagu, filem dan lain-lain tanpa keizinan. Memuat naik karya orang lain tanpa keizinan ialah kesalahan jenayah sama seperti merompak. Pihak Youtube juga ada menjelaskan hal ini dalam garis panduan mereka. Berikut ialah emel yang akan diterima jika melanggar garis panduan Youtube.

Dear ‘matmoto91’,

Your video “Lagu Raya”, may have content that is owned or licensed by APRA_CS, COMPASS_CS, WAMI_CS, MACP, and CASH, but it’s still available on YouTube! In some cases, ads may appear next to it.

If this is your performance of a 3rd party song then you can still make money from this video. Click here to change your monetization settings.

This claim is not penalizing your account status. Visit your Copyright Notice page for more details on the policy applied to your video.

– The YouTube Team

Akta Hak Cipta 1987 juga menetapkan bahawa membuat salinan karya dan mengagihkan kepada umum tanpa izin pemilik karya merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. Menurut Akta Hak Cipta 1987, Bahagian II dibawah Peruntukan Am :

Karya yang layak mendapat hak cipta:

(a) karya sastera;

(b) karya muzik;

(c) karya seni;

(d) filem;

(e) rakaman bunyi; dan

(f) siaran.

Karya adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya itu dihasilkan. Tetapi pihak yang melakukan kesalahan ini sentiasa berdegil dan tidak rasa bersalah mengedarkan secara digital. Alasannya mencari duit makan. Ironinya, perbuatan ini seperti Robin Hood – niat tidak menghalalkan cara atau dengan kata lainnya, buat duit atas angin.

Pengkarya berhempas pulas menghasilkan sebuah karya. Masa, wang ringgit dan tenaga banyak dihabiskan demi karya tersebut. Tambahan lagi, membikin lagu sudah semestinya bukan percuma. Pemuzik sepenuh masa meraih keuntungan melalui royalti. Bayangkan, bagaimana mereka mahu menyara hidup jika hak mereka sebagai pengkarya dirampas begitu sahaja? Mereka juga ada perut untuk diisi.

Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini tidak patut disokong oleh pengguna sendiri. Malah ia mampu membunuh industri seni kreatif di negara kita. Sebab itu jugalah, kebanyakan pemuzik ada tenggelam timbul.

Sebagai pengguna, anda sewajarnya memilih untuk mendengar lagu-lagu dari saluran yang halal seperti Spotify, Youtube Rasmi Pemuzik, Joox dan lain-lain. Juga sebagai pengguna, anda boleh sebarkan kes cetk rompak digital ini melalui cara ‘report’ pada pihak Youtube. Itulah salah satu cara terbaik untuk anda menyokong industri kita.

Rujukan:

Akta Hak Cipta 1987


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mirza Danish merupakan seorang copywriter yang bekerja di syarikat swasta. Seorang pembaca dan juga penulis cerpen. Masa lapangnya diisi dengan bermain gitar, membuat vlog dan juga pergi ke gig pada hujung minggu. Juga merupakan seorang fanclub 'Hujan' yang digelar Raingers. Graduan dari UiTM Pasir Gudang dalam bidang kejuruteraan awam.

Comments are closed.