Cendawan Tumbuh Dalam Darah Lelaki Ini Selepas Ambil Rawatan Kat Internet

1,074

Pra-tempah hanya di Shopee

Teknologi sains perubatan sudah berkembang maju hingga berjaya memperolehi sebuah vaksin selamat lagi berkesan dalam masa yang singkat.

Tetapi di sebalik kejayaan ini, masih ada segelintir kecil yang begitu sangsi. Sains telah berjaya memanjangkan purata umur masyarakat, dengan cara aktiviti fizikal, pemakanan seimbang dan perubatan moden.

Jika dulu, orang ramai melihat masalah mental dengan konteks negatif. Sekarang perkataan “gila” itu sendiri tiada tempat dalam masyarakat, yang lebih cakna bahawa bipolar dan kemurungan bukan masalah iman.

Bercakap tentang bipolar, ada satu kes menarik yang wajar dibincangkan. Seorang lelaki (senang kata Encik A) telah memetik beberapa kuntum cendawan psilocybin.

Contoh cendawan psilocybin (yang mempunyai banyak spesis).

Kemudian Encik A memasukkan cendawan ini dalam air yang menggelegak untuk dibuat seperti teh. Bancuhan ini dibiar sejuk.

Berbekal ilmu atas talian yang tidak disahkan selamat, Encik A menyuntikkan bancuhan ini dalam uratnya dengan prasangka mampu mengurangkan simtom bipolar.

Contoh bancuhan air cendawan.

Ubat-ubat bipolar sudah tidak lagi disentuh, dan Encik A sedang menghadapi sεraηgaη kemurungan tanpa henti.

Apabila teh cendawan tersebut mengalir dalam salurannya, Encik A ada masalah lain pula. Loya dan lesu digant dengan kulit bertukar warna kuning, sebelum cirit-birit dan muntah-muntah.

Dengan bantuan keluarga, dia digegaskan untuk mendapat rawatan tetapi menjadi sukar kerana terlalu bipolar.

Identiti Encik A dirahsiakan dalam laporan.

Soalan-soalan ditanya doktor banyak tidak terjawab. Jadi mereka terpaksa mengenal pasti masalah dalaman bermula dengan ujian-ujian asas.

Doktor semakin kehairanan kerana hati dan ginjal sudah gagal. Ujian mengesahkan Encik A sedang menghadapi jαηgkιtαη brevibacillus (baktεrιa) dan kulat psilocybe cubensis (Lanese, 2021).

Contoh kulat (fungi)

Bermakna dalam salurannya ada kulat, sesuatu yang sangat luar biasa. Doktor menjalankan rawatan antibiotik dan antikulat pada ketika Encik A mendapat bantuan pernafasan kerana paru-paru terlalu lemah (akibat cecair dalam kantung udara).

Dengan bantuan sains, Encik A sembuh dan dibenar keluar hospital.

Bencana Pseudosains

Prasangka buruk terhadap sains sebenarnya berpunca daripada pengetahuan menyeleweng tentang kesan sampingan ubat. Kononnya pengeluar-pengeluar ubat hanya mengeluarkan produk untuk keuntungan sahaja.

Jadi prasangka sebegini membuatkan seseorang bertaklid pada herba yang belum diketahui kesan sampingannya.

Rawatan herba (atau perubatan tidak diiktiraf sains) sebenarnya jauh lebih menjejaskan untuk dibandingkan dengan ubat-ubatan. Kisah Encik A hanyalah salah satu contoh sahaja.

Kegagalan hati dan ginjal berlaku kerana sesuatu herba mempunyai bahan kimia bεrtσksιk atau logam berat (Davey, 2017).

Tambah pula proses rawatan ini tidak melalui sebarang ujian klinikal untuk mengenal pasti kesan utama dan sampingan. Malah keberkesanan sesuatu laporan juga disokong hanya dengan laporan alam maya tanpa kajian bersilang.

Menepek bawang putih pada kulit sebenarnya tidak selamat (UW Medicine, 2018). Mengamal madu didapati boleh bantu merawat COVID-19 (asalkan ada ubat utama), tetapi tidak terbukti mencegah.

Ketika COVID-19 menundukkan China dan Itali, ramai tertanya-tanya pasal India – katanya daun kari memberi imuniti diperlukan.

Daun kari yang biasa diletak dalam masakan bergulai.

Setahun kemudian, India di belakang Amerika Syarikat dengan jumlah kes paling banyak.

Ilmu tanpa amal umpama pohon tidak berbuah. Amal tanpa ilmu pula bagaikan membuntingkan lembu dengan benih kambing.

Kisah Encik A wajar diambil sebagai pengajaran, bahawa rawatan herba jika gagal akhirnya mengemis jua pada sains.

Bukan rawatan herba tidak berkesan. Sebaliknya tubuh badan setiap orang berlainan, dengan tahap imuniti belum tentu dan kadar dos rawatan (telan 10 pil paracetamol sekali jalan pun sebahagian daripada amal tanpa ilmu).

Cendawan psilocybin boleh diambil dalam bancuhan, dimakan mentah, dikisar halus dan disapu coklat.

Tetapi psilocybin tidak boleh sama sekali disuntik dalam saluran peredaran, tambah pula jika seseorang tidak tahu perbezaan antara spesis-spesis cendawan jenis ini.

Apabila merenung, jelas sekali ada kebenaran di sebalik kata-kata cerdik pandai. Ingin membaiki agama dalam diri, cari ulama. Ingin membaiki kesihatan dalam diri, cari doktor.

Tanpa doktor dan ulama, tentu sekali dunia dalam masalah besar kerana tiada siapa layak menjadi pengganti terutamanya golongan yang selalu mencela mereka.

RUJUKAN:

Davey, M. (2017, Februari 5). Herbal medicines can have (ditapiskan) side effects, research reveals. The Guardian.

Lanese, N. (2021, Januari 14). ‘Magic mushrooms’ grow in man’s blood after injection with shroom tea. Live Science.

UW Medicine. (2018, Julai 23). Garlic causes a contact (ditapiskan)? Yes.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.