GM Magnus Carlsen telah berjaya mempertahankan takhtanya sebagai Raja Catur Dunia apabila beliau telah berjaya mengalahkan GM Ian Nepomniachtchi beberapa hari lepas. Perlawanan yang telah berlangsung sejak 26 November bulan lepas, menuju ke penamatnya semalam, selepas 11 perlawanan dimainkan, dengan Magnus menang 7.5-3.5 mata (3 menang 8 seri), membawa pulang wang tunai sebanyak 1.2 juta Euro, manakala Ian pula membawa pulang 800,000 Euro.

Komen dari salah seorang pengulas di chess.com, GM Robert Hess, mengatakan bahawa keputusan tersebut adalah menyedihkan, kerana melihat kembali usaha Nepo untuk mencabar takhta Carlsen di peringkat Kejuaraan Candidate, Nepo kelihatannya seperti jatuh terduduk selepas game ke-6, dengan pelbagai kesilapan yang dilakukan oleh beliau, tidak melambangkan tahap sebenar yang beliau miliki.

“It’s sad; we know what he’s capable of and he didn’t get to show the world in this match” – Robert Hess

Komen dari Raja Catur Dunia sendiri, Magnus Carlsen, adalah seperti berikut – “Amat ketara sekali, bahawa dia tidak mampu, pada satu tahap, menunjukkan (permainan) caturnya yang sebenar, yang jelas sekali menghampakan kerana tiada keterujaan dalam perlawanan (kami), namun saya rasa itu berlaku kadang-kadang. Apabila kita berhadapan dengan situasi yang buruk, semua persediaan dia (Nepo), semua itu tidak semestinya membantu apabila dia sendiri tidak mampu bertahan sewaktu dalam detik (pertarungan) itu sendiri.”

Ringkasan Perlawanan

Pusingan Pertama (Ruy Lopez)

Pada pusingan pertama, Nepo bermula dengan agak cemerlang dengan buah putih, apabila dia berjaya mendapatkan sedikit kelebihan dalam bentuk satu bidak, manakala Carlsen pula mendapat pampasan dalam bentuk aktiviti Bishopnya yang lebih aktif.

Nepo (putih) memiliki satu bidak lebih, namun posisi Carlsen adalah lebih aktif.

Selepas berlakunya pertukaran Queen oleh kedua-dua pemain, Carlsen kemudian menekan posisi Nepo sewaktu di babak middle game, namun Nepo berjaya mencari jalan keluar dengan pergerakan yang tepat, yang menyebabkan posisi permainan menjadi tertutup, dan tanpa apa-apa progress yang mampu dibuat, kedua-dua pemain berpuas hati dengan seri (draw by threefold repetition) selepas 45 pergerakan.

Pusingan Kedua (Catalan Opening)

Dalam pusingan kedua, dengan Magnus memegang buah putih, Magnus memilih Catalan (1. d4 Nf6 2. c4) sebagai pilihan opening yang beliau mainkan. Opening ini merupakan salah satu opening utama yang Magnus telah kaji dengan mendalam, dan telah beliau mainkan di FIDE World Cup 2021. Memberi komen terhadap pusingan kedua ini, GM Fabiano Caruana berkata bahawa sekiranya Nepo terus bermain dalam persediaan Magnus, dia akan menjadi okay buat seketika, namun lambat laun dia akan menghadapi computer dan itu tidak akan jadi sesuatu yang baik buatnya.

If Nepo continues to play into Magnus’ preparation—he will be okay for a while—but soon he’ll be playing into the computer and that surely won’t be good for him. —Fabiano Caruana

Pusingan kedua berlangsung, kali ini dengan Magnus sekali lagi menekan Ian dalam babak opening, dengan Carlsen cuba untuk mengorbankan bidaknya yang kedua untuk potensi menyerang. Namun pada pergerakan ke 19, kedua-dua Knight Nepo telah menyelusup masuk ke dalam posisi Carlsen, membuatkan Carlsen terpaksa berpuas hati dengan pertukaran tidak sekata antara satu Knight dengan satu Rook.

Pergerakan 19, Knight Nepo (Hitam) berjaya masuk ke dalam posisi putih, mengancap untuk menangkap Bisop dan Rook.

Menurut analisa computer, selepas kesemua buah telah ditukar di petak c1, posisi hitam adalah lebih baik. Namun dilihat dari sudut manusia, posisi hitam dan putih dilihat seakan-akan seimbang, dan Magnus berjaya membuktikan kenapa dia layak bergelar juara selama ini setelah berjaya mempertahankan posisi tersebut dan pergi ke babak Endgame dengan buah yang hampir sama (Rook dan tiga bidak melawan Rook dan dua bidak). Keputusan perlawanan pusingan kedua adalah seri.

Pusingan Ketiga (Ruy Lopez, anti-Marshall variation)

Pusingan ketiga berlangsung dengan agak hambar, mungkin kerana kedua-dua pemain bersedia untuk berehat pada hari esoknya. Hal ini adalah kerana format perlawanan adalah 3 hari perlawanan, dan satu hari rehat. Justeru, perlawanan pusingan ketiga dilihat agak kurang “drama” dengan kedua-dua pemain bermain dengan agak selamat, menghasilkan keputusan seri dari opening Ruy Lopez, anti-Marshall variation, salah satu opening terkenal dalam catur peringkat professional. Memberi komentar beliau selepas perlawanan bernagsung, GM Hikaru Nakamura berpandangan bahawa hanya ada sedikit ruang di mana Carlsen (hitam) berada dalam kesusahan. Selain dari itu, permainan ini adalah seimbang bagi kedua-dua pemain.

“Magnus was only slightly worse—it never really seemed to get out of control, per se.”

– GM Hikaru Nakamura

Analisa dari chess.com menunjukkan bahawa tiada kelebihan ketara yang dapat dilihat dalam pusingan ke-3.

Pusingan Keempat (Petroff Defense)

Perlawanan pusingan keempat menjadi menarik apabila Carlsen tidak lagi menggunakan 1. d4 sebagai pilihan pergerakan pemula beliau, sebaliknya beliau memilih untuk bermain 1. e4. Di sini, rata-rata pengulas berpandangan bahawa Ian mungkin akan membalas dengan Sicilian Defense, satu serangan balas tajam untuk e4, namun Nepo ternyata memilih Petroff Defense, salah satu pertahanan yang bersifat lebih perlahan. Untuk rekod, Petroff pernah dimainkan sebanyak 14 kali dalam Kejuaraan Dunia, dengan statistik Putih menang 2 kali, Hitam menang 1 kali, dan 11 seri.

Perlawanan keempat Magnus – Nepo ini mengambil jalan yang sama dengan perlawanan Vachier-Lagrave vs. Caruana dalam Kejohanan Catur Norway 2017, dengan pembaharuan yang dibuat oleh Carlsen pada pergerakan ke 18. Nh4!?. Caruana, yang merupakan pemain asal bagi posisi ini, memuji Carlsen atas idea barunya itu. Nepo, selepas permainan keempat tamat juga mengulas perkara yang sama – “Ia (Nh4) adalah percubaan yang menarik. Mungkin saya akan cuba ia juga satu hari nanti!”

Menuju ke babak Endgame, pada pusingan keempat, Nepo telah memiliki satu bidak yang terlepas (passed pawn) di ruang a yang hampir membolehkan Nepo mendapat Queen baru. Carlsen, pada pergerakan ke 29, memilih untuk melakukan tiga kali check, mengakibatkan seri (threefold repetition), kerana masa yang Carlsen miliki adalah sekitar 19 minit lagi, sedangkan Nepo mempunyai sejam lebih.

Posisi selepas 18. Nh4.

Pusingan Kelima (Ruy Lopez, anti-Marshall variation)

Dalam pusingan kelima, Nepo bermain buah putih sekali lagi bergerak menuju ke 1. e4 opening, dengan Carlsen kemudian membalas dengan posisi yang sama seperti pusingan sebelum ini (anti-Marshall). Babak Endgame pusingan kelima menampilkan Magnus Carlsen dalam keadaan bertahan, dengan selama ini Magnus berkeyakinan bahawa tiada istilah kubu dalam catur, namun Magnus ternyata terpaksa membuat kubunya sendiri selepas Nepo dilihat mempunyai kelebihan dengan buahnya yang lebih aktif. Akibat dari itu, Carlsen memaksa seri dari tangan Nepo, dengan keputusan seri dari 5 permainan menjadi Kejohanan Dunia ketujuh (dari 1886) yang menampilkan lima perlawanan tanpa kemenangan.

Rook Carlsen (hitam) dilihat cuba untuk memecah masuk ruang putih, dengan knight dan bishop hitam membentuk kubu buat Raja mereka.

Pusingan Keenam (Catalan Opening)

Pusingan keenam Kejohanan Catur Dunia mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dalam pusingan ini pada tahun 1972, Boris Spassky telah kalah kepada Bobby Fischer, dan Spassky telah bertepuk tangan, bukan atas kekalahannya, tetapi atas kebijaksanaan Fischer. Pusingan keenam pada tahun 1960 pula merupakan satu “rebut” dalam catur, apabila Mikhail Tal memberi Knightnya secara percuma kepada Mikhail Botvinnik, dalam usahanya untuk merampas takhta juara. Perlawanan Tal – Botvinnik itu berkesudahan dengan Tal menang pusingan tersebut.

Tahun ini, perkara yang sama turut terjadi. Pusingan ke-6 telah mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila ia menjadi perlawanan terpanjang dalam sejarah Kejuaraan Catur Dunia dengan masa 7 jam 47 minit dan 136 pergerakan dimainkan! Perlawanan ini telah mengalahkan rekod Korchnoi – Karpov pada tahun 1987 dengan 124 pergerakan.

Permulaan pusingan keenam dimulakan dengan Magnus memilih 1. d4 sebagai pergerakan pertama, sebelum Nepo membalas dengan posisi seakan-akan opening Catalan dibina di tengah papan. Nepo dilihat terperanjat apabila pada pergerakan ke-8, Carlsen dilihat cuba mengorbankan bidaknya. Ini jelas sekali adalah satu persiapan computer yang telah Carlsen buat, ditambah dengan pergerakan kuda Nbd2 yang dikomen oleh GM Fabiano Caruana sebagai “idea yang amat kreatif” (a fantastically creative idea).

Posisi selepas gerakan ke-10. Bidak Carlsen yang cuba dikorbankan di b3.

Sewaktu pergi ke babak Middle Game, pada pergerakan ke 25, dengan 22 minit (Carlsen) melawan 32 minit (Nepo), Carlsen telah dipaksa untuk membuat pilihan sama ada ingin menyerahkan Queen beliau untuk dua Rook atau tidak, kerana dalam catur, dua Rook mempunyai nilai yang sedikit lebih/hampir sama dengan satu Queen, bergantung kepada situasi. Magnus Carlsen menyahut cabaran tersebut.

Pergerakan ke-25. Carlsen memilih untuk makan Rook di c8, menukarkan satu Queen untuk dua Rook.

“(Ini adalah) situasi yang agak dramatik” komen GM Vishy Anand, bekas juara dunia sebelum ini, yang takhtanya kini telah dirampas oleh Carlsen. Meskipun telah kehilangan Queen untuk dua Rook, menurut analisis komputer, posisi Carlsen dan Nepo masih lagi seri. Namun disebabkan kedua-dua pemain adalah manusia, ada satu perasaan “ketidakseimbangan” dapat dirasakan dalam pusingan ke-6.

Perlawanan diteruskan, dan pemain mula kekurangan masa. Masa Carlsen pada pergerakan ke-30 adalah berbaki hanya lagi 3 minit, manakala Nepo masih ada sekitar 23 minit sebelum mereka mampu sampai ke pergerakan ke-40, di mana masa tambahan akan diberikan.

Suasana di dalam dewan permainan adalah agak tegang, dengan Carlsen cuba mencari pergerakan terbaik dalam waktu yang paling sedikit, manakala Nepo pula menekan Carlsen supaya melakukan kesilapan kerana masanya yang hampir tamat. Nepo sendiri ternyata menghabiskan masanya dengan agak lama, sehinggalah pada pergerakan ke-40, sebelum tambahan masa diberikan.

Setelah sampai ke pergerakan ke-40, kedua-dua pemain diberi tambahan masa 60 minit setiap seorang untuk 20 pergerakan selanjutnya, dan selepas pergerakan ke-60, setiap pemain hanya diberi tambahan masa selama 15 minit dengan tambahan 30-saat setiap pergerakan.

Selepas ketegangan yang terhasil akibat dari masalah masa tadi, pemain mula bermain semula secara lebih fokus. Di satu sisi lain, siaran langsung perlawanan ini di Twitch mendapat hampir 140,000 tontonan, dan dinobatkan sebagai siaran langsung nombor satu pada waktu itu. Para penganalisa menjangkakan perlawanan ini akan berakhir dengan keputusan seri selepas satu Rook Carlsen telah ditukarkan dengan satu Bishop Nepo.

Menurut keputusan tablebase (keputusan Endgame yang telah dikaji dengan menggunakan komputer), posisi Carlsen dan Nepo, dengan permainan sempurna, akan menghasilkan seri (Satu Queen menentang satu Rook, satu Knight dan dua bidak).

Menurut analisis computer, posisi ini adalah seri dengan permainan sempurna.

Namun masuk babak Endgame, Carlsen menunjukkan kepada dunia kenapa dia merupakan Juara. Memasuki pergerakan ke-100, Carlsen dan Nepo masing-masing bertarung dengan amat sengit, dengan analisis computer menunjukkan hanya sedikit kelebihan yang dimiliki oleh Carlsen. Namun Carlsen menjadi Carlsen, beliau sekali lagi berjaya membina kubu buat Raja-nya berlindung, dan pada masa yang sama berjaya menolak bidaknya ke hadapan sedikit demi sedikit.

Ini adalah trademark Magnus Carlsen. Menghasilkan air dari celah batu.

Kesilapan terbesar Nepo berlaku pada pergerakan ke-131, apabila Nepo cuba untuk menyerang Rook Carlsen namun terlepas taktik yang bahaya. Menghadapi ancaman dari Nepo, Carlsen dengan bergayanya menolak bidaknya ke atas, menghampiri ke petak hujung agar bidaknya dapat diganti dengan Queen yang baru. Beberapa langkah dimainkan seterusnya, namun Nepo menerima hakikat bahawa tiada apa lagi yang boleh dia lakukan dan berhenti bermain.

Dapatkah anda faham kenapa Queen tidak boleh menangkap Rook di f5?

Pusingan Ketujuh (Ruy Lopez, anti-Marshall variation)

Perlawanan pusingan ketujuh hadir selepas pemain mendapatkan satu hari rehat (secara teknikalnya, setengah hari, kerana perlawanan ke-6 berakhir pada tengah malam hari baru).

Dalam pusingan ketujuh, dengan Nepo memegang buah putih dan Carlsen memegang hitam, mereka berdua memilih untuk pergi ke posisi yang sama seperti perlawanan sebelum ini, iaitu posisi anti-Marshall. Hal ini ternyata membolehkan Carlsen menyamakan kedudukan di babak Middle Game dengan mudah, sebelum mereka saling bersetuju untuk seri.

Posisi terakhir pusingan ke-7. Dengan kedudukan bidak yang simetri, tiada apa yang mampu dicapai oleh kedua-dua pemain.

Pusingan Kelapan (Petroff Defense)

Perlawanan pusingan kelapan dimulakan dengan Carlsen membuka dengan 1. e4, dan dibalas dengan 1. e5 oleh Nepo. Perlawanan ini kemudian mula berbentuk simetrikal, dengan pada satu tahap, kesemua ruang dalam petak-d dipenuhi dengan buah yang simetri.

Perlawanan kemudian diteruskan dengan satu cubaan berani oleh Nepo selepas Carlsen telah melakukan castling, iaitu 9. …h5!?, dengan cubaan untuk memecahkan benteng Raja Carlsen.

Simetri dalam pembukaan pusingan 8. Nepo cuba menyerang di ruang h5.

Apabila ditanya sewaktu siding media selepas perlawanan berlangsung, Magnus memberitahu bahawa dia tidak mempersiapkan diri untuk h5 dari hitam. Disebabkan dia tidak ingin berlawan dalam situasi permainan yang dilihat akan menjadi tajam, Carlsen mengatakan bahawa dia berpuas hati sekiranya dapat seri dari perlawanan ini.

“I would say my brain was just fried. I felt that a sharp battle was not in my interest.”

– GM Magnus Carlsen

Kesilapan kritikal dilakukan oleh Nepo sewaktu di Middle Game, pada pergerakan ke-21. b5?, cuba untuk menghalau Bishop Carlsen dari petak c4. Ternyata Nepo terlupa melihat satu taktik mudah, dan melepaskan satu bidak secara percuma kepada Carlsen. Peregerakan yang dibuat oleh Nepo itu membuat kebanyakan penanalisis tergamam, kerana ia merupakan kesilapan (blunder) yang memusnahkan perlawanan tersebut.

Posisi selepas gerakan 21. b5? Cuba cari jalan untuk putih menang satu bidak dengan mudah.

Apabila ditanya selepas perlawanan, Nepo mengatakan bahawa dia menyesal memainkan pergerakan 21. b5. Dari satu posisi yang seri, Nepo telah “mengalahkan” dirinya sendiri.

“In a very drawish position, blundering a pawn like this, it hurts.”

“I’d like to apologize for today’s performance. It was probably far below—not even, let’s say—my normal level but below GM level.”

– GM Ian Nepomniachtchi

Pusingan Kesembilan (English Opening)

Setelah mengalami defisit 2 mata, dengan skor 5 – 3, Ian perlu untuk cuba menang, dan bukan sekadar berpuas hati dengan seri. Hasil dari itu, pembaharuan dibuat oleh Nepo apabila dia menerima pembukaan yang diberi oleh GM Praggnanandhaa, iaitu 1. c4 (English opening).

GM Praggnanandhaa membuka pusingan 9 dengan 1. c4, yang kemudian diteruskan oleh Nepo.

Carlsen kelihatannya seperti tidak bersedia dengan pelan dari Nepo ini, di mana dia mengambil masa yang lama sewaktu babak Opening masih lagi berlangsung.

“The main problem was that I couldn’t remember what was going on later there, I remembered that 10…Ng4 was the key move and then I guess that 5…Bc5 was correct and I couldn’t remember the lines. So that’s what I was mostly considering already when I played 3…d4 and then we reached the position anyway a lot later and I still hadn’t figured it completely out so that was a bit dumb.”                                       – GM Magnus Carlsen

Justeru, sewaktu memasuki babak Middle Game, Nepo kelihatan mempunyai peluang untuk cuba menang perlawanan ini. Namun nasib ternyata tidak menyebelahi Nepo apabila dia sekali lagi melakukan kesilapan yang besar, apabila memerangkap Bishopnya sendiri dalam pergerakan ke-27. Carlsen yang melihat pergerakan Nepo itu sendiri menunjukkan rasa tidak percaya dengan kesilapan lawannya itu, dan terus menghukum Nepo.

Punca kekalahan Ian dalam perlawanan ke-9. Hukum putih dan cuba sekat pergerakan Bishop putih.

Sewaktu ditanya oleh wartawan, Nepo memberitahu bahawa dia tidak langsung melihat pergerakan yang dilakukan oleh Magnus dana pa yang akan terjadi. Dia kekal berada dalam bilik rehatnya selama hampir 18 minit, sebelum kembali semula ke dewan permainan.

“I was trying to calculate if there are any practical chances. Perhaps there is no big difference that you calculate sitting at the board or in the room.”

– GM Ian Nepomniachtchi

Nepo cuba untuk bermain beberapa lagi langkah tambahan, namun dia tidak berdaya menghalang kemenangan Carlsen.

Pusingan Kesepuluh (Petroff Defense)

Pusingan kesepuluh merupakan pusingan seri paling ringkas dalam kejuaraan ini. Beberapa pengkritik menganggap bahawa situasi Nepo yang berada dalam keadaan terdesak ini akan memungkinkan Nepo untuk bermain dengan lebih aktif dan tajam, dengan balasan bagi 1. e4 Carlsen dengan Sicilian Defense contohnya, namun Nepo ternyata memilih untuk bermain secara senyap dalam perlawanan ini dengan Petroff Defense.

“It was necessary first and foremost to play a normal game without blunders, the main plan was not to do something stupid today.”                  – GM Ian Nepomniachtchi

Melihat dari perspektif Carlsen pula, dia tidak kisah dengan seri. Dia berada pada kedudukan selesa dengan 3 kemenangan, justeru satu lagi seri hanya akan mengukuhkan kedudukan beliau. Perlawanan Petroff ini berlangsung dengan kedua-dua pemain saling bertukar buah dan terus pergi ke babak Endgame dengan 3 bidak dan 1 Knight di ruang yang sama.

There was some discussion in my team, but I was definitely not pushing for something, for a different approach, let’s say.”                                                   – GM Magnus Carlsen

Pusingan Kesebelas (Italian Game)

Berbaki hanya lagi satu mata (skor: 6.5 – 3.5), Magnus pastinya amat selesa memegang hitam melawan Nepo yang memegang buah putih. Nepo ternyata lari dari cubaan asal Ruy Lopez yang beliau telah mainkan sebelum ini, dengan kali ini cuba menukar menjadi Italian Game, salah satu sistem opening paling lama yang sering dimainkan.

Pergi ke Middle Game, Nepo kelihatan seperti ‘hilang semangat’ apabila cuba bermain secara pantas dan cuba untuk menukar semua buah yang ada (simplification).

Dalam posisi 22. …Rf4, Nepo mengambil masa hampir sembilan minit berfikir, sebelum memilih untuk melakukan kesilapan 23. g3??, menyerang Rook yang hadir. Carlsen dengan mudah menangkap Knight Nepo, dan berlaku pertukaran antara Knight dengan Rook di situ (exchange sacrifice), namun pergerakan itu ternyata memberi Carlsen tempo untuk terlebih dahulu menyerang Raja Nepo.

Kesalahan Nepo (Putih) apabila membiarkan Rajanya berada dalam keadaan tidak selamat.

Setelah posisi Raja Nepo dibedah dengan amat dahsyat sekali, Magnus kemudian membawa Nepo ke bahagian Endgame di mana Carlsen mempunyai dua passed pawn di bahagian Rajanya, manakala Raja Nepo pula terpaksa bekerja keras untuk pergi ke bahagian Queen-nya untuk menangkap bidak Carlsen. Rook Nepo pula ‘diikat’, tidak mampu ke mana-mana kerana ia ditugaskan untuk menjaga bidak dari ditangkap oleh Carlsen.

Posisi pada pergerakan ke 38. Raja Nepo terpaksa bergerak jauh untuk menyerang bidak hitam, manakala hitam mempunyai bidak di ruang h untuk mendapatkan queen.

Sewaktu berada dalam sidang media selepas kejohanan tamat, Ian berkata (menjawab soalan) mengenai stratergi beliau dan lawannya. “Saya pelik dengan stratergi lawan saya kerana dia kelihatannya seperti tidak cuba untuk pergi lebih jauh, maksud saya, dia hanya cuba untuk menyamakan kedudukan, tak kisahlah dengan putih atau hitam, dan kelihatannya, hanya dengan tidak membuat sebarang kesalahan, dan membiarkan lawannya (saya) yang melakukan tugasnya.”

“I was really puzzled with the strategy from my opponent because he never actually tried to press, he never actually tried to play for something real, I mean, he was only trying to equalize every position, doesn’t matter if it was the black or white pieces, but sometimes it looks like it’s [enough to] not to blunder and wait until your opponent does that job.”

-GM Ian Nepomniachtchi

Memberi komen mengenai perkara ini, Carlsen membalas bahawa stratergi terbaik adalah dengan bersabar dan bermain secara serious dan solid sahaja.

“I think at a certain point your best strategy can be just to wait, knowing that you have the lead and just be very serious and solid and that can sometimes be the best way to play for a win as well.”                                                                          – GM Magnus Carlsen

Buat masa sekarang, kita akan menunggu keputusan dari pertarungan Candidate tahun depan. Dengan dua lagi kekosongan belum diisi, Ian Nepomniachtchi pastinya mencari ruang untuk membalas dendam, dan tidak lupa juga buat pemain muda sensasi dari Iran, GM Alireza Firouzja.

RUJUKAN:

https://www.chess.com/article/view/world-chess-championship-2021

https://fideworldchampionship.com/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Universe in a Nutshell, salah satu video yang membuka minda pemikir muda ini untuk mula meminati fizik. Setelah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana, dia kini sedang berusaha untuk merakyatkan sains kepada pelajarnya dan masyarakat umum. Minat utamanya adalah fizik moden, termasuk relativiti dan teori kuantum, di samping falsafah, ekonomi dan tasawuf

Comments are closed.