Samak secara terminologinya bermaksud proses menukar kulit haiwan menjadi kulit yang boleh digunapakai. Caranya ialah dengan membuang tisu dan sisa yang melekat padanya. Kalau ikut cara sekarang, kita menggunakan pelbagai bahan kimia untuk melarutkan tisu tisu tersebut di kilang proses. Itu kisah sekarang, tapi kisah dahulu lain.

Aku selalu pelik kenapa bila aku perhatikan peta kedudukan perumahan kota purba dan zaman Pertengahan, rumah tukang kulit mesti berada jauh di pinggir bandar. Kemudian aku baru perasan, tukang kulit zaman dahulu menggunakan kencing dan tahi untuk menyamak kulit. Jadi…ya. Kencing dan tahi.

Untuk memahami proses samak, kita kena faham dahulu proses dan magis di sebalik pemprosesan kulit. Untuk membuang tisu tisu di kulit, kita perlukan bahan kimia yang mampu melarutkan pepejal tisu kepada cecair yang senang dibuang. Dalam Pendidikan Islam, ada disebutkan kita boleh menyamak kulit haiwan menggunakan kulit pokok.

Sebenarnya, pokok di sini bukan sebarang pokok. Ada sesetengah pokok seperti pokok paya bakau mengandungi bahan kimia asid tanik, bahan pelarut protein seperti daging. Yang rasa kelat semasa minum teh peka atau selepas makan buah tak masak tu sebab asid tanik lah.

Tapi, itulah… kulit pokok sebegini agak payah nak dijumpai di kawasan Mesopotamia. Oleh itu, mereka menggunakan kencing sebagai pengganti. Berbanding kulit pokok yang berasid, kencing adalah alkali lemah. Walau bagaimanapun, ia masih cukup kuat untuk melaruti protein.

Sebab itu kalau kita perhatikan, orang zaman dahulu banyak menggunakan kencing untuk membasuh kotoran degil. Sabun lantai rumah anda itu juga adalah sejenis alkali. Bahkan, ada terkandung dalam catatan terdahulu bahawa tukang basuh lebih suka menggunakan kencing berbanding sabun sebab tahap efektifnya yang bagus. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai pemutih gigi dan juga bahan serbuk api.

Sekarang, kita kembali pada penggunaan kencing dalam memproses kulit. Cara pemprosesan ini ialah pada mulanya, tukang kulit akan lembutkan bahan mentah kulit itu terlebih dahulu. Kulit mentah akan direndam sehingga cukup waktunya. Selepas lembut, segala jenis isi dan tisu yang melekat akan dibuang menggunakan pisau.

Selepas itu, mereka akan merendam kulit tersebut ke dalam kencing untuk beberapa jam lamanya. Perkara ini akan membuang bulu bulu pada kulit berkenaan. Kemudiannya, kulit itu akan dilumur dengan tahi atau direndam dalam air otak haiwan.

Secara saintifiknya, tahi dan air otak itu mempunyai enzim yang mampu melembutkan kulit tersebut seperti pepsin. Perut dan hempedu hidupan sentiasa menghasilkan enzim yang mampu menghancurkan daging. Enzim enzim ini selalunya dikumuhkan sekali ke luar badan sebagai tahi. Dalam kes ini, tahi yang digunakan ialah tahi anjing dan tahi unggas seperti ayam dan merpati. Kemudian, sisa tisu dan bulu yang melekat akan sekali lagi dibuang menggunakan pisau.

Setelah itu, kulit tersebut akan direndam ke dalam larutan garam dan kemudiannya bahan berasid untuk memudahkan mineral penyamak menembusi kulit. Mineral ini akan melekat pada struktur protein kulit dan menyebabkannya lebih kalis air serta lebih kebal terhadap serangan bakteria. Sekiranya anda miskin, gunalah balik kencing anda tu.

Cumanya, kencing yang digunakan kali ini adalah berbeza. Ia adalah kencing yang sudah ditapai lama. Kencing yang ditapai adalah lebih mengakis daripada kencing biasa. Akhirnya, kulis ini akan dibersihkan, dikeringkan dan sudah boleh digunapakai. Jadi, sekiranya anda ternampak banyak bekas bekas dan pasu paying di rumah tukang kulit tradisional, jangan la anda gatal tangan pergi buka bekas tersebut.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.