Cara Penganut Majusi Uruskan M*yat Mereka

3,107

Menurut kepercayaan serta tradisi di dalam fahaman Zoroastrian, menyatakan bahawa apabila manusia itu m4ti, tubuh badannya dikatakan akan terkontaminasi oleh entiti syaitan serta dianggap tidak lagi suci.

Jadi untuk menghalang daripada kontaminasi itu terjadi, penganut Zoroastrian bertindak melakukan sebuah upacara atau ritual bagi ‘menyucikan’ m4yat tersebut.

Penyucian dilakukan dengan mendedahkan m4yat itu kepada elemen persekitaran serta membiarkan m4yat tersebut dimakan oleh burung hering. M4yat itu akan diletakkan di bahagian paling atas sebuah menara yang dikenali sebagai Dakhma.

Dakhma ini adalah struktur binaan seperti sebuah menara dan di puncaknya pula terdapat binaan lantai yang rata. Menurut tradisi yang telah dilakukan sejak 3000 tahun dahulu ini, m4yat-m4yat akan diaturkan pada bahagian atas menara tersebut dalam bentuk 3 bulatan.

May4t lelaki berada di bulatan paling luar, diikuti oleh m4yat wanita. Manakala bulatan paling dalam terdiri daripada m4yat kanak-kanak.

M4yat tersebut kemudian akan ditinggalkan serta dibiarkan untuk mer3put dengan aktiviti alam semulajadi, melalui hujan dan panas terik matahari atau dimakan oleh burung hering.

Promosi Buku DTT
Mungkin beginilah pemandangan burung hering memakan mayat.

Selepas proses penyucian itu, tulang-tulang yang tinggal akan ditempatkan di sebuah kamar, dikenali sebagai “ossuary” yang berada berhampiran atau di dalam struktur Dakhma itu sendiri. Binaan “ossuary” atau kamar tempat simpanan tulang-belulang hasil daripada ritual ini, telah ditemukan bertarikh seawal tahun ke-4 dan ke-5 sebelum Masihi.

Dakhma atau menara yang sama turut wujud berhampiran bandar Mumbai, India. Namun Dakhma paling terkenal adalah menara yang dikenali sebagai “Tower of Silence”, terletak di negara Iran.

Selepas Iran menjadi sebuah negara yang membangun dan maju, pembesaran kota metropolitan meletakkan binaan Dakhma ini menghampiri pinggir bandar besar. Oleh sebab itu, sejak tahun 1970-an, penggunaan Dakhma untuk melakukan ritual penyucian itu telah menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang Iran.

Perkara ini akhirnya telah memaksa penganut Zoroastrian untuk mengubah sedikit prosedur pengurusan m4yat mereka. Justeru itu, mereka mula menanam m4yat penganut dibawah lapisan konkrit untuk menghalang belakunya kontaminasi.

Dakhma yang terletak di Iran.

Walaupun menara atau Dakhma ini tidak lagi digunakan dalam upacara atau ritual penyucian Zoroastrian, ia boleh dilawati dan kini menjadi salah satu pusat tarikan pelancongan. Ini termasuklah binaan “Ossuary” atau kamar simpanan tulang-belulang itu.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.