Berdasarkan anggaran yang dibuat dari perkiraan sejarawan tamadun nomadik, sepanjang zaman penaklvkan dan pep3rangan yang membuka kepada jalan kebangkitan dan dominasi Empayar Mongol, tent3r4 Mongol dipercayai telah meng0rbankan kira-kira antara 40 hingga 60 juta nyawa manusia.

Tetapi sebenarnya, berdasarkan penilaian melalui sifat mereka yang bertentangan terhadap subjek-subjek mereka yang dengan rela hati mengiktiraf kedaulatan Mongol tanpa perlu bert3mpvr, Mongol sebenarnya lebih mengharapkan agar mvsuh mereka menyerah kalah tanpa penentangan, sekaligus mengelakkan pertumpahan d4rah yang mengerikan.

Genghis Khan

Lazimnya, pentadbir mahupun semua warga penduduk kota yang dicerob0h akan dibiarkan terus hidup sekiranya mereka memilih untuk menyerahkan kota mereka dan sedia menjadi subjek Mongol tanpa memberikan sebarang penentangan. Sangkaan mereka yang akan diperintah secara zalim tiba-tiba mendapati bahawa adakalanya pemerintah Mongol boleh menjadi pemerintah yang baik.

Mereka yang hidup dibawah wilayah jaj4han taklvk bangsa Mongol boleh dikatakan ada waktunya dapat menikmati masa kemakmuran dan kekayaan yang panjang, ini kerana pemerintah Mongol secara tidak langsung telah memiliki akses dan kawalan terbesar terhadap banyak pusat perdagangan utama di dalam empayar mereka.

Namun, tidak semua pemerintah Mongol itu boleh dibawa berkira, kita semua sedia maklum bahawa pada waktu itu, seorang lelaki yang tidak mampu menunggang kuda dan tidak pandai meman4h akan dianggap sebagai tidak layak menjadi orang Mongol. Oleh itu kita boleh bayangkan sendiri jika kita merasakan pemimpin berketurunan Mongol seperti Timurlenk, Berke Khan raja-raja Mughal itu adalah sebaik-baik Mongol hanya kerana mereka memeluk Islam, entah siapa lah pula pemimpin Mongol yang paling kej4m.

Ogedei Khan mungkin seorang pemerintah kej4m yang berada di tangga paling tercorot dan pendek umur dipercayai kerana meminum arak melebihi had. Tetapi semasa hayatnya, idea-ideanya yang kej4m sering menjadi kebimbangan para pegawainya. Semasa beliau menaiki takhta menggantikan Genghis sebagai Khagan (Khan Agung) kedua Empayar Mongol, beliau merasa amat marah dan buntu kerana amat sukar hendak menaklvk sebahagian daripada utara China.

Mongol sering menjadikan China sebagai sasaran berikutan tanahnya yang subur dan sistem pertaniannya yang maju. Ogedei Khan mula memikir idea ngeri untuk memuaskan hatinya.

Tahukah anda? Ogedei pernah merancang dan hampir-hampir melenyapkan terus bangsa Cina Han di utara tanah besar dengan rancangan pembersihan etnik terhadap penduduk dan petani Han di utara, kemudian berhasrat mahu meratakan bekas wilayah dinasti Jin itu menjadi satu dataran padang rumput yang besar.

Ogedei Khan

Walaubagaimanapun, agenda k3ji pembvnvhan beramai-ramai ini berjaya dihalang hasil kebijaksanaan penasihatnya yang juga dari China iaitu Yelu Chucai. Dia berjaya meyakinkan Ogedei Khan bahawa dengan memperkenalkan sistem percukaian akan lebih bermanfaat untuk jangka masa panjang dengan membiarkan aliran pendapatan yang tetap sentiasa mengalir kepada kerajaan untuk membiayai penaklvkan Mongol.

Kaum Cina boleh berterima kasih kepada Yelu Chucai. Ini kerana Ogedei telah mendengar nasihat menterinya itu dan tidak pernah meneruskan rancangan untuk membersihkan etnik China utara, ditambah lagi apabila majoritinya akur dengan sistem cukai yang baharu.

Tetapi, bagi mereka yang memilih untuk terus menentang, hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana mereka mend3rita hingga merayu supaya dibvnuh dalam kadar segera. Ia kerana mereka sedar dari awal lagi apakah kesudahan nasib mereka.

Memang benar hanya kem4tian yang menanti sesiapa yang ditangkap, tetapi, hukvman m4ti yang dilaksanakan terhadap m4ngsa Mongol tidak selalunya akan diakhiri dengan cepat, terutamanya jika mangsa itu adalah seorang panglima p3rang atau menteri..

 


Makan sambil membvnuh

Sebagai contoh, setelah kemenangan Mongol di dalam Pertempvran Sungai Kalka ketika melawan Rusia, para putera dan panglima Rusia yang ditangkap telah dibaringkan secara rawak di atas tanah, kemudian, sekeping papan besar yang berat detakkan di atas tubuh mereka untuk dijadikan pelapik yang akan diduduki oleh ramai para pegawai Mongol untuk menjamu selera.

Mangsa yang sedang dipenyet itu akan mend3rita dalam masa beberapa jam sebelum m4ti akibat lem4s, terkeluar usus atau tulang mereka hancvr, dan, pembvnuhan ini dilakukan oleh Mongol sambil menikmati hidangan tengahari. (seeperti dalam ilustrasi gambar)

Kaedah pelaksanaan hukvman bvnuh lain yang paling menjadi kaedah kegemaran Mongol adalah hukvman dengan cara merebus manusia hidup-hidup di dalam tempayan besar berisi air yang dipanaskan sambil menggelegak.

Hukvman m4ti terhadap raja Tangut diamanahkan Genghis kepada salah seorang anak dukun yang bukan berd4rah Mongol

Segala kekej4man ini dilaksanakan hanyalah sebagai satu bentuk strategi propaganda Mongol untuk menimbulkan rasa ketakutan melampau pada jiwa musuh supaya mereka bersetuju untuk menyerah tanpa melawan.

Walaupun begitu, semasa Genghis Khan masih hidup, semua hvkuman itu hanya dilakukan semasa sedang berkempen di tengah-tengah medan per4ng, sekiranya tahanan perlu dibvnuh, mereka akan dibvnuh dengan cara penuh kemanusiaan, dan hukvman sebegini tidak dilaksanakan terhadap orang awam. Ini kerana, Genghis Khan sebenarnya telah mengharamkan kaedah penyeks4an, namun hvkuman m4ti Mongol ini sering ‘terlajak’ menjadi hukvman yang mengerikan selepas ketiadaan Genghis.

Mongol tidak sekadar kej4m terhadap musuh, mereka bahkan melakukan peny3ksaan terhadap pegawai di dalam struktur kekuasaan mereka sendiri. Ketika Guyuk Khan mengesyaki bahawa gundik merangkap pegawai yang berkuasa kerana hubungan rapat dengan kakak iparnya, iaitu Fatima, telah menyihir dan meracvni abangnya.

Tanpa sebarang siasatan terperinci, Guyuk telah meny3ksa wanita itu untuk mendapatkan pengakuan bersalah sebelum segala lubang rongga yang ada pada tubuh badannya  termasuk dvbur dan kemaluan kecuali lubang pernafasan telah dijahit tertutup sebelum Fatima digulungkan di dalam kain tebal kemudian dicampak ke dalam sungai.

Segala lubang rongga yang ada pada badan Fatima telah dijahit bertujuan untuk mengelakkan m4yatnya menjadi kembung kerana dipenuhi air sungai lalu mengeluarkan sisa n4jis yang akan mencemarkan sungai.

MONGOL BANGSA YANG TAKUT D4RAH DIRAJA

Walaupun Mongol amat terkenal dengan amalan meminum d4rah kuda, tetapi mereka turut memiliki satu kepercayaan yang aneh, Mongol percaya bahawa dar4h dari badan seseorang yang berstatus pemerintah/raja atau berketurunan diraja tidak boleh dibiarkan tumpah ke bumi, kerana ia dipercayai akan membangkitkan kemarahan Dewa Bumi dan Langit (Tengri), lalu menyebabkan berlakunya b3ncana alam.

Pengepungan Baghdad

Maka perkara ini sentiasa menjadi satu dilema bagi tentera Mongol setiap kali mereka menaklvk sebuah kerajaan dan perlu melaksanakan hukvman bvnuh terhadap raja atau pemerintah kerajaan yang ditaklvk itu. Mereka perlu membvnuh tanpa menumpahkan walau setitis d4rah ke bumi. Antara kaedah yang biasa digunakan adalah dengan cara menjerut leher mangsa menggunakan tali busur, atau melemaskan m4ngsa di dalam air.

Salah satu cara yang popular digunakan oleh Mongol pernah dipraktikkan oleh cucu Genghis Khan iaitu Hulagu Khan yang telah menjatuhkan Kekhalifahan Abasiyyah di Baghdad. Sebaik sahaja beliau selesai menj4rah kota Baghdad, beliau mengarahkan Khalifah al-Musta’sim Billah, khalifah Abasiyyah yang terakhir pada waktu itu, supaya dihvkum bvnuh dengan cara digulung dalam permaidani dan kemudiannya dipijak-pijak oleh kuda sampai m4ti.

Menambahkan rasa pilu, pembnvnuhan itu dilakulan dengan disaksikan oleh anak perempuan khalifah yang malang tersebut sebelum puteri itu dibawa pergi untuk dijadikan tahanan.

Tetapi, untuk kes al-Musta’sim, Hulagu sebenarnya bukanlah seorang yang sangat patuh dan berpegang kepada pantang larang ajaran Tengrisme itu. Hulagu mematuhi pantang larang diraja tersebut semata-mata hanya demi membuktikan kepada Kublai Khan yang ketika itu merupakan Khan Agung, bahawa dia layak untuk membuka dan memerintah kerajaannya sendiri. Dengan pengiktirafan dari Khan Agung, Hulagu kemudian menaklvk Parsi menjadi pengasas serta Khan pertama kerajaan Ilkhanate.

Hulagu berjaya memerintah Ilkhanat walaupun menghadapi tentangan saudaranya yang turut memerintah sebuah kerajaan di Golden Horde iaitu Berke Khan, sehinggalah kem4tiannya pada tahun 1283. Seandainya sebelum itu dia bertindak mem3nggal kepala Khalifah terakhir Abasiyyah itu hingga menumpahkan d4rah, tidak mungkin Hulagu akan mendapat restu untuk membuka kerajaan Ilkhanat.

Pembunvhan sesama kelas masyarakat Mongol juga dilakukan mengikut amalan yang sangat spesifik dan tidak berdar4h. Bagi orang Mongol, jika perlu dibvnuh hingga menumpahkan dar4h orang Mongol yang lain, kesal4han jen4yah yang dilakukan pesalah haruslah merupakan kesalahan yang terlalu besar sehingga tahap untuk pulang ke alam barzakh pun tidak layak bagi mereka.

Salah satu hvkuman unik tanpa menumpahkan d4rah, atau mungkin lebih sesuai dianggap sebagai pertaruhan terakhir yang paling popular adalah perlawanan gusti. Sebarang keputusan perlawanan ini mengandungi samada unsur kemanusiaan di mana si pesalah diberi peluang mempertahankan diri melalui pertarvngan hidup dan m4ti mahupun unsur korupsi.

Caranya hampir menyerupai pertandingan di antara pahlawan Gladiator di Empayar Rom. Bagi Mongol, sukan gusti dianggap sebagai sukan tradisi mereka yang suci dan kaya dengan elemen spiritual dalam menentukan nasib seseorang, namun acapkali juga setiap keputusan akhir di penghujung perlawanan sentiasa ‘dirancang.’

Pertarvngan yang dirancang kebiasaannya akan melibatkan si pesalah terpaksa menentang lawan yang lebih besar, kuat dan berpengalaman daripada dirinya, selepas tervk dig4nyang untuk beberapa minit sahaja, si pesalah itu akan diangkat ke udara lalu dihempas sekuat yang mungkin hingga tulang belakangnya patah riuk, kebiasaanya mangsa akan dihempas ke atas lutut lawan atau di atas batu yang berdekatan.

Dalam kebanyakan kes, m4yat-m4yat pesalah akan ditinggalkan di lokasi mereka terk0rban sebagai kaedah pengebvmian di ruang yang terbuka. Pada dasarnya, ia sekaligus menjimatkan masa dan kos pengebvmian, malahan ia juga selari dengan satu kepercayaan teologi Tengrisme yang sinonim dengan fahaman prinsip ‘memulangkan kembali tubuh pinjaman ini kepada bumi’.

LEGASI GENGHIS YANG TIDAK DIPATUHI

Siapa sangka, di sebalik budaya kej4m yang diamalkan anak cucu Genghis Khan ini, sebenarnya telah lama diharamkan oleh Genghis Khan sendiri. Bahkan Genghis Khan pernah memberi kebebasan beragama terhadap setiap subjeknya, beliau juga telah menetapkan amalan perhambaan sebagai sejenis perbuatan jen4yah kerana perhambaan telah merencatkan ekonomi, apatah lagi Genghis Khan sendiri pernah diperhambakan semasa menjadi pelarian.

Gambar Hiasan

Beberapa lagi sumbangan Genghis Khan terhadap Empayar Mongol dan dunia adalah beliau memperkenalkan Kod Yassa selaku ideologi dan undang-undang sejagat empayar itu. Untuk menguatkuasakan undang-undangnya, Genghis memerintahkan penciptaan sistem penulisan berdasarkan sistem abjad Uyghur.

Ia bukan sistem penulisan pertama di Asia, tetapi sistem penulisan yang pertama diserap dan diajar secara meluas kepada masyarakat. Sistem kiriman pos menggunakan khidmat penunggang kuda adalah antara yang terawal di dunia juga bermula pada zaman beliau.

Selain daripada Genghis Khan, Kublai Khan selaku Khan Agung yang berpusat di China juga mencatatkan beberapa sumbangan yang agak signifikan terutamanya kepada umat Islam. Walaupun pada waktu yang sama Hulagu telah menj4rah umat Islam di Baghdad, namun semua tahanan Muslim dari seluruh Asia Tengah dan Parsi yang dibawa pulang ke China dilaporkan menerima layanan yang baik. Kublai juga dilaporkan termasuk sebagai salah seorang Maharaja China yang membina fasiliti terutamanya masjid untuk kegunaan tahanan Muslim dalam kuantiti yang banyak.

Walaupun begitu, satu kebaikan tidak akan menghapvskan seribu dosa-dosa silam, apa yang telah dilakukan oleh Mongol meninggalkan banyak impak yang baik dan buruk kepada perjalanan sejarah dunia.

Antara kesan peninggalan buruk dari Mongol yang masih boleh dirasai hingga hari ini mungkin adalah w4bak peny4kit yang berasal dari mereka dan dibawa oleh r0mbongan t3ntera Rom dahulu, sejak itu virus yang dibawa Mongol itu terus berevolusi dalam rangkaian peristiwa termasuklah Black De4th dan Koronavirus hari ini.

RUJUKAN

Insert Wisdom: Unusual Religious Prohibitions: How the Mongols Mvrdered Kings


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.