Malaysia antara negara yang berada pada kedudukan 5 teratas dunia yang paling kerap berlaku ribut petir dan panahan petir dalam tempoh masa setahun.

Subang merupakan kawasan yang mencatatkan bilangan hari tertinggi dalam setahun yang berlaku ribut petir..

Pada tahun 1969, bilangan hari dalam setahun yang berlaku ribut petir di subang mencapai 269 hari dan merupakan rekod tertinggi bagi negara Malaysia.

Rekod bilangan hari tertinggi dalam setahun yang berlaku petir bagi Malaysia adalah 362 hari pada tahun 1987 turut di pegang oleh Subang.

Ribut petir akan lebih kerap berlaku semasa tempoh peralihan monsun iaitu sekitar pengghujung Mac atau awal April dan Oktober serta sepanjang musim monsun barat daya yang bermula pada Mei sehingga September.

Ketika ribut petir berlaku, risiko seseorang itu dipanah petir adalah tinggi jika tidak mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya.

Dibawah ini merupakan antara cara untuk mengelak menjadi mangsa panahan petir:-

1) Sentiasa menyemak ramalan cuaca di lokasi anda atau lokasi berhampiran lokasi anda.

Pihak yang berautoriti bagi mengeluarkan amaran cuaca di Malaysia adalah Jabatan Meteorologi Malaysia.

Laman sesawang:

Jabatan Meteorologi Malaysia

* Panahan petir boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan atau ribut petir

2) Ketahui jarak lokasi yang sedang berlaku ribut petir melalui teknik ‘flash to bang ‘ dengan mengambil kira berapa lama tempoh masa yang diambil untuk bunyi guruh dapat didengari sejurus selepas cahaya kilat dilihat.

Kelajuan bunyi guruh dianggarkan sekitar 0.2 batu sesaat.

Jika 5 saat masa yang diambil antara cahaya kilat dilihat dan bunyi guruh didengari, ribut petir adalah dianggarkan berada sejauh 1 batu daripada lokasi anda berada.

1 batu: 1.6 KM

Oleh itu, anggaran jarak ribut petir boleh diketahui dengan mengira masa yang diambil untuk mendengar guruh selepas cahaya kilat dilihat dan membahagikannya dengan 5.

Contoh:-

Cahaya kilat dilihat pada jam 12:00 PM dan diiringi bunyi guruh selepas 30 saat kemudian. Jarak masa cahaya kilat dilihat sehingga bunyi guruh didengari sebanyak 30 saat dibahagikan dengan 5 = 

6 batu.

6 batu itu merupakan anggaran jarak lokasi yang sedang berlaku ribut petir.

Mengikut peraturan 30/30

(’30/30 Rules’):

Anda perlu segera mencari tempat perlindungan seperti dalam bangunan dan rumah jika jarak masa cahaya kilat dilihat sehingga bunyi guruh didengari sebanyak 30 saat atau kurang.

Jarak ribut petir begitu hampir dengan anda ketika itu dan boleh terdedah dengan panahan petir.

* AWAS!

Elakkan berteduh di bawah pokok dan berada di kawasan berair serta memegang barang yang diperbuat daripada logam.

Kereta boleh dijadikan tempat perlindungan sekiranya anda berada jauh dari bangunan atau rumah.

Jika sedang memandu, sebaiknya berhenti di tempat yang selamat dan matikan enjin dan letakkan tangan anda di paha. Elakkan menyentuh mana-mana bahagian dalaman kereta seperti pintu, stering mahupun gear.

Keadaan hanya boleh dianggap selamat untuk anda kembali ke kawasan terbuka dalam tempoh minimum 30 minit selepas cahaya kilat terakhir yang dilihat atau bunyi guruh terakhir yang didengari.

3) Jika anda di kawasan terbuka dan tiada tempat perlindungan.

Segera berada dalam posisi Pertahanan Petir iaitu dengan cara:

– Mencangkung

Turunkan tubuh anda serendah yang mungkin kerana ia mengurangkan kemungkinan dipanah petir.

* AWAS!

Jangan sekali-kali berbaring di tanah kerana sekiranya petir memanah tanah, aliran arus elektrik mungkin akan mengalir melalui tubuh anda.

– Jengketkan kaki dan pastikan hanya jari kaki yang bersentuhan dengan tanah

Petir berkemungkinan memanah tanah terlebih dahulu sebelum memasuki tubuh anda. Dengan meminimumkan sentuhan dengan tanah, risiko menjadi pengalir arus elektrik dapat dikurangkan

– Sentuhkan tumit kaki kiri anda dengan kaki kanan

Jika arus elektrik mengalir dalam tubuh anda melalui salah satu kaki, maka ia akan mengambil laluan tersingkat untuk keluar ke tanah semula. Dengan menyentuhkan kedua – dua tumit anda, arus elektrik berkemungkinan memasuki kaki yang satu lagi dan keluar dari kaki serta mengelakkan daripada melalui anggota tubuh yang lain. Teknik ini dapat mengurangkan kecederaan serius.

– Tekupkan tangan di telinga.

Ini adalah bagi melindungi telinga daripada bunyi kuat yang mampu memekakkan telinga.

4) Sekirannya anda berkumpulan di kawasan terbuka semasa berlaku ribut petir, elakkan berada berdekatan antara satu sama yang lain.

Berpecahlah. Ini akan mengelakkan lebih ramai yang menjadi mangsa panahan petir sekiranya ia berlaku.

5) Jika anda berada di dalam bangunan atau rumah:

– Jangan sentuh peralatan elektrik.

– Jauhi balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding.

– Elakkan berada di dalam bilik air atau berhampiran dengan paip air yang dibuat daripada besi

BANTUAN AWAL UNTUK MANGSA PANAHAN PETIR

– Dapatkan bantuan perubatan dengan menghubungi nombor kecemasan 999.

– Berikan bantuan kecemasan awal.

– Perhatikan kawasan sekeliling. Berapa ramai mangsa yang dipanah petir? Seorang sahaja atau ramai?

– Adakah ribut petir masih berlaku? Adakah keadaan selamat untuk memberikan bantuan? Jangan terburu-buru kerana mungkin boleh menyebabkan lebih banyak nyawa yang terkorban.

– Berhati-hati dengan petir yang sabung menyabung. Jangan dedahkan diri, mangsa atau penyelamat kepada risiko dipanah petir.

– Jika perlu, alih mangsa ke tempat yang lebih selamat sebelum memberikan bantuan kecemasan awal.

– Tentukan sama ada mangsa dipanah petir atau terkena renjatan elektrik di tanah. Panahan petir adalah lebih berbahaya.

– Berikan pertolongan cemas. Periksa pernafasan dan denyutan jantung.

– Jika mangsa berhenti bernafas, mulakan bantuan pernafasan.

– Jika jantung telah berhenti berdegup, orang yang terlatih harus memberikan CPR (Cardio Pulmonary Rescue – CPR). Patuhi peraturan terkini Palang Merah iaitu dua (2) hembusan nafas menyelamat diikuti dengan 30 tekanan dada (dengan pantas) dalam tempoh 30 saat.

– Teruskan memberi bantuan CPR sehingga penyelamat tiba, walaupun tiada sebarang respon daripada mangsa. Selepas 30 minit bantuan CPR, peluang untuk hidup adalah tipis.

– Bagi mangsa yang mempunyai denyutan nadi dan pernafasan, berikan bantuan bagi sebarang kecederaan lain.

– Tempat yang terbaik untuk memeriksa denyutan nadi adalah pada arteri karotid (di leher) dan arteri femoral (di celah peha). Petir sering menyebabkan serangan jantung.

Kecederaan akibat panahan petir yang lain:

Selain serangan jantung dan masalah pernafasan, periksa jika ada bahagian tubuh yang terbakar di dua tempat iaitu di bahagian panahan petir dan bahagian arus elektrik meninggalkan tubuh mangsa..

Tentukan kecederaan lain seperti  kerosakan otot dan trauma yang tidak kelihatan seperti patah tulang dan organ pecah. Sesetengah mangsa boleh mengalami gangguan sistem saraf, tidak sedar dan mengalami amnesia. Rawat semua kecederaan ini dengan bantuan kecemasan awal sehingga bantuan tiba.

*Sedikit info tambahan:-

Teruja sebelum duka.

Gambar ini diambil di puncak Moro Rock, Sequoia National Park, California pada 20 Ogos 1975 ketika cuaca buruk.

Michael McQuilken yang berambut panjang di dalam gambar serta adiknya Sean berasa teruja kerana rambut mereka mengerbang ke atas.

Malangnya, mereka tidak sedar bahawa keadaan seperti itu merupakan amaran terakhir yang mereka bakal menjadi mangsa panahan petir.

Beberapa minit selepas gambar diambil, petir mula menyambar  mereka serta pendaki yang lain.

Akibatnya, Sean mengalami kecederaan parah akibat dipanah petir dan membunuh pendaki lain yang berdekatan. Belakang badan Sean berasap, rambut terbakar dan pakaiannya hangus.

Sean kemudiannya dikejarkan ke hospital dan disahkan melecur tahap ketiga dimana dia mengalami kerosakan penuh pada bahagian kulit, terutama dibelakang badan dan siku.

Sekiranya rambut dan bulu roma kita secara tiba – tiba tegak berdiri semasa cuaca buruk serta merasai denyutan pada kulit, ini bermakna badan kita telah menjadi sumber cas positif yang menarik cas negatif daripada awan.

AWAS!

Jika ia berlaku, risiko anda akan menjadi mangsa panahan petir adalah sangat tinggi.

Sila berlindung di tempat yang selamat.

Sekian.

RUJUKAN:-

– myhealth.gov.my

Kementerian Kesihatan Malaysia:-

Panduan Keselamatan Semasa Ribut Petir.

– new.isn.gov.my

Institut Sukan Negara Malaysia:-

Kesalamat bersukan dalam persekitaran ribut petir

– Fiziklah.com

Panahan Kilat; Bagaimana untuk Kekal Selamat.

– World Rugby Lightning Safety Guidelines.

-FIFA Emergency Medicine Manual 2nd Edition 2018.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Muhammad Syafiq atau dikenali sebagai Syah, seorang 'Astrophile' yang mempunyai minat mendalam dalam bidang berkaitan Sains terutamanya Astronomi dan juga Meteorologi. Beliau merupakan penulis yang lantang menentang golongan pseudosains dan juga pentaksub membuta tuli teori konspirasi di alam maya.

Comments are closed.