Hari Raya Aidilfitri ialah hari yang begitu bermakna bagi masyarakat muslim seluruh dunia. Setelah sebulan berpuasa dalam bulan Ramadan mengikuti rukun Islam yang ketiga, hari selepasnya iaitu hari pertama bulan Syawal adalah hari yang mesti disambut sebagai hari kemenangan para muslim menempuhi pelbagai cabaran dalam berpuasa. Pelbagai kaum di seluruh dunia menyambut hari mulia ini mengikuti adat dan budaya masking-masking, termasuklah masyarakat muslim di China.

Bagaimana masyarakat Muslim China menyambut Hari Raya Aidilfitri mereka?

Sejarah Kaum-Kaum Muslim Di China

Masjid Kashgar, Xinjiang

 

China mempunyai seramai 56 kaum sebagai warganegara dan lebih 10 kaum adalah kaum Muslim. Antara kaum Muslim yang menonjol ialah kaum Hui dan Uyghur. Kaum Hui bertebaran di seluruh China, namun populasinya banyak tertumpu di wilayah Ningxia, iaitu wilayah autonomi kaum Hui sendiri. Wilayah Gansu, Qinghai, dan Yunnan juga mempunyai populasi kaum Hui yang besar.

Masyarakat Hui kini dikatakan berasal dari kawasan tengah laluan Jalan Sutera dalam Asia dan pernah menjadi sebahagian dari tentera empayar Mongol bawah pemerintahan Genghis Khan. Kaum muslim lain yang majoriti seperti Uyghur, Kazakh, dan Tajik adalah berasal dari kaum besar Turkik dan sangat berbeza dengan kaum Han dari segi budaya dan kehidupan.

Walau bagaimanapun, pengamalan hidup sebagai muslim dalam kalangan muslim China tidak sama dengan kebanyakan amalan orang muslim di luar China. Ada amalan ‘cara muslim’ mereka lebih sekular. Kaum Uyghur tidak dibenarkan mengamalkan kehidupan muslim walaupun dalam wilayah mereka sendiri iaitu Xinjiang. Pelancong yang melawat di Xinjiang akan melihat komuniti muslim namun tidak ada laungan azan dan masjid hanya dijadikan sebagai muzium.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di China

 

Masyarakat Uyghur melakukan solat sunat Aidilfitri di Masjid Id Kah

Seperti kehidupan muslim lain, muslim China juga menyambut Hari Raya Aidilfitri. Walaupun kerajaan mengawasi tindak-tanduk kaum-kaum muslim yang bertebaran demi mengekang sebarang kebangkitan pihak separatis, namun kerajaan tidak menyekat sambutan hari raya ini.

Masjid akan dipenuhi dengan orang muslim untuk beribadah dalam sehari. Selepas tamat tempoh berpuasa kali terakhir, banyak juadah makanan tersedia yang biasanya ditaja oleh pihak masjid. Namun, pegawai-pegawai kerajaan yang muslim tidak boleh terlibat dalam sambutan hari raya ini kerana mereka harus mengamalkan kehidupan sekular bagi mengelakkan sebarang konflik antara agama dan kerajaan.

Dalam wilayah Xinjiang dan Ningxia, Hari Raya Aidilfitri ialah hari cuti umum dan semua warga tidak kira muslim atau non-muslim harus berehat dari bekerja atau bersekolah untuk meraikannya. Yang uniknya, masyarakat tidak perlu membayar duit tol jalan dalam kedua-dua wilayah ini ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 

Sambutan Aidilfitri di Masjid Jiangwan, Shanghai.

Sambutan hari raya di kota Kashgar, Xinjiang ialah sambutan paling besar bagi masyarakat Uyghur. Masjid Id Kah menjadi pusat sambuatan ini dengan keramaian muslim Uyghur berkumpul dan menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan bahasa Uyghur mereka yang hampir sama dengan bahasa Turki.

Selepas menunaikan solat, pests keramaian mula disambut meriah sempena tamat berpuasa selama sebulan, dengan muzik didendangkan bersama tarian yang begitu rancak di luar masjid. Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini adalah hari yang sesuai bagi pelancong luar negara datang ke Xinjiang bagi melihat lebih jelas budaya tradisi Uyghur.

Kota lain yang menyambut Hari Raya Aidilfitri selain Xinjiang ialah kota Xining, Qinghai di mana seramai 200,000 orang kaum Hui bersama kaum muslim lain berkumpul di Masjid Dongguan untuk menunaikan solat dalam bahasa Arab dan Cina. Kota Beijing juga menyambut Hari Raya Aidilfitri di Masjid Niujie. Di sekeliling masjid ini adalah penempatan kaum muslim bersama institut Pendidikan Islam bernama China Islamic Institute.

 

Masjid Niujie, Beijing

Beginilah cara sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam mayarakat muslim China, walaupun mereka adalah golongan yang kerajaan begitu ‘alergik’ kerana kebimbangan kebangkitan separatis selain berbezaan budaya dan kehidupan.

RUJUKAN:

Jessica Larson-Wang. 8 May 2017. How Chinese Muslims Celebrate Eid al-Fitr. The Culture Trip.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply