Captain Marvel 2019: Falsafah Krees Vs Skrulls

199

Filem MCU dilihat melalui beberapa revolusi terutamanya dari segi jalan cerita. Bermula pada tahun 2016, filem MCU dilihat lebih menjurus kepada idea ‘justifiable villains’ iaitu menunjukkan vilen mempunyai motif yang kuat dan lebih mendorong kepada kebaikan dan kelangsungan hidup.

Contohnya, Captain America; Civil War (2016) memaparkan 2 kumpulan hero boleh bergaduh sesama sendiri hanya disebabkan pegangan ideology terhadap kerajaan.  Dr strange (2016) pula memaparkan watak The Ancient One yang terpaksa menggunakan kuasa kejahatan untuk melindungi bumi dan Dormammu hanya bertindak sebagai vilen hanya sebab untuk kelangsungan hidup, sama seperti watak Ego dalam Guardians of the Galaxy 2(2017).

Pada tahun 2018 pula, diperkenalkan watak Killmonger dan Thanos masing-masing dalam filem Black Panther dan Infinity War. Kedua-dua watak ini begitu berkesan sehingga menjadi kajian para sarjana filem dan falsafah tentang motif mereka. Yang terkini, ialah watak Ghost dalam Ant-man & The Wasp yang ditimpa kemalangan dan terpaksa menjadi vilen untuk mengubat dirinya dan filem Captain Marvel juga memaparkan watak Skrulls. Watak Skrulls yang sebelum ini menjadi antagonis dalam komik Marvel mengalami perubahan dalam filem ini.

Watak Kree dalam filem ini menganggap mereka adalah superior race yang ditakdirkan memerintah alam semesta. Penulis sebelum ini ada mengulas tentang watak Grindlewald dalam filem Fantastic Beast 2 yang mempunyai pegangan ideologi yang sama. Boleh rujuk link di bawah:

https://www.thepatriots.asia/fantastic-beasts-2-membedah-falsafah-grindelwald

Pengkaji pop culture dan media massa khususnya, menganalisis filem untuk memahami hubungan antara media dan masyarakat, dengan tumpuan tertentu diberikan untuk menafsirkan bagaimana media beroperasi sebagai mekanisme ideologi.

Walau bagaimanapun, sebagai medium yang digunakan untuk massa, filem tidak terlalu berbeza kerana mereka juga ‘memenuhi permintaan dan tuntutan popular’ (Huang, 2013). Tidak sampai sebulan filem Captain Marvel ditayangkan, berlaku insiden di New Zealand membabitkan ketuanan kulit putih (white supremacy) dan pegangan Neo-Nazism. Mungkin ini hanya kebetulan, tetapi begitulah hakikatnya sekarang.

Permulaan bagi seseorang wira adalah keperluan untuk melindungi golongan yang lemah. Walaubagaimanapun, bagi Friedrich Hayek ia merupakan langkah pertama kedudukan sosialisme dalam mencapai kesamarataan (Hoerber, 2017). Liberalis seperti Edmund Burke sehinggakan pernah menyatakan bahawa kesamarataan merupakan langkah kemusnahan bagi sesebuah tamadun (Burke, 1795).

Dalam filem ini, masing-masing menekankan perlunya melindungi golongan yang lemah tetapi dengan pendekatan yang berbeza. Skrulls, (unlike Kree) tidak mempercayai sistem kerajaan yang sedia ada. Mereka menentang pemerintahan Kree dan akhirnya mereka terpaksa hidup sebagai pelarian di serata galaksi.

Namun bagi Krees, mereka lebih mengetengahkan kepentingan mengikut peraturan dan bekerja dalam system. Mereka akur dengan keputusan kerajaan untuk menjalankan genocide dan bekerjasama dengan gerakan pemisah Ronan the Accuser dalam menangkap bangsa ancaman, dalam kes ini Skrulls.

Penulis tidak boleh menulis lebih lanjut tentang filem ini kerana bimbang spoiler. Jadi sebagai mengakhiri, penulis tinggalkan dialog dalam filem Guardians of the Galaxy 1.

“They call me terrorist. Radical. Zealot. Because I obey the ancient laws of my people the Kree and punish those who do not. Because I do not forgive your people for taking the life of my father and his father and his father before him. A thousand years of war between us will not be forgotten.”

“My government knows no shame. You Xandarians and your culture are a disease.”

― dialog Ronan the Accuser kepada Nova Corps Soldier.

RUJUKAN

Burke, E. (1795). Thoughts and Details on Scarcity: Originally Presented to the Right Hon. William Pitt, in the Month of November, . London : F & C Rivington.

fandom, m. (1965, July 18). Marvel fandom database. Retrieved from fandom.com: https://marvel.fandom.com/wiki/Avengers_Vol_1_18

Fukuyama, F. (2018). Identity; the Demand for Dignity & the Politics of Resentment. . New York: Farrar, Straus & Giroux .

Hoerber, T. (2017). Hayek vs Keynes; A Battle of Ideas. . Great Britain: Reaktion Books Ltd. .

Huang, W. (2013). The Avengers; How Superhero Comics Preserve Ruling Class Ideology. Hartford, CT: Trinity College.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.