Camfecting – Pencerobohan Siber Melalui Kamera

660

Sama ada kita menggunakan Zoom, Skyper ataupun Googlee Meet, kemara web (webcam) pada laptop kita mungkin tidak seaktif seperti zaman pandemik ini yang semua urusan perlu dilakukan di dalam talian. Banyak peranti elektronik kita seperti tablet, telefofn bimbit, desktop dan laptop mempunyai kamera untuk urusan kerja dan bersosial.

Walau bagaimanapun, kelebihan penggunaan kamera web ini menjadikan kita mudah terdedah dengan serangan dalam talian dikenali sebagai “camfecting” – penggodam (hacker) mengawal kamera kita daripada jauh. Mereka melakukan perkara ini dengan memastikan lampu kamera berada dalam keadaan “off” padahal kamera sedang beroperasi.

Banyak peranti berkamera yang kita miliki tidak begitu selamat. Kajian menunjukkan secara global, lebih daripada 15,000 peranti kamera web bersedia untuk diakses oleh penggodam tanpa perlu digodam pun.

Mark Zuckerberg mempunyai tip bagaimana untuk berlindung daripada serangan camfecting. Apabila laptop kita ditutup, kameranya tidak aktif. Walau bagaimanapun, ramai antara kita menjadikan laptop dalam keadaan hibernasi. Laptop dalam keadaan hibernasi dapat digodam oleh penggodam dan kamera kita dapat diaktifkan. Zuckerberg sendiri akui bahawa dia selindung kamera webnya supaya tidak dapat dilihat walaupun aktif dan selindung mikrofonnya supaya tidak didengari.

Sponsored

Jumlah imej yang ditangkap melalui kamera tanpa kebenaran agak rendah rekodnya. Hal ini kerana ramai mangsa yang terkena serangan camfecting tidak menyedari bahawa mereka telah terjejas. Biasanya serangan camfecting dibuat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang mangsa untuk melakukan penipuan (scam).

Terdapat dua kaedah lazim yang digunakan dalam serangan camfecting. Pertamanya dikenali sebagai RAT (Remote Administration Tool) seperti virus trojan yang dihantar melalui emel. Keduanya berlaku melalui mesej palsu oleh orang yang diragui.

Apabila virus trojan menjangkiti laptop, bukan sahaja kamera yang terkesan, tetapi seluruh laptop terkesan termasuk gambar, fail, maklumat dan seluruh isi kandungan dalam laptop tersebut.

Kemampuan untuk memasang RAT telah muncul beberapa tahun yang lalu. Pada tahun 2015, RAT dapat dibeli di internet dengan harga $40. Perisian berbahaya seperti malware dapat dihantar melalui email, pautan (attachment) dan pemacu kilat (flash drive).

Menampal pita hitam ataupun putih pada kamera adalah jalan penyelesaian paling mudah dan tidak rumit. Pastikan anda tutup laptop anda apabila tidak digunakan. Jangan biarkan laptop anda berada dalam keadaan hibernasi yang boleh menarik perhatian penggodam.

Pastikan anda menggunakan kata laluan (password) untuk laptop dan sebarang akaun anda. Pastikan juga anti-virus anda selalu berada dalam keadaan aktif. Banyak godaman kita dapat elak apabila kita tidak berkongsi kata lalu kepada orang lain, tidak menekan pada pautan (link) yang diragui dan sentiasa “bersihkan” perisian peranti anda. Tindakan ini semua adalah suatu kelaziman (common sense) bagi kita.

Tetapi kalau bab kamera, kita akan tertanya-tanya sama ada kita berada dalam keadaan selamat. Maka, ambillah Tindakan yang sewajarnya untuk keselematan diri anda.

RUJUKAN:

  1. Now More Than Ever You Need to Cover Phone And Laptop Cameras, Says Security Expert. https://www.sciencealert.com/you-need-to-cover-phone-and-laptop-cameras-now-more-than-ever-says-security-expert
  2. 15,000 webcams vulnerable to attack: how to protect against webcam hacking. https://blog.malwarebytes.com/hacking-2/2019/09/15000-webcams-vulnerable-how-to-protect-webcam-hacking/

  3. Mark Zuckerberg tapes over his webcam. Should you?. https://www.theguardian.com/technology/2016/jun/22/mark-zuckerberg-tape-webcam-microphone-facebook

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.