Moving Forward As One

Cakoi: Kuih Lambang Manusia Digoreng Hidup-Hidup!

3,202

Cakoi, yau char kwai atau youtiao. Yang pasti, bagi penduduk seperti Malaysia, China, Thailand, Singapura dan Taiwan, ia merupakan makanan yang enak dinikmati sebagai snek. Tetapi tidak ramai tahu, asal-usul makanan ini mempunyai latar belakang tragis. Atau lebih tepat, kaitannya dengan kisah tragis yang menimpa seorang jeneral Dinasti Song Selatan bernama Yue Fei.

Bagi orang China hari ini, Yue Fei dianggap wira kerana setia pada negara dan dianggap berjaya dari segi pencapaian keten.te.raan. Disebabkan keupayaan beliau sebagai panglima ten.te.ra, bukan sekali angkatan Jurchen mengangkat bendera putih. Salah satu pertem.pu.ran terkenal menyaksikan Yue Fei berjaya mengalahkan pihak musuh di Yancheng dengan kekuatan lebih 15,000 orang ten.te.ra walaupun pihak Jurchen mempunyai kekuatan jauh lebih besar.

Patung Yue Fei.

Pada saat beliau sibuk mempersiapkan ten.te.ra untuk menggempur ibu kota pihak Jurchen, Kaifeng, pembesar-pembesar istana menasihati Maharaja ketika itu Gaozong agar berdamai dengan mereka. Mereka bimbang sekiranya operasi tersebut diteruskan, ini akan memaksa pihak Jurchen melepaskan Maharaja Qinzong yang juga maharaja terakhir Dinasti Song Utara. Jika baginda dilepaskan, Qinzong sudah pasti akan cuba menuntut takhta dan kembali berkuasa.

Gaozong kemudiannya memerintahkan Yue Fei agar menghentikan semua bentuk operasi keten.te.raan terhadap Jurchen. Menyedari mengapa baginda mengeluarkan titah sedemikian, beliau patuh dan kembali ke ibu kota kerajaan berkenaan, Lin’an (Hangzhou moden). Di sinilah, Yue Fei kemudiannya ditahan dan dihukum bu.n.uh hasil rancangan jahat seorang pembesar bernama Qin Hui dan isterinya Lady Wang.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Terdapat pelbagai versi bagaimana beliau dibu.n.uh. Mengikut satu versi, Yue Fei, puteranya Yue Yun dan anak buahnya Zhang Xian dije.ru.t dengan tali oleh pengawal-pengawal pen.ja.ra atas arahan palsu yang dibuat Qin Hui. Satu lagi versi mengatakan rombongan Yue Fei dise.ra.ng kumpulan pembu.n.uh yang dihantar pembesar Song yang korup itu. Versi lain mengatakan beliau dibu.n.uh bersama Yue Yun dan Zhang Xian di pen.ja.ra tetapi dilaporkan ma.ti semasa dalam tahanan.

Yang pasti, sebaik saja berita kema.ti.an Yue Fei diketahui orang ramai, ramai meluahkan rasa sedih terhadap pemergian panglima pe.ra.ng Song Selatan terbilang itu. Walaupun Qin Hui cuba menjustifikasikan kema.ti.an mereka dengan menyatakan mereka melakukan je.na.yah khianat terhadap negara, ramai tidak percaya dengan tuduhan palsu yang disebarkan.

Bagi seorang tukang masak, cara terbaik untuknya menghukum pasangan berhati busuk ialah menghasilkan dua doh berbentuk manusia. Dua doh itu mewakili Qin Hui dan isterinya di mana ia kemudiannya digoreng sebagai simbol mereka direndam dalam minyak. Setelah siap, ia dihidangkan sebagai makanan kudapan sebagai interpretasi balasan terhadap pengkhianat seperti mereka.

Cakoi sebenarnya bentuk manusia yang digoreng.

Reputasi Yue Fei ditebus semula oleh cucunya Yue Ke menerusi penerbitan manuskrip yang memuji keperibadiannya. Ini membawa kepada pengampunan serta-merta oleh Maharaja Qiaozong sekaligus memulihkan kembali semua gelaran mulia yang diterimanya pada 1162.

Dan sebagai balasan terhadap pengkhianatan mereka, patung Qin Hui, Lady Wang dan dua orang anak buahnya Moqi Xie dan Zhang Jun dibuat daripada gangsa dan dalam posisi berlutut di hadapan makam Yue Fei di Hangzhou. Selama bertahun-tahun patung-patung ini diludah, dikencing dan disumpah oleh penduduk tempatan.

Patung Qin Hui dan isterinya Lady Wang.

Selepas patung-patung ini rosak akibat semua itu dan elemen cuaca, ia digantikan dengan patung-patung yang diperbuat daripada besi. Sudah berganti pun, rutin penduduk tetap sama setiap kali melihat patung Qin Hui sama ada dikencing, diludah atau disumpah. Tetapi hari ini, patung-patung ini kini diiktiraf sebagai khazanah sejarah China oleh kerajaan.

RUJUKAN:

Khor, Samantha. (2017). There’s A Crazy Story Behind Why ‘Yau Char Kwai’ Translates Into ‘Oil-Fried Devils’. Says. Diambil dari https://says.com/my/lifestyle/the-twisted-reason-why-yao-char-kwai-literally-translates-to-oil-fried-devil

Ruangan komen telah ditutup.