Pada Mei 2019, negara jiran sebelah selatan dikejutkan dengan kes jangk1tan Cacar Monyet atau Monkeypox. Seorang warganegara Nigeria berusia 38 tahun yang mendarat di Singapura pada 8 April dan dikesan menghidapi v1rus tersebut pada 8 Mei. Kes ini adalah yang kes jangk1tan pertama di Singapura malah di Asia.

Pada 30 April, beliau menunjukkan tanda-tanda dem4m, otot sengal, seram sejuk dan ruam pada kulit. Berdasarkan siasatan, lelaki itu pada kebanyakan masa tinggal di dalam biliknya antara 1 hingga 7 Mei.

Sebagai langkah pencegahan, Kementerian Kesihatan Singapura mengeluarkan arahan kuarantin untuk 23 orang yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit.

Ketua Pengarah Kesihatan membuat kenyataan tiada ke jangk1tan penyak1t itu di Malaysia. Kementerian Kesihatan juga menasihati pelancong yang ingin pergi ke kawasan yang melaporkan kejadian monkeypox di Afrika Tengah dan Barat untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Sejarah Jnagkitan

Monkeypox pertama kali ditemui pada tahun 1958. V1rus ini menyerang sekelompok monyet yang menjadi subjek penelitian dalam sebuah makmal. Berdasarkan laporan CDC, pembawa v1rus ini masih tidak diketahui. Namun siasatan membawa kepada spesis tikus di afrika iaitu Gambian pouched rats.

Berbagai spesies haiwan telah disyaki pembawa semulajadi v1rus monkeypox. Ini termasuk rope squirrels, tree squirrels, Gambian poached rats, dormice dan beberapa jenis roden di Afrika.

Kes monkeypox manusia pertama dicatatkan pada tahun 1970 di Republik Demokratik Kongo (dulu Zaire). Seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun mengalami simptom penyak1t ini dan didiagnos positif jangk1tan.Pada tahun 2003, kes jangk1tan penyak1t ini dilaporkan di luar dari Afrika. Amerika Syarikat mencatatkan 47 kes. Penularan jangk1tan merebak ke lima negeri. Satu kes jangk1tan turut dikesan Israel dan tiga kes di United Kingdom pada tahun 2018.

Penularan ke Amerika Syarikat disahkan berpunca daripada haiwan-haiwan yang diimport dari Ghana ke Texas.

V1rus cacar monyet termasuk dalam v1rus orthopox, famili Poxviridae, bersama dengan cowpox/cacar lembu, (vaccinia), dan variola (small pox/cacar air). Ada dua strain v1rus cacar monyet iaitu yang berasal dari Afrika Barat dan Kongo.

Strain Afrika Barat kurang agresif dan menyebabkan sakit yang ringan pada haiwan dan manusia serta lebih jarang dapat ditular kepada manusia berbanding dengan strain dari Kongo.

Cara Jangk1tan

V1rus monkeypox ditularkan kepada manusia melalui gigitan atau sentuhan langsung dengan darah binatang atau cecair badan dan lvka haiwan yang dijangkiti. V1rus juga boleh merebak akibat memakan daging haiwan yang dijangkiti dan tidak dimasak dengan betul.

V1rus tidak ini mudah merebak di kalangan manusia. Namun, jangk1tan antara manusia boleh berlaku melalui cecair/titisan dari salur pernafasan, tersentuh lvka orang dijangkiti v1rus atau objek mempunyai cecair tubuh pesakit.

Simptom

Tanda-tanda jangk1tan termasuk dem4m, rasa sengal, nodus limfa yang bnegkak dan kvrap. Ia boleh menyebabkan komplikasi serius seperti pneumonia atau menyebabkan mavt bagi sesetengah kes.

Ruam akan tumbuh dalam masa sehari hingga tiga hari selepas dem4m. Ia seringkali bermula di bahagian muka dan merebak ke bahagian tubuh yang lain, selalunya di tapak tangan dan kaki.

Dalam beberapa kes, v1rus tersebut boleh menimbulkan komplikasi serius seperti pneumonia, sepsis, radang otak dan kehilangan deria penglihatan akibat jangk1tan pada mata. Simptom-simptom tersebut biasanya kekal antara 14 hingga 21 hari.

Tempoh inkubasi v1rus dalam tubuh biasanya antara enam hingga 21 hari. Pesakit akan mengalami gejala selama dua hingga empat minggu. Tanda dan gejala jangk1tan adalah dem4m, keletihan, sakit kepala serta ruam bermula di muka kemudian tapak tangan dan tapak kaki, diikuti bahagian tubuh yang lain.

RUJUKAN:

  1. Centers for Disease Control and Prevention. 2003 United States Outbreak of Monkeypox Retrived from: https://www.cdc.gov/poxv1rus/monkeypox/outbreak.html.
  1. Centers for Disease Control Prevention. Human monkeypox–Kasai Oriental, Democratic Republic of Congo, February 1996-October 1997. MMWR Morbidity and mortality weekly report. 1997;46(49):1168.
  2. Siti A’isyah Sukaimi (2019) Tiada jangk1tan monkeypox di Malaysia, Harian Metro.
    https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/458374/tiada-jangk1tan-monkeypox-di-malaysia

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.