https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Cabaran Perdana Menteri Termuda Dalam Sejarah Finland

1,337

Sanna Marin (berumur 34 tahun) menarik tumpuan media antarabangsa apabila beliau bakal menjadi Perdana Menteri termuda dalam sejarah. Social Democrat merupakan salah satu daripada gabungan lima parti sayap kiri-tengah (centre-left) yang membentuk kerajaan telah menyingkirkan Antti Rinne atas desakan Centre Party dan sudah pun memilih Marin sebagai pengganti untuk menjawat Perdana Menteri.

Marin bakal memimpin kerajaan di usia yang sangat muda dibandingkan dengan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Adcern yang berusia 37 tahun ketika dilantik. Marin akan menyertai pemimpin dunia lain seperti Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern (39 tahun), pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un (35 tahun) dan Perdana Menteri Ukraine, Oleksiy Honcharuk (35 tahun) yang hampir seusia dengannya.

Pada pilihanraya April lepas, Rinne berjaya menjadi pemimpin sayap kiri Finland pertama dalam 20 tahun selepas Social Democrat menjadi parti terbesar. Malangnya, beliau hilang kepercayaan daripada gabungan partinya sendiri atas desakan Centre Party dan isu servis pos milik Finland itu.

Apa yang menarik lagi, lima parti utama di Finland ni dipimpin oleh wanita – dan empat daripadanya berumur 30-an; Li Anderson (32 tahun) yang memimpin Left Alliance; Maria Ohisalo (34 tahun) memimpin Green League; Katri Kulmuni (32 tahun) memimpin Centre Party. Swedish People’s Party pula dipimpin oleh Anna-Maja Henriksson (55 tahun).

Perjalanan politik Marin bermula sejak menjadi ketua majlis bandar di Tampere pada umur 27 tahun. Sejak itu, Marin mengalami kebangkitan dalam arena politik Finland. Bekas Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Finland ini bakal menjawat jawatan Perdana Menteri wanita Finland ketiga dalam sejarah republik tu.

Apa yang pasti, Marin bakal menggalas tugas yang sukar selepas ni. Rinne disingkirkan sebagai Perdana Menteri Finland akibat kegagalannya mengurus masalah servis pos milik negara tu. Kena ingat, para pekerja sudah melancarkan mogok selama dua minggu pada November lepas.

Perkhidmatan mel di Finland dah lama struggle untuk menaikkan semula keuntungan dan ‘volume’. Persekutuan Industri Perhutanan Finland akan mengunci selama enam hari sejak 12 Disember – untuk menutup kilang papan dan plywood – untuk memberi tekanan kesatuan pekerja sekiranya rundingan pembayaran dihentikan.

Tindakan mogok pekerja ni sebenarnya berkisarkan gaji dan masa bekerja. Kesatuan pekerja di Finland marah atas “competivity pact” – menaikkan masa bekerja sebanyak tiga hari tanpa kenaikan gaji dari 2016 – 2019. Rundingan ini dibuat pada 2015 di bawah kerajaan kanan-tengah lalu dengan objektif memulihkan ekonomi Finland daripada kemelesetan (recession), tetapi kerajaan kiri-tengah baharu ini mula memberi perhatian kepada masalah pekerja.

Pengeluaran daripada syarikat-syarikat terbesar di Finland akan dihentikan memandangkan Marin akan mengambil alih jawatan tu di tengah-tengah waktu mogok tiga hari tu. Tak cukup dengan itu, Reuters menyatakan Konfederasi Industri Finnish sudah menjangkakan kerugian berjumlah 500 juta Euro akibat serangan mogok ni. Besar nilai kerugian nih.

Tugas berat menanti Marin selepas memasuki pejabat Perdana Menteri nanti. Pulihkan semula kepercayaan sesama anggota parti itu sudah pasti kerana kabinet sudah hilang kepercayaan rakyat. Finns Party yang terkenal dengan polisi anti-imigran menjadikan parti tu paling popular di Finland. Ikut survey terbaru dari YLE – bila Social Democrat bersekutu dengan Centre Party, barulah mereka disokong dengan kelebihan 10 peratus. Nak atau tak, kepercayaan tu mustahak sesama parti.

Pemilihan Sanna Marin sebagai Perdana Menteri menggantikan Antti Rinne memang patut dipuji pun. Bekas Perdana Menteri Alexander Stubb pun puji jugak dengan mengatakan “Ia menunjukkan Finland sebuah negara moden dan progresif”. Pelantikan pemimpin muda memang pilihan bagus sebab mereka masih subur dengan idea-idea bernas untuk tambah baik sistem sedia ada sekarang nih.

Tapi sama ada perdana menteri termuda dalam sejarah ni berjaya melakukan perubahan yang baik untuk negara Scandinavia ni, hanya masa yang bakal menentukannya.

RUJUKAN:

1. Bianca Britton (2019), CNN, Finland’s Sanna Marin to become world’s youngest prime minister at 34, edition.cnn.com/2019/12/09/europe/finland-youngest-prime-minister-sanna-marin-intl-scli/index.html

2. Rosie Perper, Business Insider US (2019), Business Insider, Finland’s Sanna Marin will soon become the world’s youngest sitting prime minister, www.businessinsider.my/finland-sanna-marin-photos-worlds-youngest-sitting-prime-minister-2019-12/?r=US&IR=T

3. Tarmo Virki (2019), Reuters, Finland’s Social Democrat name Marin to be youngest ever prime minister, www.reuters.com/article/us-finland-government-pm/finlands-social-democrats-name-marin-to-be-youngest-ever-prime-minister-idUSKBN1YC0JO?feedType=RSS&feedName=worldNews&utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Reuters%2FworldNews+%28Reuters+World+News%29

4. Reuters (2019), Postal led-strikes end in Finland, but more to follow, www.businessinsider.com/postal-led-strikes-end-in-finland-but-more-to-follow-2019-11?IR=T

Artikel dikirimkan oleh Al-Badru untuk The Patriots.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.