Cabaran Bekalan Air Singapura Di Masa Hadapan

1,258

Pra-tempah hanya di Shopee

Prasangka dan kerisauan Singapura tentang air sebenarnya mempunyai asas kukuh. Negara ini meskipun kecil menggunakan 1.628 bilion liter air setiap hari.

Dalam masa 40 tahun, jumlah ini dijangka meningkat dua kali ganda. Statistik ini amat membimbangkan sebenarnya kerana dunia sekarang ini berdepan dengan perubahan iklim yang memberi tekanan terhadap Singapura.

Hari ini, Singapura mengimport 40 peratus daripada keperluan air daripada Malaysia. Singapura membayar harga yang agak berpatutan untuk memperolehi air ini.

Ramai terlalu menumpukan perhatian pada harga RM0.03 bagi setiap 4,500 liter, sampai terlepas pandang bahawa Singapura membangunkan Empangan Linggiu dengan pampasan SG$300 juta, bersertakan premium tahunan RM30 bagi setiap 1,000 kaki persegi.

Pembinaan empangan ini juga bersertakan perjanjian berasingan dengan Petronas untuk membekalkan gas asli daripada Terengganu (kepada Singapura) sebanyak 4.2 juta meter persegi.

Walau bagaimanapun kebergantungan Singapura pada Malaysia masih tidak mencukupi. Pemanasan global dan urbanisasi pantas menimbulkan persoalan bagi masa depan Singapura, terutamanya perihal air.

Dunia ini pula sedang memberi tekanan teruk pada air (Woodyatt, 2019). Selain daripada mengimport, Singapura telah menggunakan cara kitar semula (Senthilingam, 2014).

Jadi satu-satunya cara sekarang ini yang boleh meningkatkan jaminan air ialah inovasi saintifik. Saintis Singapura sedang cuba membangunkan sebuah span hitam yang menggunakan aerogel karbon.

Alat ini dikatakan boleh menyucikan air dengan pantas kerana membuang sisa, najis dan mikroplastik 190 kali ganda lebih banyak daripada beratnya (Jamshed, 2019). Namun begitu produk ini masih belum memuaskan hati pemerhati.

Begitu juga dengan inovasi buatan WateRoam, yang menggunakan teknologi kecil mampu membersihkan air untuk kegunaan 100 orang dalam masa dua tahun.

Masalah di sini sebenarnya mudah: bagaimana teknologi ini boleh dimanfaatkan untuk keperluan populasi di sebuah pulau kecil bernama Singapura?

Artikel turut boleh dibaca di laman ekonomi dan kewangan kami. The Outlook. 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.