Moving Forward As One

Cαnnαbis: ‘Bani Tenang’ Zaman Mesir Kuno

1,620

Cαnnαbis sangat popular bagi mereka yang mencintai kepada ‘ketenangan’ diri. Tapi tahukah andas, sebelum kemunculan Bani Tenang era moden sebenarnya Cαnnαbis sudah diguna pakai secara meluas dan merupakan satu-satunya tumbuhan semulajadi yang dapat permintaan tinggi masyarakat semasa zaman Mesir Kuno?

Ayuh dapatkan buku terbaru keluaran The Patriots, Rahsia Empayar Melayu Srivijaya dan The Malaccan Odssey di Shopee kami. Beli Srivijaya: http://t.ly/9z3K dan Melaka: http://t.ly/kn3A

Mαrijuαna atau dalam bahasa saintifik iaitu Cαnnαbis Sativa adalah salah satu cabang dari keluarga tumbuh-tumbuhan Cannabaceae. Terdapat 170 spesis pokok ini dimana lagi 11 genus Cannabaceae tergolong dibawahnya termasuk Cαnnαbis (Hεmp, Mαrijuαna), Hu.mu.lus (H.ops) dan Celt.ies (Hac.kbe.rries).

Cαnnαbis

Walaupun pokok ini sering disalahgunakan oleh sesetengah pihak bagi tujuan negatif seperti berkhayal. Namun tumbuh-tumbuhan ini amat berguna pada masa lalu untuk merawat penyakit.

Perubatan Cαnnαbis Pada Zaman Mesir Kuno

Sebelum wujudnya perubatan moden berasaskan sains moden. Dalam Ebers Papyrus iaitu teks kuno Medico-Magical, sebuah kitab penawar merekodkan sebanyak 842 jenis penawar kesakitan dan kecederaan.

Teks Kuno Ebers Papyrus

Kitab penawar yang ditulis sekitar 1550 Sebelum Masihi ini mengamalkan cara perubatan campuran mistik dan rawatan tradisional.

Menariknya, kitab ini juga menerangkan tentang formula Cαnnαbis dan mencadangkan penggunaannya pada penyakit seperti keradangan dan sebagainya. Selain itu, bukan sahaja mampu merawat penyakit luaran malah penyakit psikologi seperti depression juga digunakan di kalangan wanita-wanita pada zaman tersebut.

Penggunaan ramuan herba semulajadi mungkin boleh di jejaki di sekitar kawasan itu sejak 2000 Sebelum Masihi lagi kerana terdapat dapatan lain mengatakan ramuan herba/tumbuh-tumbuhan sudah digunakan dalam perubatan kuno untuk merawat penyakit seperti Glaucoma, Hemorrhoids dan bahkan penyakit Kanser.

Oleh itu, Cαnnαbis bukanlah penawar muktamad tetapi sebagai rawatan meredakan simptom teruk yang dialami oleh pesakit. Perubatan moden juga telah membuktikan Cαnnαbis sebagai salah satu agen penenang sistem saraf bagi pesakit yang menderita penyakit Parkinson.

Cαnnαbis Dalam Agama Dan Budaya Mesir Kuno

Kalau rakyat marhaen Mesir Kuno sendiri menghargai pokok Cαnnαbis dalam perubatan, tak akan bangsawan zaman tu tak pakai pula kan?.

Cαnnαbis menjadi simbolik rawatan dalam dunia perubatan kuno ketika itu, kemudiannya tumbuhan ini terus diserap ke dalam kebudayaan masyarakat Mesir menunjukkan betapa pentingnya kegunaan tumbuhan ini dalam perubatan kuno.

Lanjutan daripada itu, Misalnya semasa Mumia Firaun Ramesses II ditemui dan diperiksa pada tahun 1881, Sarjana mendapati bahawa terdapat cebisan daun Cαnnαbis pada permukaan Mumia tersebut.

Sejak penemuan pertama ini, lebih banyak Mumia yang belum dibongkarkan menunjukkan kesan serupa tentang kegunaan ramuan Cαnnαbis dalam sistem mereka.

Setiap dewa-dewa masyarakat Mesir Purba mempunyai peranan dan memiliki sifat-sifat tertentu. Misalnya Dewa Seshat merupakan Dewa Kebijaksanaan, Uniknya Dewa ini selalu digambarkan bersama daun Cαnnαbis diukir di atas kepalanya pada lukisan mural oleh tamadun manussia sejak ribuan tahun lalu.

Mural Lukisan Dewa Sashet Bersama Ukiran Cαnnαbis

Selain itu, Masyarakat Mesir Kuno beriman pada Dewi Bastet yang juga turut berkait rapat dengan tumbuhan Cαnnαbis di rantau itu. Namun, lebih tepat lagi kegunaan Cαnnαbis dipercayai diamalkan secara mistik/sihir.

Dewi Bastet Dengan Simbol Cαnnαbis

Banyak bukti menunjukkan bahawa penyembah berhala ini akan ambil daun Mαrijuαna terlebih dahulu sebelum melakukan upacara ritual keagamaan.

Kegunaan Lain Cαnnαbis Selain Perubatan

Ayuh dapatkan buku terbaru keluaran The Patriots, Rahsia Empayar Melayu Srivijaya dan The Malaccan Odssey di Shopee kami. Beli Srivijaya: http://t.ly/9z3K dan Melaka: http://t.ly/kn3A

Mungkin anda tidak pernah mengetahui tentang perkara ini dan mungkin saja akan kedengaran ganjil, namun, selain dalam bidang perubatan kuno, Cαnnαbis digunakan secara praktikal dalam menghasilkan tali, layar kapal dan juga kain khususnya.

Ramuan Cαnnαbis ini begitu popular di zaman kuno Mesir sehingga Kaisar Rom yang terkenal iaitu Aurelian telah mengenakan cukai ke atasnya!

RUJUKAN:

Brusco, Robert. (2021). A Versatile Plant: What Were the Many Uses of Cαnnαbis in Ancient Egypt?. Ancient Origins.

Ruangan komen telah ditutup.