Setiap burung pemangsa pasti menggunakan kelebihan dari tubuh badan mereka untuk memburu mangsa. Helang dengan kuku tajamnya mencengkam mangsa. Burung belatuk menggunakan lidah panjangnya menarik mangsa keluar dari lubang dia tebuk.

Namun ada sebuah spesis burung pemangsa yang langsung tidak menggunakan tubuhnya membur dan mematikan mangsa, malah menggunakan persekitaran sebagai cara untuk menjayakan pemburuannya. Lebih dahsyat, cara pemburuannya agak menggerunkan.

 

Apakah spesis burung tersebut?

Spesis burung yang kita bincangkan adalah spesis burung Shrike. Ia adalah spesis dari keluarga Laniidae. Keluarga burung ini mempunyai 33 buah spesis dan kumpulan genus terbesar dari keluarga Laniidae adalah genus Lanius.

Nama Laniidae dan Lanius sebenarnya nama dari bahasa Yunani yang bermaksud ‘penyembelih’. Maka burung Shrike kadang kala dipanggil sebagai burung penyembelih kerana cara pemburuannya.

Burung Shrike adalah burung bersaiz sederhana dengan mempunyai bulu berwarna kelabu, perang, atau hitam dan putih. Kebanyakkan spesis mempunyai saiz antara 16 cm hingga 25 cm. Walau bagaimanapun, kumpulan genus Corvinella mempunyai bulu ekor yang memanjang sehingga 50 cm. Paruh burung ini kecil dan bercangkuk.

Burung Shrike biasanya berhabitat di kawasan Eurasia (nama geografi bagi gabungan Eropah dan Asia) dan Afrika. Namun Amerika Utara hanya mempunyai 2 buah spesis Shrike iaitu burung Loggerhead dan Great Grey. Burung ini tidak menetap di Amerika Selatan dan Australia, walaupun pernah spesis ini bertebaran hingga ke pulau New Guinea.

Kawasan tempat burung ini berhabitat biasanya di tempat terbuka seperti padang rumput dan savannah. Namun ada sebahagian spesis menetap di hutan. Apabila masuk musim panas, burung Shrike bermigrasi ke utara untuk membiak. Burung ini kemudian bermigrasi ke selatan atau kawasan beriklim panas apabila masuk musim sejuk.

Tiger Shrike (Lanius tigrinus). Bulunya yang bercorak seperti corak harimau menyebabkan ia diberi nama sedemikian.

Di Malaysia terdapat 3 buah spesis burung Shrike yang sentiasa bermigrasi di kawasan barat dan timur Malaysia. Ketiga-tiga burung tersebut adalah: Brown Shrike (Lanius cristatus), Tiger Shrike (Lanius tigrinus), dan Long-tailed Shrike (Lanius schach).

Long-tailed Shrike (Lanius schach)

Masuk ke habitat pemakanan burung Shrike, kita akan faham kenapa tajuk artikel ditulis sedemikian. Cara pemburuan burung ini agak unik dari burung pemangsa lain. Burung ini memburu serangga dan haiwan kecil seperti tikus, namun dia tidak mematikan mangsanya dengan kuku tajam atau paruhnya.

Beginilah cara burung Shrike memburu mangsanya. Tangkap dan sula.

Sebaliknya, dia mencari duri pokok atau pagar besi yang berduri, kemudian menyula mangsa, seterusnya membiarkan mangsa sengsara selama beberapa hari sehingga mangsa boleh dimakan.

Tujuan burung berbuat sedemikian kerana ia memudahkan burung untuk merobek daging mangsa sehingga menjadi ketulan kecil. Mangsa yang disula boleh dijadikan sebagai peti simpanan makanan di mana apabila burung Shrike kelaparan, dia hanya mencari mangsa yang dia ‘simpan’ untuk menjamahnya.

Tujuan seterusnya yang terpenting untuk pencernaan burung adalah tindakan tersebut mampu menghilangkan bisa mangsa. Seperti spesis belalang bernama Eastern Lubber Grasshopper, belalang yang mampu rembeskan cecair yang menghilangkan selera makan burung apabila ia terancam. Maka, menyula belalang itu adalah cara terbaik burung Shrike untuk menikmati dagingnya. Belalang disula kemudian dibiarkan selama 2 hari bagi keringkan bisanya, terus boleh dimakan.

Dari tabiat pemakanan burung inilah ia mendapat nama sebagai ‘burung penyembelih’. Siapa sangka, burung comel ini mampu melakukan apa yang raja kota Wallachia, Vlad The Impaler lakukan, menyula musuh yang menyerang kota kesayangannya.

 

Berikut video burung Shrike menyula mangsanya:


RUJUKAN:

Fuchs, J.; Alström, P.; Yosef, R.; Olsson, U. (2019). “Miocene diversification of an open‐habitat predatorial passerine radiation, the shrikes (Aves: Passeriformes: Laniidae)”. Zoologica Scripta: 1–18

Jobling, James A (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London: Christopher Helm. p. 219

 

Yosef, Reuven (2008). “Family Laniidae (Shrikes)”. In Josep, del Hoyo; Andrew, Elliott; David, Christie (eds.). Handbook of the Birds of the World. Volume 13, Penduline-tits to Shrikes. Barcelona: Lynx Edicions. pp. 732–773

Yosef, Reuven; Whitman, Douglas W. (1992). “Predator exaptations and defensive adaptations in evolutionary balance: No defence is perfect”. Evolutionary Ecology. 6 (6): 527–536

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.