Burger Yang Diperbuat Dari Najis

1,733

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kelihatannya, kisah ini seperti dongeng. Namun ianya menarik perhatian sebahagian besar kita akan kisahnya. Ramai pembaca sanggup memilikinya untuk merasa. Barangkali tidak untuk sebiji burger tahi.

Sebilangan pemakan karnivor tegar mempunyai kesukaran dalam mencari pengganti daging seperti soya dan tofu. Namun bukan pemakan daging mungkin hilang selera bersama dengan sahabat handai pemakan daging kerana ini – pengganti daging yang diperbuat daripada HASIL PEMBUANGAN MANUSIA. Anda tidak salah membaca, seorang ahli sains Jepun bernama Ikeda Mitsuyuki telah membangunkan sebuah burger yang diperbuat daripada soya dan protein yang diekstrak daripada tahi manusia.

Industri pembungkusan daging menyebabkan 18% pembebasan gas rumah hijau di mana sebahagian besar daripadanya berasal daripada metana daripada haiwan. Industri pemakanan juga menggunakan bilangan makanan dan air yang jauh lebih banyak berbanding daging yang dihasilkan. Banyak industri yang tidak berhati perut menyiksa haiwan. Faktor tersebut adalah punca kepada pemayur dalam menggantikan pengambilan daging kepada protein sayur dan kekacang. Namun, Ikeda yang merupakan seorang ahli sains di Pusat Penilaian Alam Sekitar di Okayama telah mencari pengganti protein dengan mengitar semula sisa kaya protein iaitu Lumpur Kumbahan.

“Lumpur Kumbahan” itulah yang anda fikirkan iaitu “tahi”. Proses Ikeda bermula dengan mengekstrak protein dan lemak daripada “lumpur”. Lipid kemudiannya disebatikan dengan pemangkin tindakbalas lalu dilenyekkan menjadi “daging” di dalam bekas. Ikeda kemudiannya menambahkan perasa soya dan sos stik ke atas tahi itu.

Pada masa kini, harga burger tahi tersebut bernilai sehingga 20 kali ganda daging biasa kerana kos penyelidikan. Namun beliau berpendapat, harga akan menjadi berpatutan dalam beberapa tahun. Beliau mengaku yang “sebahagian orang” akan berasa jijik dalam memakan daging tiruan yang diperbuat daripada tahinya. Walau apapun, jika difikirkan ramai yang berfikiran terbuka dalam melengkapkan rantaian makanan. Beliau juga mendakwa yang burger-burgernya rendah lemak.

Daging tiruan ini rendah lemak dan kurang pembebasan gas karbon dan sisa buangan kilang. Walaubagaimanapun, sukar dipercayai akan bilangan orang pengguna yang dipujuk untuk menjamah sandwich tahi itu.

TERJEMAHAN:

Poop Burger: Japanese Researcher Creates Artificial Meat From Human Feces. https://inhabitat.com/poop-burger-japanese-researcher-creates-artificial-meat-from-human-feces

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.