Bunyi Ketukan Misteri Dalam Kapal Angkasa Angkasawan China Ini

2,089

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Beberapa minggu lepas, negara dikejutkan dengan misteri ketukan pintu yang melanda beberapa kampung di Sabak Bernam sebelum kini menular di beberapa kawasan di Kuala Selangor. Situasi ini membuatkan ramai penduduk ketakutan sehingga satu soalan timbul: apakah ini perihal manusia atau hantu? Yang pasti, ketukan misteri bukan berlaku di bumi saja, ia berlaku juga di angkasa lepas.

Rajah 1: Yang Liwei

Fenomena ketukan misteri ini dialami oleh angkasawan pertama China, Yang Liwei pada 16 Oktober 2003. Pada hari itu, beliau membantu China mencipta sejarah sebagai negara ketiga menghantar angkasawan mereka secara bebas ke angkasa lepas dengan menaiki kapal angkasa Shenzhou 5. Tetapi dalam satu temubual bersama China Central Televisyen (CCTV), Liwei mendedahkan sesuatu yang aneh pada jam ke-21 misinya di angkasa lepas.

“Satu situasi aneh yang dihadapi saya di angkasa lepas ialah bunyi ketukan yang muncul dari semasa ke semasa. Ia tidak datang dari luar atau dalam kapal angkasa tetapi berbunyi seperti orang mengetuk kapal angkasa macam baldi besi diketuk dengan tukul kayu,” ujarnya. Dan situasi ini turut dihadapi angkasawan China lain semasa misi mereka pada tahun 2005 dan 2008.

Bagi Profesor Goh Cher Hiang dari Universiti Kebangsaan Singapura, perkara ini dianggap mustahil kerana bunyi memerlukan medium untuk bergerak. Dan jika benar ketukan berlaku, terdapat benda fizikal yang menghentam kapal angkasa yang membawa angkasawan itu. Tetapi bila ditanya apa benda yang boleh berbuat demikian, Profesor Cher Hiang enggan berbuat demikian kerana cadangan tersebut bersifat spekulasi.

Sementara rakan sejawatnya Profesor Wee Seng Soh pula mencadangkan ketukan ini berlaku kerana pengembangan atau pengecutan kapal angkasa memandangkan suhu bahagian luar angkasa lepas boleh berubah-ubah dalam orbit. Yang pasti, misteri sebegini bukan sekadar dirasai angkasawan China sahaja.

Banyak kisah menarik berkenaan bunyi misteri yang didengar oleh angkasawan. Misalnya pada tahun 1969, semasa penerbangan ujian mengelilingi bulan dan misi Apollo 11 di bahagian paling jauh bulan selepas terputus hubungan radio dengan NASA, kedua-dua misi mendedahkan mereka mendengar bunyi pelik dan tak dapat dijelaskan sehingga hari ini.

Rajah 2: Misi Apollo 11 turut mendengar bunyi aneh semasa misi pendaratan mereka di bulan.

Bunyi pelik yang dinyatakan mereka ialah bunyi seolah-olah orang bersiul dan dianggap muzik kepada mereka. Begitupun, rekod bunyi misteri ini dirahsiakan selama bertahun-tahun sebelum ia dinyahsulit dan diperdengarkan kepada orang ramai pada tahun 2016. Bila ditanya tentang bunyi aneh tersebut, NASA hanya memberi jawapan gangguan radio.

Selain misi angkasa lepas membabitkan manusia, misi penghantaran prob penerokaan angkasa lepas tidak terlepas daripada merekodkan bunyi pelik ini. Salah satu misi tersebut ialah misi prob Juno yang mengelilingi planet Musytari.

RUJUKAN:

BBC. (2016). Chinese astronaut puzzled by ‘knocking sound’ in space. https://www.bbc.com/news/38153623

O’Callaghan, Jonathan. (2016). Chinese Astronaut Says He Heard A Strange Knocking Sound While In Space. IFLSCIENCE!. https://www.iflscience.com/space/chinese-astronaut-strange-knocking-sound-in-space/

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.