Moving Forward As One

Bunuh Haiwan Waktu Kecil Tanda Psikopat?

2,431

Sebut saja pembunuh bersiri, kita membayangkan nama seperti John Wayne Gacy dan Jeffrey Dahmer. Skala jenayah mereka amat menakutkan ramai pihak termasuk pihak berkuasa. Tetapi tidak ramai tahu jenayah mereka bermula dengan membunuh haiwan semasa kecil.

Sebelum dikenali sebagai pembunuh dan kanibal, Dahmer membunuh anjing dan kucing semasa kecil serta meletakkan kepala haiwan-haiwan ini di atas pacak kayu.

Manakala Ian Brady yang digelar Pembunuh Moors pada tahun 60-an kerana menyeksa dan membunuh lima orang kanak-kanak ketika itu melakukan banyak kekejaman ke atas haiwan sejak kecil. Antara perlakuan keji itu ialah membaling batu terhadap anjing dan memotong kepala arnab.

Ian Brady

Kaitan antara kekejaman haiwan dengan jenayah kejam bukan cerita baru. Tetapi berdasarkan kajian terbaru, wujud bukti-bukti yang menyokong teori ini dan keperluan menyelamatkan individu dan haiwan daripada kegilaan ini sebelum ia bertambah parah.

Dalam satu kaji selidik remaja Romania yang dijalankan oleh Universiti Teesside, England, 9 daripada 10 responden atau 86.3% menyifatkan perlakuan membunuh haiwan peliharaan yang tiada pemilik sebagai normal.

Kumpulan remaja ini dilihat lebih berkemungkinan mencederakan diri mereka atau kecenderungan bunuh diri berbanding kumpulan kawalan remaja dari Jerman.

Dan bila ditanya sama ada mereka pernah menyaksikan perlakuan pembunuhan atau penyeksaan haiwan semasa kecil, hampir semua responden menjawab ya. Mereka pernah melihat haiwan digantung, diracun atau terperangkap dalam jerat.

Kaji selidik ini turut disokong oleh statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa. Pada tahun 2018, Kementerian Keadilan Britain melaporkan 13 pembunuh, 22 perogol kanak-kanak dan 99 pendera kanak-kanak mempunyai sejarah sebagai pelaku jenayah haiwan.

Bagi penulis kertas kajian Making the Link, Malcolm Plant, hasil kajian ini langsung tidak mengejutkan. Ini kerana pendera atau pembunuh haiwan bukan sekadar didedahkan kepada keganasan semasa kecil tetapi mengakibatkan empatinya berkurangan dan menormalkan perlakuan ganas.

Malcolm Plant

Tambahnya lagi, jenayah sebegini berkemungkinan besar membawa kepada jenayah keganasan pada masa hadapan. Ia boleh saja ditujukan kepada pasangan, kanak-kanak dan masyarakat amnya.

Dan kerana betapa kami sedar bahawa tanda-tanda membunuh haiwan sewaktu kecil tanpa belah ihsan dan kasihan adalah ciri-ciri seorang psikopat, maka dalam novel terbaru terbitan kami iaitu Psikopat Nirwajah, watak utamanya iaitu Mayang yang membesar sebagai pembunuh bersiri yang suka mengupas kulit wajah mangsanya, pada waktu kanak-kanaknya terkenal dengan perbuatan membunuh haiwan-haiwan seperti kucing, tupai dan sebagainya.

Jadi, kalau nak mendalami tentang minda dan psikologi seorang Psikopat, kami nak cadangkan pembelian untuk buku terbaru kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Ruangan komen telah ditutup.