Ketika Bumi masih muda, Bumi kelihatan sangat berbeza berbanding dengan hari ini. Salah satu kelainan tersebut ialah Bumi pernah ada satu saja benua yang dipanggil “adi-benua” (super-continent) iaitu gabungan benua-benua hari ini menjadi satu.

Namun, menurut satu kajian baru, terdapat era dan zaman di mana Bumi hampir ketiadaan daratan. Bumi merupakan planet air. Seluruh planet dipenuhi dengan air.

Sebuah bukti melalui rekod geologi berhipotesis bahawa, sekitar 3.2 bilion tahun yang lalu, Bumi kita pernah dipenuhi lautan satu dunia.

Sekiranya hipotesis ini dapat disahkan dengan lebih kukuh, kita dapat menyelesaikan permasalahan bagaimana hidupan boleh muncul ketika 3.5 bilion tahun yang lalu – terutamanya sama ada ia bermula dalam air tawar ataupun air masin.

Sekiranya tiada langsung darata untuk menjadi perumah air tawar, kita tahulah apa jawapannya.

Pasukan penyelidik cuba untuk menguji tahap suhu Bumi suatu ketika dahulu yang merupakan objektif yang agak mencabar.

Masih tidak jelas sama ada Bumi lebih hangat ataupun lebih sejuk ketika hidupan mula muncul. Nisbah dua isotop oksigen dapat digunakan untuk mengesan suhu lautan purba kerana perbezaan berat molekul.

Air yang rendah suhunya mempunyai oksigen-16 lebih tinggi berbanding oksigen-18. Sebaliknya, yang tinggi suhunya mempunyai oksigen-18 lebih tinggi berbanding oksigen-16.

Mereka mendapati, suatu ketika dahulu oksigen-18 lebih banyak berbanding oksigen-16. Tetapi nisbahnya hanya sekitar 3.3 %. Ada kertas kajian pada tahun 2012 menunjukkan nisbahnya sekitar 0.8% – 3.8%.

Walaupun peratusannya kecil, hal itu sangat sensitif pada daratan. Daratan sebesar benua menyerap isotop yang lebih berat seperti oksigen-18 dari air secara tidak seimbang.

Perkara ini memberikan kelebihan kepada saintis untuk mengkaji keadaan Bumi melalui batu. Menurut penemuan mereka ke atas analisis pada batu purba yang dikaji, suatu masa dahulu Bumi, benua amat kecil.

RUJUKAN:

  1. Johnson, B. W., & Wing, B. A. (2020). Limited Archaean continental emergence reflected in an early Archaean 18 O-enriched ocean. Nature Geoscience13(3), 243-248.
  2. https://www.sciencealert.com/geologists-think-earth-could-have-once-been-a-sloshy-continent-free-waterworld

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.