Bulan Syaaban: Antara Peristiwa Dan Hikmah

721

Dalam kita sedang sibuk menangani Covid-19, sedar tak sedar kita sudah masuk dalam bulan Sya’aban. Bermakna kita makin menghampiri bulan Ramadhan.

Mungkin antara kita masih sibuk dengan diri sendiri, mungkin sibuk dengan melayan karenah dunia tanpa henti. Jom kita ‘rehat’ untuk mengetahui apakah peristiwa dan hikmah disebalik bulan Sya’abab yang istimewa ini.

1. Kiblat Dipindahkan Dari BaitulMaqdis ke Kaabah

• Peristiwa perpindahan kiblat dari BaitulMaqdis ke Kaabah di Mekah berlaku pada bulan ini iaitu pada 15 Sya’aban

•Selepas peristiwa Hijrah, orang Islam solat menghadap ke arah BaitulMaqdis yang juga merupakan kiblat orang Yahudi. Kaum Yahudi menjadikan ini peluang sebagai cara untuk menghina umat Islam kerana menggunakan kiblat sama seperti mereka

• Namun, umat Islam tidak menghiraukan cercaan tersebut. Tetapi Rasulullah saw tidak sanggup melihat umatnya dihina dan kemudian Rasulullah berdoa dan dijawab oleh Allah dalam surah Al Baqarah ayat 44.

2. Turunnya ayat Untuk Berselawat

• Pada bulan Syaabn juga, Allah menurunkan perintag membaca selawat kepada Nabi saw dalan firmanNya,

” Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk Nabi. Hai orang orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”
(Surah al-Ahzab:56)

• Oleh sebab ayat turun pada bulan Syaaban, sebahagian ulama anjurkan untuk banyakkan selawat pada bulan ini.

3. Ketetapan Wajib Berpuasa di Bulan Ramadhan

• Kewajipan berpuasa bagi umat Islam di bulan Ramadhan pada tahun ke 2 Hijriah ditetapkan pada bulan Syaaban.

4. Pernikahan Rasulullah saw dengan Saidatina Hafsah binti Umar

• Hafsah binti Umar merupakan bekas isteri kepada Khunais binti Hadafah yang meninggal sebaik saja pulang dari perang Badar

•Nabi saw menikah pada tahun ke-3 Hijriah

5. Perang Badar Kedua

• Ketika perang Uhud, Abu Sufyan pernah menyatakan bahawa mereka akan kembali menyerang di Badar pada tahun hadapannya.

• Rasulullah saw bersama sama 1500 orang sahabat menanti di Badar pada bulan Syaaban tahun ke-4 Hijriah

Terbaru: Fiksyen Mahakarya

• Abu Sufyan bersama 2000 tentera berhenti di pertengahan jalan, kemudian kembali ke Mekah kerana merasakan akan berlaku kemarau

• Tentera Islam menunggu selama 8 hari sebelum kembali ke Madinah tanpa peperangan

6. Peristiwa al-Ifki

• Peristiwa fitnah tentang kecurangan Saidatina Aisyah dengan Safwan bin Mu’aththa yang disampaikan oleh Abdullah bin Ubay

• Ia berlaku selepaas perang Bani Mustaliq pada tahun ke-6 Hijrah. Lalu Allah menurunkan ayat 11-13 surah an-Nur menjelaskan bahawa Aisyah tidak melakukan sedemikian.

7. Peristiwa Nahrawan

• Ia bermula apabila terpecahnya pengikut Ali bin Abi Talib menjadi kelompok syiah dan khawarij. Dalam peristiwa ini, Ali bin Abi Talin menang dalam pertempuran namun Muawiyah mengangkat Al Quran sebagai tanda damai.

8. Perampasan Baitul Maqdis

• Dalam perang Salib Pertama, tentera Kristian berjaya merampas Baitul Maqdis pada 13 Syaaban 492 Hijrah iaitu dalam tahun 1099 masihi.

Ada lagi peristiwa peristiwa yang berlaku seperti kewafatan Sayyidah Ummu Kaltsum, puteri Rasulullah dan kewafatan Hafsah binti Umar.

Kata Sheikh Hassan Al Banna,

“Untuk berminat dengan sesuatu perkara, maka perlunya kepada kefahaman dan seterusnya penghayatan yang berterusan”

Moga dengan kita mengetahui hikmah yang terkandung, kita akan lebih termotivasi untuk menambah amalan kita di bulan Syaaban ini dan bersedia menghadapi bulan Ramadhan.

Moga bermanfaat.

Wallahu a’lam.

#NastiaUmmah

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.