Buku Agama Yang Ditulis Saintis Agung, Isaac Newton

0
932
views
 Ini merupakan karya agama yang ditulis oleh Isaac Newton. Karya ini mengkritik Gereja yang menyeleweng teks-teks dalam Bible. Newton mengkritik Gereja kerana mengeksploitasi agama sehingga merosakkan manusia. Dia anggap paderi-paderi Gereja tidak jujur dalam ilmu mereka.
Dalam karya ini pun Newton mengkritik konsep Triniti. Konsep yang menurut Newton datang daripada salah tafsir teks-teks oleh Gereja.Dalam karya ini juga, Newton memuji usaha Luther yang jujur dalam ilmu pengetahuan walaupun mereka mempunyai doktrin yang berbeza.

Karya ini tidak pernah diterbitkan masa Newton masih hidup kerana ia akan mengancam nyawanya. Masa itu di England, sesiapa yang menentang Triniti akan menerima pelbagai jenis hukuman termasuk hukuman mati.

Tulisan ini hanya John Locke, seorang ahli falsafah, sahaja yang tahu kerana Newton menulis perkara ini dalam bentuk surat dan dihantarkan kepada Locke.

Karya ini diterbitkan setelah 27 tahun kematian Newton.

Dikatakan Newton lebih banyak menulis tentang agama dan teologi berbanding fizik. Beratus-ratus. Karya-karya agama dan teologi ini tak diterbitkan masa zamannya. sebab ancaman ke atas nyawa Newton sendiri.