Moving Forward As One

Bukti Menunjukkan Itali Kena Covid-19 Sebelum Wuhan

8,406

Sejak pandemik Covid-19 bermula, kuasa-kuasa besar saling menuduh tentang siapa yang bertanggungjawab mencetuskan pandemik penyakit berkenaan. Tuduh-menuduh berlaku tatkala pasukan penyelidik Covid-19 yang ditubuhkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sibuk mengkaji asal-usul penyakit berkenaan. Kini, tumpuan mereka beralih kepada kes seorang wanita Itali misteri yang dikatakan pesakit awal Covid-19.

Mengikut rekod, wanita berusia 25 tahun itu pergi ke sebuah hospital di Milan dan mengadu mengalami sakit tekak dan lesion pada kulit. Lawatan ini berlaku pada November 2019 – sebulan sebelum kes pertama Covid-19 dikesan di Wuhan, China. Dan berdasarkan satu kajian yang diterbitkan pada Januari lepas, sampel kulit yang ditinggalkan wanita berkenaan masih mengandungi kesan koronavirus bila diuji semula lebih enam bulan kemudian.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Menerusi kes ini, mereka mengeluarkan teori kes Covid-19 sebenarnya sudah berlegar di China dan negara-negara sekitarnya sebelum kluster pertama dilaporkan di Wuhan pada Disember 2019. Mereka percaya dengan mengkaji kes wanita berkenaan, ia dapat menentukan berapa lama ia sudah berlaku. Malangnya, identiti wanita tersebut masih belum diketahui.

Ini kerana klinik dan hospital yang menguruskan kes wanita berkenaan, Hospital Policlinico Milan dan Universiti Milan tidak mempunyai maklumat tentang kes wanita berkenaan. Sementara doktor yang merawatnya, Dr Raffaele Gianotti meninggal dunia pada Mac lepas. Ia berlaku beberapa hari sebelum mereka meminta lebih banyak maklumat tentang wanita berkenaan daripada beliau.

Melihat potensi kes sebegini boleh berlaku di negara-negara lain, pasukan penyiasat WHO mencadangkan kes-kes ini disemak bagi membina garis masa sebelum kluster Wuhan bermula. Untuk menjayakan usaha berkenaan, mereka meminta bank darah di beberapa buah negara untuk menguji sampel darah dari akhir tahun 2019. Ini bagi menguji sama ada wujud antibodi koronavirus dalam darah atau tidak.

Walaupun sudah wujud pelbagai kajian tentang kes-kes pertama Covid-19 dilaporkan di kawasan mereka, kes wanita Itali ini yang masih menarik perhatian. Sampel ujian darah yang diuji pada Jun 2020 menunjukkan ia mengandungi antibodi koronavirus.

Pada November 2019, sampel kulit diambil oleh Dr Gianotti dan bila pandemik melanda, ia segera diuji bagi melihat sama ada wujud kesan koronavirus. Pada dua ujian terawal yang dijalankannya, kedua-dua ujian mendedahkan wujud pepaku protein dan cangkerang protein. Bagaimanapun, sampel kulit yang dimiliki terlalu lama untuk digunakan dalam ujian ketiga.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Sekiranya ujian ketiga dapat dijalankan, ia dapat membantu Dr Gianotti membuat jujukan genom virus berkenaan. Ia bukan sekadar mengesahkan wanita tersebut mempunyai Covid-19 tetapi membolehkan ia dibandingkan dengan jujukan genom virus yang diambil di Wuhan.

Bagaimanapun, minat mengetahui asal-usul Covid-19 dilihat semakin pudar dalam kalangan saintis atas sebab mudah: orang sudah tidak berminat mengetahuinya. Dan ia tidak dibantu oleh perdebatan hangat dalam komuniti saintifik berkenaan asal-usul Covid-19. Sekumpulan saintis menegaskan ia dihasilkan dalam makmal sementara sekumpulan saintis lain menganggap dakwaan tersebut mengarut dan tiada asas.

RUJUKAN:

Mitchell, Charlotte. (2021). Hunt for mystery Italian ‘Covid Patient Zero’: Skin sample from Milan woman, 25, shows she had coronavirus WEEKS before Wuhan cluster exploded – but officials have NO idea who she is after doctor treating her DITAPIS. Daily Mail. Diambil dari https://www.dailymail.co.uk/news/article-9782125/Hunt-mystery-Italian-Covid-Patient-Zero.html

Ruangan komen telah ditutup.