Bukan Francis Light Yang Buka Pulau Pinang

6,513

Seperti mana Singapura yang bukan ditemui oleh Stamford Raffles, Pulau Pinang juga bukanlah ditemui oleh Francis Light.

Sebelum tibanya Francis Light, sudah ada penempatan orang Melayu di pulau tersebut.

Contohnya, Batu Uban adalah penempatan, pelabuhan dan tempat bersejarah paling awal sebelum bermulanya era penjajahan Pulau Pinang pada tahun 1786.

Antara bukti paling jelas ialah masjid Batu Uban yang dibina sekitar tahun 1734 merupakan antara tertua di Pulau Pinang.

Batu Uban merupakan sebuah bandar, dan pelabuhan pertama sebelum George Town dan dibuka oleh Haji Mohammad Salleh atau lebih dikenali sebagai Nakhoda Nan Intan dengan perkenan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Syah II.

Masjid Batu Uban telah diasaskan oleh Nakhoda Nan Intan pada tahun 1734 dan berasal daripada Kampung Buadi, Paya Kumboh, Sumatera dan mempunyai hubungan dengan kerabat diraja Minangkabau.

Menurut Profesor Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, Nakhoda Nan Intan telah merantau ke Pulau Pinang bersama dua lagi bahtera, dan singgah di Batu Uban, satu lagi bahtera singgah di Bayan Lepas (Nakhoda Bayan) dan bahtera ketiga singgah di Jelutong (Nakhoda Kecil).

Masyarakat awal di Pulau Pinang dahulu menjalankan aktiviti-aktiviti harian dengan penanaman kelapa, lada dan tebu.

Baca: https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/2639-batu-uban-petempatan-awal-orang-pulau-pinang

Pada masa dahulu tiada sempadan politik moden seperti sekarang dan orang di Sumatera bebas berulang-alik ke semenanjung begitu sebaliknya orang di semenanjung berlayar ke Sumatera untuk berdagang atau menziarahi sanak-saudara.

Selain Pulau Pinang sudah ada penempatan orang Melayu lama sebelum kedatangan Francis Light, pulau tersebut juga sememangnya di bawah pemerintahan Kesultanan Kedah.

Francis Light sebenarnya tidak menemui Pulau Pinang tetapi mengambil Pulau Pinang dari Kesultanan Kedah dengan cara memungkiri perjanjian sesuka hati.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.