Budaya Bertopeng Masyarakat Korea

0
252
views

Rancangan TV yang den tengah follow: “King of Mask Singer” (복면가왕 / Bokmyeon Gawang). Disiarkan setiap Ahad di MBC sejak tahun 2015, sekarang dah masuk episod ke-145.

Dulu tak minat pun, tapi sejak tengok Rosé vokalis Blackpink perform terus tertarik. First time perasan Rosé punya suara mantap.

Konsep rancangan ini ialah para peserta (artis-artis jemputan) akan bertanding menyanyi dengan memakai topeng. Jadi panel dan penonton hanya mampu menilai peserta berdasarkan vokal semata-mata, tanpa mengambil kira faktor muka, usia, dan populariti.

Rancangan ini mendapat sambutan hangat kerana dia menyedarkan orang ramai bahawa ada banyak bakat terpendam dalam industri muzik Korea, mereka pandai menyanyi tapi tak popular akibat fizikal mereka yang tak cukup menyerlah. Jadi kebanyakan dari mereka tenggelam dalam industri K-Pop yang hyper-competitive.

Den pulak rasa jiwa terganggu dengan topeng-topeng yang diorang pakai. Topeng yang diorang pakai punyalah kreatif cara desain, dan sangat ekspresif dengan mulut yang ternganga besar, disertai dengan “persona” yang pelik-pelik seperti “The Little Match Girl”,”Circus Girl”, “The Music General” dan sebagainya.

Lantas den pun berfikir, adakah benda ni ada kaitan dengan budaya Korea? Lepas buat sedikit research, rupa-rupanya di Korea ada tradisi “budaya topeng” (mask culture) yang mempunyai sejarah lama. Setiap tahun, di Andong akan diadakan pesta topeng di mana menurut tradisi, masyarakat Korea akan berhimpun dan berpesta memakai topeng. Ini antara peluang di mana orang daripada semua lapisan masyarakat boleh berinteraksi kerana topeng sudah mengaburi identiti dan kedudukan sosial masing-masing.

Jadi dalam rancangan ini, topeng menjadi alat untuk mengembalikan kesamarataan antara manusia. Ironik bukan, dalam masyarakat yang “superficial”, kita hanya dapat menjadi samarata melalui muka palsu (dalam Bahasa Korea, topeng juga dipanggil “gamyeon” atau muka palsu). Dan kita akan kembali dihukum selepas mendedahkan muka kita sendiri yang sebenar.

Bukan di Korea je, di mana-mana, di Malaysia pun, ekau tak hensem, tak lawa, orang pun tak ambik kisah pasal ekau. Tak kira ekau berbakat atau berbudi pekerti. Semua manusia berselindung disebalik “social face” seperti harta, pangkat dan “bapak kau siapa”.

Uih, tengok TV je pun fikir sampai situ. Masalah over-analyzing ni. Orang over-analyze susah dapat bini.