BERBICARA tentang saiz dan keganasan sang buaya atau sang bedal kebiasaannya  sudah tentu Sarawak mendominasi ceriteranya.  Bujang Senang, Bujang Sudin, Bujang Seblak dan banyak lagi gelaran sang buaya-buaya cukup dikenali oleh rakyat di Malaysia amnya dan Sarawak khususnya.  Sungai Batang Lupar berserta dengan anak-anak sungainya cukup terkenal dengan sang buaya yang bila-bila masa sahaja jika tidak berhati-hati akan menjadikan manusia sebagai hidangannya.

Dalam pada itu mungkin ramai yang sudah melupakan atau tidak mengetahui bahawa nun di Belawai sebenarnya cukup terkenal dengan seekor buaya bersaiz “raksasa” yang kali terakhir mengganas pada akhir tahun 1982.  Dan di Sungai Belawai suatu ketika dahulu pernah ada seekor buaya yang dikenali sebagai si Bujang Belawai yang turut digelar “Raja Melanau” di kalangan penduduk tempatan dan ia turut dipercayai sebagai “penjaga” sungai tersebut.

Alkisah mengapa Bujang Belawai diburu bermula apabila seorang penduduk yang tinggal di Kampung Sebayang iaitu yang bernama Aki Nugung telah dibaham oleh Bujang Belawai pada tahun 1982.  Pada ketika itu dikatakan Aki Nugung yang merupakan seorang nelayan dijadikan santapan oleh si Bujang Belawai setelah dia terjatuh ke dalam sungai akibat perahunya dilibas oleh ekor si penjaga Sungai Belawai. 

Tatkala sudah membuat onar, mana-mana buaya yang telah memakan manusia pasti diburu samada hidup atau m4ti.  Maka begitulah si Bujang Belawai apabila satu operasi telah digerakkan oleh Polis Marin Sarawak memburunya.  Selain kaedah menangkapnya menggunakan pawang buaya gagal maka operasi bersepadu digerakkan secara besar-besaran. 

Setelah jejak Bujang Belawai dapat dikesan akhirnya pasukan Polis Marin Sarawak mengatur strategi untuk berhadapan dengan buaya raksasa ini.  Setiap langkah harus diatur dengan berhati-hati kerana peluang hanya sekali sahaja memandangkan bila-bila masa si Bujang Belawai boleh kembali ke lubuknya.  Pada masa itulah Polis Marin telah menembak buaya pembaham Aki Nugung dan seterusnya dibom untuk mematikannya. 

Berdasarkan pautan akhbar yang dipamerkan di Jong Farm Crocodile, Kuching menjelaskan betapa besarnya si Bujang Belawai ini iaitu panjangnya sahaja 15 kaki  dan beratnya melebihi 500 pound (226.796 KG).  Dengan saiznya itu sahaja sudah cukup membuktikan bahawa si Bujang Belawai boleh dikategorikan sebagai sang bedal “raksasa” di Sarawak. 

-HB-

#KamekSayangSarawakBah!

RUJUKAN:

  1. Buku: Man-eating Crocodile of Borneo published 1993
  2. https://www.libur.com.my/sarawak-padat-buaya-pembaham-manusia/
  3. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1142594229094846&set=a.217795641574714&type=3&theater

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memartabatkan sejarah Sarawak dan Borneo agar mampu diketahui sebaik mungkin oleh masyarakat Malaysia merupakan visi dan misi yang utama di dalam penulisannya. Seorang jurutera automatif yang terjun ke dunia penulisan bagi memvariasikan kebolehan dirinya.

Comments are closed.