Baru-baru ini, pihak berkuasa Jepun menahan seorang lelaki berstatus buaya darat kerana menjadi kekasih kepada 35 orang wanita pada masa yang sama. Ya, 35 orang kekasih wanita!

Rajah 1: Takeshi Miyagawa. Sumber: Newsflash

Takashi Miyagawa, 35, ditahan pihak berkuasa atas tuduhan menipu 35 orang wanita selepas berpura-pura serius dalam setiap hubungan mereka. Menurut laporan, dia memberitahu tarikh lahir berbeza terhadap kekasih-kekasihnya bagi membolehkan mereka menghantar kad dan hadiah kepadanya.

Dalam satu kes, pengadu yang berusia 47 tahun memberitahu Miyagawa menyatakan tarikh lahirnya pada 22 Februari. Sementara dua lagi mangsa menyangka tarikh lahir sebenarnya ialah pada April atau Julai. Hakikatnya, tarikh lahir sebenar si buaya darat ini ialah pada 13 November.

Rajah 2: Mangsa-mangsa Miyagawa (wajahnya dikaburkan) yang tampil membuat laporan polis terhadapnya. Sumber: Newsflash

Ketika ini, 35 orang wanita sudah tampil membuat aduan kepada pihak berkuasa. Tetapi mengikut laporan SoraNews24, pihak berkuasa menjangkakan lebih ramai wanita akan tampil membuat laporan. Miyagawa dikatakan telah menipu mereka dengan nilai hampir 100,000 yen (RM3,807) dalam bentuk wang tunai, hadiah dan pakaian.

Dia dikatakan bertemu dengan mangsa-mangsanya semasa bekerja sebagai penjual barangan domestik termasuk kelengkapan bilik mandi. Miyagawa mensasarkan wanita-wanita bujang dan menjanjikan perkahwinan sebagai umpan untuk menarik mereka mengadakan hubungan dengannya. Bagaimanapun, pada Februari lepas, ramai mangsanya memilih tampil kepada pihak berkuasa dan melaporkan je.na.yahnya.

RUJUKAN:

Baker, S. (2021). Boyfriend who ‘dated 35 women and told each one he had a different birthday so he regularly received gifts’ is arrested for fraud in Japan. Daily Mail.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.