Buah Termahal Dalam Dunia

727

Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang paling mahal dalam dunia? Jawapannya, tak lain tak bukan adalah tembikai susu Yubari, atau dikenali sebagai Yubari King Melon dan buah ini adalah daripada jenis cantaloupe dan harganya direkodkan menjadi harga buah termahal di dunia pada bulan Mei 2019 apabila 2 biji buah ini terjual dengan harga sebanyak 5 juta Yen, iaitu lebih kurang RM198,000.

Hal ini menjadikan sebiji buah ini lebih kurang RM99,000 dan ini memecahkan rekod pada tahun 2016 di mana 2 biji Yubari King Melon ini terjual pada harga RM118,000. Tetapi, mengapakah buah ini menjadi sebegitu mahal sehinggakan setelah anda menjual kedua-dua belah buah pinggang pun, masih susah untuk mendapatkan kos untuk membelinya. Menerusi laman web Business Insider, mereka berjaya menemuramah salah seorang petani yang menjadikan penanaman King Melon ini sebagai pekerjaan dan perniagaan keluarga mereka.

Yubari King Melon sebenarnya adalah tumbuhan kacukan di antara Earl’s Favorite melon yang mempunyai rasa yang sangat manis dan Burpee’s Spicy Cantaloupe yang mempunyai rasa lemak-lemak manis gitu. Biji benih kedua-dua spesies ini dipilih dan kemudiannya disemai sebelah menyebelah. Selepas 4 – 7 hari, proses kacukan akan dilakukan, dan hasilnya adalah sejenis buah yang enak dan mempunyai rasa yang sedikit seimbang diantara manis dan lemak.

Proses kacukan kedua-dua tumbuhan – Noal Farm Youtube Channel

Pokok ini ditanam di atas batas menggunakan teknik yang dipanggil sebagai raised bed garden. Hal ini membolehkan tumbuhan ini dipisahkan keadaanya daripada suhu dan keadaan tanah di bawah, dan kelebihannya adalah mereka boleh menanam dan menuainya sepanjang tahun.

Keadaan suhu dan anginnya dikawal menggunakan sistem komputer, dan ladang ini sebenarnya dilitupi dengan kanvas dan menggunakan teknologi rumah hijau. Tanahnya pula adalah tanah yang bercampur dengan abu gunung berapi, dan pH serta keadaan nutrisi tanahnya akan dikawal dengan teliti.

Pada hari ke 50, pokok ini akan mula mengeluarkan bunga, dan buah yang kecil. Setiap pokok ini akan dipilih 3 bunga yang paling elok sahaja terlebih dahulu. Seminggu kemudian, selepas mereka berjaya memerhatikan sekali lagi bunga mana yang paling sesuai, mereka akan memotong lagi 2 bunga, meninggalkan hanya satu bunga sahaja bersama buah yang akan membesar. Ini bermaksud, satu pokok cuma mempunyai satu buah sahaja.

Yubari King Melon plantation at Hokkaido – Masaimara.cc

Kemudiannya, buah ini akan dipakaikan dengan topi (dipanggil mahkota, sebab itulah ada melon ini dipanggil sebagai crown melon) dan dibaluti dengan kertas putih. Setiap hari, buah itu akan dibersihkan, di’urut’ dan digilap bagi mendapatkan hasil yang tercantik. Corak akan mulai muncul di permukaan buah ini juga perlu dijaga kerana ianya membawa nilai yang tinggi.

Selepas 100 hari, buah ini akan dituai, dan hasil tuaian akan dibahagikan kepada 4 kategori:

Yuki – mana-mana yang mempunyai sedikit kecacatan tanpa mengira kandungan gula atau apa-apa pun. Sedikit kecacatan meletakkan buah ini dalam kategori 4, iaitu gred terendah untuk buah ini. 3 lagi kategori adalah Shiro (3), Yama (2) dan Fuji (1) di mana gred Fuji adalah gred yang tertinggi untuk buah ini berdasarkan kandungan gula, rupa bentuknya dan corak permukaannya. Cuma 0.1% daripada hasil tuaian ini adalah bergred Fuji, selebihnya adalah Yama (25%), Shiro (55%) dan Yuki.

Gred Yubari King Melon – Business Insider

Cuma saya nak ingatkan sekali lagilah, tembikai yang mempunyai gred 4 ini, iaitu Yuki akan dijual pada harga RM1700 sebiji. Sudah tentu rasanya adalah seperti tembikai yang kita dapati di Cameron Highland iaitu Rock Melon, tetapi mempunyai sedikit kelainan daripada kemanisannya dan sedikit ber’rempah’ jika anda rasa betul-betul.

Yubari King Melon

Mengikut satu upacara perayaan yang disambut oleh masyarakat Jepun bernama Chugen, perayaan ini adalah dimana rakyat mereka memberikan hadiah dan makanan kepada majikan mereka, ataupun sahabat handai. Perayaan ini adalah lebih kurang sama dengan sambutan Tahun Baru Cina daripada segi adatnya di mana mereka memberikan hadiah dalam bentuk wang, hamper dan makanan kepada sahabat-sahabat rapat mahupun bos dan pekerja mereka.

Jadi, selain daripada proses penanaman dan usaha yang ditaburkan untuk mendapatkan sebiji Yubari King Melon ini, harganya yang sedikit Yahudi, atau Yahudi Jepun ini bolehlah kita kaitkan dengan adat memberi yang mereka selalu praktikkan, iaitu pemberian sesuatu haruslah daripada benda atau objek yang berharga mahal. Ini juga menjadi satu sebab mengapa harga tembikai ini sebegitu mahal disamping kawalan ketat yang dibuat atas alasan menjaga kualiti buah-buahan yang ditanam ini.

PS – Buat mereka yang ingin menanamnya, bolehlah mendapatkan biji benih Yubari King Melon ini yang dijual pada harga RM4.00 sebiji. Semoga berjaya 😛

RUJUKAN:

  1. Yubari King Melon Sapporo Auction – https://www.straitstimes.com/asia/east-asia/pair-of-yubari-melons-fetch-record-62921-at-sapporo-auction
  2. Business Insider Video on Yubari King Melon – https://www.youtube.com/watch?v=2YntFbFRnvs
  3. World Expensive Melon by Noal Farm
  4. Wikipedia on Yubari king Melon – https://en.wikipedia.org/wiki/Yubari_King

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.