Bu Da Geçer Yâ Hû. This too shall pass. Ini jua akan berlalu.

Kalimat ini kerap menghiasi seni khat Uthmaniah. Digantung di dinding-dinding, bahkan diukir di cincin. Bangsa Turki Uthmaniah, tidak men4kluk tiga benua dunia dengan mudah. Begitu banyak kesukaran dan kalah menang silih berganti dalam peperangan. Apa yang dikatakan mereka bila ditimpa bala’; “Bu Da Geçer Yâ Hû”– kalimat ini menjadi azimat semangat osmanli.

Barangkali kata-kata ini juga menginspirasikan w4rcry mujahiddin Afgan saat memerangi Soviet; “İn nîz beguzered” (parsi)This too shall pass.

Yâ Hû pula merujuk kepada Hu Allah– “Dia Allah”.

Allah berfirman: Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepada-Nya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (QS. Al-Hasyr: 22-24)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Potongan ayat al-Quran ini diamalkan selepas solat fardhu di sebahagian masjid Turki.

Secara adatnya, “Bu Da Geçer Yâ Hû” semacam ucapan takziah kepada saudara yang ditimpa musibah. Denise Gill dalam bukunya Melancholic Modalities: Affect, Islam, and Turkish Classical Musicians menuliskan, yang kalimat ini digantung sebagai tanda kebanggan atas berdirinya Republik Turki dan bebasnya Istanbul daripada penjajahan. Ia digantung dengan megah tatkala British berambus daripada kota Islam tersebut.

Bagaimanapun, kalimat ini tidaklah terhad kepada zaman tertentu. Di waktu kita ditimpa musibah, ingatlah yang ‘ini jua akan berlalu’. Bu Da Geçer Yâ Hû.

Allah berfirman: Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. Ali Imran: 26)

Nasib baik dan buruk, untung dan rugi semuanya di tangan Allah. Jikalau Allah berkuasa menukarkan nasib baik kita kepada nasib buruk, ia juga bermaksud Allah berkuasa menukarkan semula nasib buruk kita kepada nasib baik.

Jangan putus asa. Jangan hilang semangat. Jangan bunuh diri.

Allah kan ada.

Ya. Musibah yang melanda kita terasa berat. Tetapi, yakinlah yang ia akan berlalu. Musibah ini akan pergi suatu hari nanti. Diganti dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Tuhan memberikan ganjaran besar kepada orang yang bersabar. Semakin besar cobaan, semakin besar ganjaran. Semakin berat dugaan, semakin tinggi darjat dan keampunan.

Ada sinar di hujung terowong. Nanti ianya akan berakhir, kemanisan akan hadir. Lihatlah sirah Nabi Muhammad ﷺ. Berbelas tahun dihina dan dilecehkan di kota Mekah oleh Abu Jahal, Abu Lahab dan kafir Quraisy. Namun akhirnya setelah hijrah ke Madinah, menjadi manusia yang paling dihormati dan pemimpin terbaik kepada penduduk kota yang pernah dahulu menghina baginda. Lihat pula kisah Nabi Yusuf. Dibuang, diperhambakan, difitnah dan dipenjarakan. Episod hitam silih berganti. Namun akhirnya bangkit dan menjadi menteri terkemuka di Mesir.

Bu Da Geçer Yâ Hû. Di dalam kesusahan ada kemudahan.

Allah berfirman, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Asy-Syarh 5-6)

Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Comments are closed.