Brexit (UK keluar dari EU) berkemungkinan akan ditunda sekali lagi. Kali ni ke 31 Januari 2020 pulak. Dah macam orang yang bertahun-tahun bertunang kata nak kahwin tapi tak kahwin-kahwin lagi.

Sebelum ni Brexit dah tunda 2 kali. Tarikh asal Brexit ialah 29 Mac 2019, tapi PM UK pada waktu tu, Theresa May minta tangguh ke 12 April sebab perjanjian cerai dengan EU (“deal”) ditolak sebanyak 3 kali (15 Januari, 13 Mac, 30 Mac) oleh ahli parlimen termasuk dari kalangan Parti Konservatif. Dah alang-alang macam tu, EU bagilah deadline sampai ke 31 Oktober.

Apabila May punya deal bakal ditolak buat kali ke-4, May rasa putus asa dan meletak jawatan sebagai PM, digantikan dengan Boris Johnson (BoJo) yang lebih keras dalam isu Brexit. Ada perjanjian ke tak ada perjanjian (“no-deal”) ke, BoJo kata UK tetap akan keluar daripada EU, no more tangguh.

Tanpa deal, UK akan keluar EU tanpa sebarang tempoh peralihan bagi syarikat dan individu buat “adjustment”. Bayangkan dalam masa 2 bulan lagi, syarikat UK di Eropah atau syarikat Eropah di UK akan berdepan dengan cukai lebih tinggi akibat tidak lagi jadi sebahagian daripada EU. Semua tu akan membawa malapetaka bukan saja kepada ekonomi UK malah kepada Eropah.

Selama ni, pembangkang yang asalnya membantah Brexit (terutamanya Parti Buruh) menerima Brexit yang ada deal. No-deal bagi mereka dah over. Malah golongan moderate dalam Konservatif pun skeptikal dengan no-deal Brexit. Jadi, 2 hari lepas, 21 ahli Parti Konservatif termasuk Philip Hammond, bekas Menteri Kewangan (Chancellor of the Exchequer) di bawah May telah membelot dari BoJo dengan mengundi bersama pembangkang untuk meluluskan RUU yang akan melarang no-deal Brexit.

Dewan Rakyat UK (House of Commons) ada 650 kerusi. Konservatif asalnya pegang 310 kerusi, disokong oleh Democratic Unionist Party (DUP) daripada Ireland Utara (10 kerusi). Pembangkang dan Bebas pula ada 330 ahli parlimen. Bila 21 keluar, maka blok Konservatif-DUP tinggal hanya 299 ahli parlimen, maka RUU dapat diluluskan dengan undian 327-299.

BoJo membalas dengan memecat kesemua 21 pembelot daripada Parti Konservatif. dan memanggil PRU pada 15 Oktober, 2 hari sebelum Sidang Kemuncak EU pada 17 Oktober, dengan harapan untuk memperolehi mandat baharu yang membolehkannya dia berunding dengan EU. Tapi BoJo punya usul hanya dapat 298 undian (seorang lagi Konservatif belot), jauh lebih kurang daripada 2/3 majoriti (434 dari 650) yang diperlukan. Parti Buruh tak sokong usul sebab rasa 50-50: kalau menang boleh tubuh kerajaan, tapi kalau kalah BoJo tetap boleh push through no-deal Brexit, jadi better jangan PRU.

Selepas RUU diluluskan oleh House of Lords dan dapat perkenan Queen, BoJo nak tak nak kena berunding dengan EU untuk dapatkan deal baharu. Sekiranya gagal capai deal sebelum 19 Oktober, maka dia perlu melanjutkan tarikh Brexit ke 31 Januari 2020.

Apa yang UK susah sangat nak capai deal dengan EU sebenarnya?

Masalah utama sekarang ialah sempadan antara Ireland Utara dan Ireland. Ireland Utara ialah sebahagian daripada UK, tapi dalam tu ada separatis yang mahu bersatu dengan Ireland. Masalah separatis hanya selesai selepas Good Friday Agreement 1999, dan disebabkan ada dasar sempadan terbuka EU, orang Ireland Utara tak rasa terasing dari Ireland sangat. Brexit akan mewujudkan semula sempadan fizikal antara Ireland Utara dan Ireland dan berpotensi menghidupkan semula konflik Ireland Utara.

Tapi solusi yang dicadangkan dalam May punya deal ialah “backstop”, iaitu kekalkan UK dalam kesatuan kastam (customs union) dengan EU sepanjang tempoh peralihan (2 tahun) supaya sempadan Ireland Utara dan Ireland kekal terbuka, sehingga jumpa jalan penyelesaian. Brexiter marah lah, seolah-olah tak Brexit langsung.

Tapi kalau nak memberi layanan khas (special status) kepada Ireland Utara dalam urusan Brexit, DUP pula tak setuju. DUP takut itu akan melemahkan bonding antara Ireland Utara dan Ireland, menguntungkan parti lawannya Sinn Fein yang pro-separatis.

Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Benda ini betul-betul uji kebijaksanaan sesiapa yang cuba memimpin UK keluar daripada “mess” Brexit ini.

Tapi apa pun, May tak perlu lagi pikul beban Brexit. Sekarang dia senyum je tengok gelagat BoJo gelabah. Tu lah, masa May jadi PM, bukan main lagi BoJo duk tikam belakang, sekarang BoJo ambil tempat dia baru rasa sikit.

Hidup ni umpama roda, kau gembira time orang susah, nanti turn kau jadi susah orang tepuk tangan saja.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.