Brader Ni Memperdayakan Google Maps, Buat Kesesakan Lalulintas Palsu Dengan 99 Telefon Pintar

912

Perkhidmatan peta digital, Google Maps ternyata senang untuk ditipu. Penipuan ini dilakukan oleh Simon Weckert, dan menjadi viral di seluruh dunia pada hari ini.

Beliau berjaya menghasilkan kesesakan lalulintas yang palsu pada aplikasi peta milik Google itu menggunakan 99 telefon pintar yang diletakkan dalam satu tempat yang sama.

Menurut Weckert, penggodaman itu dapat dilakukan dengan mudah ke atas aplikasi milik Google itu.

Ini kerana Google Maps mempunyai kelemahan keselamatan yang dapat dimanfaatkan dengan sangat senang.


Kelemahan peta Google terletak adalah terletak pada kekuatannya sendiri. Di mana, yang dimaksudkan adalah sifatnya yang bergantung pada data crowdsourcing.

Ia satu kekuatan tetapi ia juga menjadi satu kelemahan secara tak langsung.

Crowdsourcing bermaksud pengumpulan data dilakukan melalui kumpulan data yang diambil daripada sekelompok besar pemilik sumber data di sekitar.

Dalam kes Google Maps, ianya diambil daripada data lokasi daripada telefon pengguna yang membuka Google Maps.

Weckert menggunakan 99 telefon yang dia letakkakan di dalam satu besen plastik sambil membuka aplikasi navigasi Google Maps.

“Sebanyak 99 bekas telefon pintar yang diletakkan pada satu ruang yang sama untuk menghasilkan kesesakan lalulintras yang palsu di Peta Google.”

Promosi Buku DTT

“Dengan cara ini, ianya akan membuat jalanan yang ditanda dengan warna hijau menjadi merah. Cara itu juga boleh membuatkan ramai pemandu mengelak dari menggunakan jalan/ aluan tersebut.”

Apa yang dilakukan oleh Weckert ini benar-benar mencabar kenyataan Google sebelum ini yang mendakwa mereka sudah berjaya mencipta satu sistem navigasi yang cekap.

Ini termasuk, keupayaan Google Maps dalam membezakan pengguna jalanraya yang menggunakan motor dan ataupun motosikal di beberapa negara.

Malangnya, Google ternyata tak dapat mengesan jika seorang pengguna itu sedang menolak satu besen plastik yang besar dan meletakkan telefon di dalamnya.

Sudah pastinya Google selepas ini akan memandang berat perkara ini dan cuba mengelak eksploitasi seperti ini berlaku.

Google perlu berusaha untuk memastikan mereka dapat mengenalpasti sama ada telefon pintar itu sedang dalam mod pemanduan di dalam kereta ataupun hanya berkumpul di satu tempat sahaja.

Korang bayangkan, ada ramai pengguna berhenti di satu tempat dengan data lokasi mereka dibuka, semata-mata nak tengok durian. Dan Google Maps mengesan kawasan itu mengalami kesesakan teruk?

Google Maps merupakan antara aplikasi navigasi yang paling popular selain daripada Waze. Ramai pengguna yang selesa dengan google maps kerana ianya sudah sedia ada dan tak perlu nak install bagai, untuk telefon Android.

Pautan ke artikel asal di blog Axello.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.