Botol Susu Usia 5000 Tahun Ditemui!

1,291

Ya tuan-tuan dan puan-puan yang sudah ada anak ataupun yang masih bujang/andalusia kesepian. Inilah bentuk botol susu yang dikenalpasti berasal dari zaman Gangsa yang berusia sekitar 5000 tahun.

Bekas-bekas tanah liat yang menyerupai macam kanggaru ini ditemui di tapak penggalian manusia zaman Gangsa di Jerman tepatnya, bekas ini ditemui terkubur bersama tulang rangka budak kecil. Selain Jerman, bekas tanah liat ini juga ditemui di tapak penggalian di Czech dan Austria.

Pada mulanya, bekas tanah liat ini disangkakan hanyalah sebagai sebuah perhiasan atau permainan anak-anak, sehinggalah beberapa orang saintis mengambil artifak ini untuk diselidiki. Setelah dikaji melalui beberapa analisis dan pengekstarakan, mereka menemui molekul ‘lipid’ yang berada di dalam bekas-bekas ini dan selalunya molekul seperti ini hanya wujud pada lemak dan minyak.

Kajian dilanjutkan dan keluarlah teori yang menyatakan bekas tanah liat yang kecil ini merupakan botol susu yang digunakan oleh ibu bapa untuk menyusukan anak mereka. Selain susu lembu, bekas ini juga diisi dengan susu kambing dan biri-biri.

Dengan penemuan seperti ini, dunia pengetahuan sekali lagi menemui jawapan bagaimana orang tua zaman dahulu memberikan susu kepada bayi atau anak-anak kecil mereka.

Selain digunakan oleh manusia Gangsa di Jerman, bekas seperti ini juga ditemui di dalam peradaban Yunani, Rom dan Sudan. Rupa-rupanya, botol susu tanah liat sudah ‘hype’ dan mendunia pada suatu ketika dahulu sehinggalah manusia modern menciptakan botol susu daripada plastik dan dibentuk dalam bentuk yang membosankan. Bentuk botol.

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Yeah. Manusia zaman prasejarah lebih kreatif daripada manusia zaman modern. 1-0.

Tapi, yang peliknya, bentuk macam kanggaru itu, mana muncung puting susunya? Di mulut kanggaru tu atau di bontot kanggaru itukah?

Musykil. Okbai. Tamat.

RUJUKAN:

  1. CBC News (Incredibly cute’ ancient baby bottles discovered by archeologists).
  2. CNN Health (Prehistoric baby bottles still have milk residue inside).
  3. Phys Org (Discovery of prehistoric baby bottles shows infants were fed cow’s milk 5,000 years ago).
Anda mungkin juga berminat

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.