Kegemukan atau obesiti tidak menandakan keberkatan rezeki bagi sebuah negara. Cukup makanan sahaja sepatutnya menjadi salah satu piawaian sahaja. Sebaliknya, matlamat gaya hidup sihat hanya boleh dicapai dengan ketersediaan makanan dan imbangan senaman pula. Hampir separuh daripada populasi Malaysia berdepan dengan masalah kegemukan dan obesiti (Lum, 2018). Statistik sedemikian menunjukkan bahawa tahap kesedaran tentang kesihatan di negara perlu ditambahbaik lagi. Namun jika ketinggian/berat badan (BMI) melebihi normal, tidak perlu panik – sebaliknya, digalakkan berdiet sahaja (dengan nasihat doktor).

Oleh kerana populasi kegemukan ini semakin tinggi, wujud pelbagai jenis tawaran (yang sah dan juga dusta). Produk-produk kurus bersepah sampai air manis pun digelar boleh mengurangkan obesiti. Dan salah satu produk yang dikatakan boleh kuruskan badan ialah teh hijau. Apabila berfikir secara logik, celah mananya teh hijau boleh tolong kuruskan badan? Sementara bertatih dengan logik akal, cerita yang dikongsi Samantha Rees di United Kingdom perlu diteliti dahulu.

Berbeza dengan orang lain, Rees tidak memulakan harinya dengan senaman berat. Sebaliknya beliau membuang 50.8 kilogram daripada badannya dengan hanya meminum teh hijau sebanyak sembilan cawan sehari (Francis, 2015). Asalnya 108 kilogram, amalan teh hijau telah membantu Rees kurangkan sehingga 60 kilogram sahaja. Penyusutan besar ini sangatlah bagus untuk seseorang yang berusia 30 tahun (lebih-lebih lagi wanita).

Namun perkongsian Rees mempunyai suatu petunjuk yang jelas. Semasa gemuk, Rees ketagihan dengan teh susu bergula (diminumnya lima cawan sehari) sambil dicicah biskut. Teh hijau bagi Rees membantu imbangan metabolisme sambil menahan kelaparan. Daripada empat cawan jadilah sembilan, yang berjaya menahan dirinya daripada memakan coklat Mars, sandwic keju dan banyak lagi. Sebelum mencapai berat ideal iaitu 60 kilogram, Rees telah meminum lebih daripada 2,000 cawan teh hijau.

Di sisi sains pula, teh hijau ialah minuman sihat kaya dengan antioksidan yang mampu membakar lemak. Ia boleh menjadi bagaikan stimulasi yang boleh memulakan proses pembakaran lemak. Untuk membakar lemak, badan perlu merembeskan lemak daripada sel lemak itu sendiri. Lemak ini perlu dibawa ke salur darah. Antioksidan daripada teh hijau bantu mempercepatkan proses ini (Gunnars, 2018). Malah teh hijau digunakan sebagai rawatan tradisional Cina untuk masalah sakit kepala pun.

Umumnya teh hijau perlu diminum dengan piawaian tertentu juga. Sehari dalam dua atau tiga cawan pun mencukupi untuk memulakan proses pembakaran lemak. Namun sudah pastinya bilangan cawan berbeza mengikut orang (Kandola, 2018).  Tetapi disini harus dijelaskan bahawa minuman teh hijau takkan sama sekali membawa manfaat jika tatacara pemakanan tidak berubah. Andainya air manis tetap diteruskan dengan makanan berlemak tidak dikawal walau sedikit pun, tentu sekali minum satu lori sehari pun takkan mendatangkan manfaat (entah-entah mendatangkan musibah lagi).

Namun bercakap tentang sembilan cawan (dan satu lori), teh hijau boleh merosakkan kesihatan jika diminum dengan banyak. Polyphenol yang ada dalam teh hijau boleh mengelakkan penyakit jantung dan kanser – tetapi ia juga boleh merosakkan hati dan ginjal (jika diminum dengan banyak). Terutamanya teh hijau yang dibuat suplemen – mungkin mempunyai kadar polyphenol 50 kali ganda lebih banyak daripada cawan teh hijau biasa (News Scientist, 2007).

RUJUKAN:

Francis, J. (2015, August 2). I lost 8st drinking green tea. Retrieved from https://www.thesun.co.uk/archives/reallife/138586/i-lost-8st-drinking-green-tea/

Gunnars, K. (2018, October 15). How Green Tea Can Help You Lose Weight. Retrieved from https://www.healthline.com/nutrition/green-tea-and-weight-loss

Kandola, A. (2018, January 8). Does green tea help weight loss? Retrieved from https://www.medicalnewstoday.com/articles/320540.php

News Scientist. (2007, May 5). Green tea can be harmful in large quantities. Retrieved from https://www.newscientist.com/article/dn11786-green-tea-can-be-harmful-in-large-quantities/

Lum, M. (2018, August 14). Malaysia is Asia’s fattest country. Retrieved from https://www.thestar.com.my/lifestyle/health/2018/08/14/fat-state-of-affairs

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.