Sebelum manusia meletakkan tapak pertama, dunia ini didiami jutaan spesis yang hari ini sudah pupus. Dalam kalangan spesis ini ialah dinosor-dinosor berpelbagaian jenis.

Daripada Tyrannosaurus Rex hinggalah Brachiosaurus sampai Lipleurodon, banyak dinosor meninggalkan legasi kebinatangan yang boleh dipelajari pada hari ini.

Malah golongan dinosor ini pun dipisahkan dengan jurang zaman, masing-masing ada arus kepupusan tersendiri. Bermakna arus kepupusan yang berlaku sekitar 65 juta tahun dahulu bukan satu-satunya pernah berlaku.

Contohnya Chindesaurus hidup di zaman Triassik. Brachiosaurus pula ialah dinosaur leher panjang di zaman Jurassik. Dan Tyrannosaurus Rex hidup di zaman Cretaceous.

Ketiga-tiga nama saintifik ini ialah garisan masa geologikal iaitu Mesozoik. Hari ini ialah sebahagian dariapda garisan masa geologikal Cenozoik.

Rumit, tetapi mudah diikuti.

Cuma berdasarkan soalan utama iaitu “Bolehkah Saintis Kembalikan Dinosor?”, garisan masa geologikal ini mesti difahami dulu. Mesozoik ialah garisan 66 juta hingga 252 juta tahun dulu. Terlalu lama dan sangat berlainan dengan keadaan moden, tetapi ia masih lagi suatu soalan yang baik.

Industri hiburan menunjukkan impak pengembalian dinosor. Siri Jurassic Park dan Jurassic World mempamerkan bagaimana dinosor tidak boleh hidup di zaman ini.

Siri Terra Nova pula memberikan sedikit gambaran kenapa manusia takkan sesuai hidup di zaman dulu. Cuma sains tidak semestinya harus dibuat secara mutlak, cukup jika dinosor itu atau ini dikembalikan bagi memanfaatkan kekurangan dalam kalangan kehidupan hari ini.

Konsep pengembalian dinosor itu sendiri satu tanda tanya besar. Dalam Jurassic Park, DNA dinosor diambil melalui seekor nyamuk yang diawet dalam getah selama jutaan tahun.

Andainya manusia benar-benar menemui nyamuk tidak bernasib baik begini, apakah Tyrannosaurus Rex boleh bernafas semula udara hari ini? Mampukah Brachiosaurus berjalan kembali di jalan raya yang penuh dengan pemandu m4bvk?

Sebenarnya saintis mempunyai banyak serangga daripada zaman dinosor yang diawet dalam getah. Jurassic Park sekadar meminjam elemen realiti yang benar-benar berlaku.

Tetapi apabila getah membuat kerja pengawetan, hanya luaran sahaja dipelihara. Tisu-tisu lembut dalam getah akan lenyap juga, termasuklah d4r4h dinosor.

Getah Lubnan daripada 120 juta tahun dulu.

Tetapi ini tidak bermakna mustahil untuk dapat DNA dinosor. Memang ada sisa d4r4h dinosor tetapi bukan dalam getah. Saintis pernah menemui seekor nyamuk yang diawet dalam lumpur tasik, termasuk juga sisa d4r4h dalam tubuhnya (Greenwalt, et al., 2013).

Nyamuk ini walau bagaimanapun daripada zaman 45 juta tahun dulu (20 juta tahun selepas kepupusan dinosor). Sungguhpun bukan daripada zaman dimahukan, ia masih menunjukkan kebolehan saintifik kerana mempunyai d4r4h untuk dikaji.

Dan dalam situasi ini pun masih ada “tetapi” lagi. Kerana adanya d4r4h tidak bermakna ada DNA. Peluang untuk mengembalikan sesuatu spesis tidaklah terjamin hanya kerana ada d4r4h semata-mata.

Pada tahun 2015, saintis menemui data d4r4h dadripada struktur sel dan serat diawet dalam dinosor 75 juta tahun dulu (Bertazzo, et al., 2015). Sel-sel d4r4h ini mengandungi nukleus, suatu petunjuk bahawa dinosor itu ialah reptilian.

Tetapi sel tersebut tiada DNA. Itu masalahnya. Kerana DNA sangatlah mudah untuk hilang. Cahaya matahari boleh melemahkan DNA.

Air pula mempercepatkan per3put4n.

Hari ini DNA paling tua ditemui pun daripada sejuta tahun dulu. Jadi dalam hal ini, saintis masih lagi tidak boleh mengembalikan dinosor – seolah-olah mengembalikan semula perbincangan ini kepada garisan masa geologikal.

Jurang antara Cenozoik dan Mesozoik terlalu jauh untuk disatukan.

RUJUKAN:

Bertazzo, S., et al. (2015, Jun 9). Fibers and cellular structures preserved in 75-million-year-old dinosaur specimens. Nature.

Greenwalt, D.E., et al. (2013, November 12). Hemoglobin-derived porphyrins preserved in a Middle Eocene (ditapiskan)-engorged mosquito. PNAS.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.