Seberapa ramai yang pernah terdengar nama Cianjur, sebuah kota yang terletak di Kepulauan Jawa. Tetapi baru-baru ini, sesuatu berlaku di sana hingga melambungkan nama Cianjur ke persada antarabangsa (tetapi mungkin konteks yang agak negatif).

Seorang wanita bernama Siti Zainah telah melahirkan anak perempuan. Kehamilan memang perkara sangat normal bagi wanita.

Cuma Zainah hamil hanya selama sejam sahaja, itupun selepas angin memasuki badannya melalui liang peranakan (The Sun Daily, 2021).

Kisah ini mendapat perhatian pihak berkuasa, yang terus menyiasat. Bayi ajaib ini ialah anak kedua Zainah, yang empat bulan berpisah dengan suami (Wong, 2021).

Cerita Zainah memang tidak logik, sedangkan kucing pun bunting selama 58 hari. Ini pula hamil sejam terus beranak. Tetapi ada dua kisah menarik yang boleh dibincangkan di sini:

  • Kelahiran Tanpa Sperma (Immaculate Conception)

Sains sebenarnya sudah lama mengetahui tentang potensi kelahiran tanpa sperma. Kejadian ini diberikan definisi parthenogenesis yang sudah menjadi satu perkara biasa dalam dunia haiwan.

Spesis biawak aspidoscelis neomexicanus diketahui membi.ak melalui proses ini.

Tetapi manusia jelas sekali bukan spesis cicak. Proses kelahiran manusia bermula dengan sperma dan ovum, bagaikan kunci dan mangga.

Dengan bahasa mudah, sperma membawa maklumat khusus yang digunakan ovum (Moyer, 2007)… untuk memulakan proses enam hingga sembilan bulan (bukan sama sekali sejam).

Sebuah kajian yang dijalankan mengembangkan lagi peranan sperma dalam proses kehamilan.

Secara semulajadi, sperma mempunyai protein penting (Swann, et al., 2004) yang merancakkan arus kalsium dalam ovum (menyebabkan proses salinan DNA dan kromosom).

Walau apa cara sekalipun, manusia memerlukan sperma untuk menghasilkan embrio. Proses parthenogenesis tidak boleh menjadi jendela semulajadi untuk wanita.

Perbincangan ini hanya merangkumi dapatan sains. Ia tidak langsung menafikan hal ehwal agama tentang Nabi Isa (as) yang dilahirkan tanpa bapa.

Ia juga tidak mengandaikan sama sekali bahawa Maryam (as) sebenarnya mempunyai kekasih rahsia. Sesungguhnya topik Nabi Isa (as) ialah sentuhan agama; jadi tiada kaitan langsung dengan situasi di Cianjur.

  • Kehamilan Samar (Cryptic Pregnancy)

Discovery Fit & Health (kemudian dijenamakan semula sebagai Discovery Life) pernah mengudarakan siri televisyen I Didn’t Know I Was Pregnant antara 26 Mei 2009 hingga 19 Oktober 2011.

58 episod dihimpunkan dalam empat musim, menceritakan habis tentang ramai wanita yang tidak tahu mereka hamil. Asalnya mereka ingat simtom kehamilan itu sebenarnya masalah kesihatan lain.

Ada yang percaya mereka tidak subur. Seorang wanita bernama Klara Dollan di London, England tidak tahu langsung yang tubuhnya sudah sarat mengandung. Pada jam 4 pagi, perutnya kejang teruk… yang disangka datang bulan.

Berbekal paracetamol, Dollan menaiki bas untuk pergi kerja. Beberapa jam kemudian, beliau berada dalam hospital… selepas melahirkan bayi perempuan (Hunt, 2019).

Dollan (kanan)

Inilah fenomena cryptic pregnancies yang mana wanita berkenaan tidak tahu pun sedang hamil. Dollan sebenarnya ada penjelasan yang logik. Beliau memutuskan hubungan dengan teman lelakinya lima bulan sebelum kelahiran mengejut ini (kiranya hamil sejak sebelum itu lagi).

Dollan sangka berat badannya naik sebab menjadi bujang semula (sebaliknya kerana hamil). Tiada simtom hamil langsung – loya atau mengidam… apa pun tiada. Dan Dollan sudah lama mengalami masalah kitaran ha.id.

Sebuah kajian dijalankan apda tahun 2011 mendapati bahawa seorang dalam 475 ibu tidak sedar hamil sehingga sudah 20 minggu ke atas.

Mereka tidak berasa loya atau mengalami badan yang semakin mengembung (kerana hamil). Selalunya bayi kelahiran sama ini akan kekurangan berat (Caporuscio, 2020).

Lebih merisaukan, ibu berkenaan perlu bergegas “untuk menjadi ibu” kerana tidak bersedia langsung sepanjang mengandung (yang tidak diketahui).

Kesimpulan

Cryptic pregnancies bukanlah sesuatu yang boleh diperlekehkan, kerana ibu-ibu terbabit cenderung melahirkan anak di tempat yang tidak sepatutnya (Mazel, 2020).

Sama seperti situasi dihadapi Dollan, yang melahirkan anaknya Amelia di tandas kerana sangka sa.kit perut teruk. Apa yang berlaku di Cianjur perlu disiasat dengan rapi. Bukan semua orang tahu tentang cryptic pregnancy.

RUJUKAN:

Caporuscio, J. (202, Mac 24). What to know about cryptic pregnancy. Medical News Today.

Hunt, E. (2019, Mac 31). Cryptic pregnancies: ‘I didn’t know I was having a baby until I saw its head’. The Guardian.

Mazel, S. (2020, Mei 6). What is a Cryptic Pregnancy? What To Expect.

Moyer, M.W. (2007, Disember 21). Can a virgin give birth? Slate.

The Sun Daily. (2021, Februari 17). Miraculous birth? Indonesian police investigates after woman gets impregnated by a gust of wind.

Swann, K., et al. (2004). The cytosolic sperm factor that triggers Ca2+ oscillations and egg activation in mammals is a novel phospholipase C: PLCzeta. Repr0dµction. 127 (4): 431-439.

Wong, D.J. (2021, Februari 17). Indonesian lady says gust of wind made her pregnant, police start investigating. Mashable.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.