Moving Forward As One

Bolehkah Manusia Memiliki Bisa Seperti Ular?

854

Satu-satunya sebab kenapa ular digeruni ramai ialah cecair putih kekuningan dalam mulutnya. Besar mana seekor biawak sekalipun, orang lagi takut pada ular.

Berminat nak dapatkan kad raya Patriots dan sampul raya? Beli di: t.ly/D0J9

Cuba letak seekor biawak dan ular sawa yang sama besar – tengok mana orang menggigil dulu.

Semua kerana bis.a ular yang boleh membµnµh dengan cepat. Walaupun ular sawa tiada bi.sa, persepsi itu telah tersemat begitu mendalam. Jadi kalau nampak ular berkepala senduk, jangan sesekali buat ceduk kuah. Itu gila namanya.

Fitrah semulajadi ular sebenarnya mudah untuk difahami. Ular mempunyai kelenjar yang mengeluarkan bi.sa.

Gland bermaksud kelenjar.

Apabila mematµk, otot dalam kepala ular akan “melumurkan” bi.sa pada taringnya. Andainya dibenam dalam sasaran, bi.sa ini akan buat kerjanya (Villazon, n.d.). Bagaimana jika ular mematµk ular? Soalan berasas sebegini mungkin terlintas dalam fikiran.

Seekor ular mempunyai imuniti bi.sa hanya daripada spesisnya sahaja. Bi.sa ular senduk A tidak akan mengapa-apakan ular senduk B. Tetapi jika ular tedung selar mematµk ular sawa, lain jadinya (Seymour, 2017).

Bi.sa antara dua spesis ular pun berbeza sebenarnya. Boomslang (dispholidus typus) lambat bertindak; manakala Black Mamba (dendroaspis polylepis) boleh membµnµh seorang manusia dalam masa 20 minit sahaja.

Kemahiran membuat bi.sa sebenarnya diwarisi secara genetik. Ibu ular tidak perlu menghantar anaknya pergi kelas “mengeluarkan bi.sa”.

Ada pendapat menyatakan yang anak ular lebih merbah.aya kerana “tidak pandai” mengawal kandungan bi.sa semasa mematµk.

Seorang profesor daripada UC Davis pula menempelak pendapat ini sebagai mitos. Beliau berkata yang ular dewasa lebih merb.ahaya kerana anak ular masih kekurangan bi.sa (Karlamangla, 2019).

Apa-apa pun alangkah indah jika manusia boleh belajar fitrah ini. Cuma persoalannya, logikkah? Takkan manusia boleh mengeluarkan bi.sa?

Apa yang ramai tidak tahu, sebenarnya ada saja manusia berjaya menjadi ular. Kena pandai cari saja. Spesis manusia separuh ular banyak di tempat kerja.

Selepas bertukar rupa ke ular, mereka mengambil masa sangat lama untuk kembali menjadi manusia. Sebab itu rehat 30 minit pun tidak cukup. Hujah ini menjelaskan kenapa kilang menghadapi masalah pekerja mengular (sarcasm).

Dari segi bi.sa pula, ramai saja mempunyai lidah yang berb.isa. Kalau tidak percaya, tunggu musim pilihan raya. Sembang bukan main lebat sampai bi.sanya mempengaruhi fikiran orang ramai. Akhirnya hampeh juga.

Proses Penghasilan Bi.sa Dalam Manusia

Okinawa ialah sebuah pulau yang terletak di Jepun. Pulau ini sangat kaya dengan flora dan fauna. Tetapi ada seekor haiwan yang sebenarnya dibawa ke Okinawa, sebagai spesis pence.roboh (inva.sive species).

Haiwan ini ialah protobothrops mucrosquamatus iaitu sejenis ular kap.ak. Ular ini sering dikaji saintis, yang mengenalinya secara luar (fizikal) dan dalam (genetik).

Salah seorang saintis tersebut berkhidmat dalam cawangan evolusi di Institut Sains dan Teknologi Okinawa. Dan saintis tersebut mendapati manusia mempunyai segala kelengkapan untuk menghasilkan bi.sa seperti ular.

Penemuan ini agak mengejut. Belum pernah sesiapa mengesahkan bahawa gigi manusia mampu bersalut dengan bi.sa.

Tetapi ada satu benda penting yang ditemui saintis ini: semua mamalia mempunyai kelengkapan ini.

Di sini jelas yang penemuan saintifik ini bukan untuk mengubahkan alam. Sebaliknya ia menunjukkan bagaimana spesis-spesis di muka bumi ini berkaitan antara satu sama lain.

Mulut ular mungkin penuh dengan bi.sa. Mulut manusia pula basah dengan air liur. Dua cecair ini dihasilkan kelenjar tersendiri.

Cuma kelenjar bi.sa sebenarnya berjenis “upgrade” untuk dibandingkan dengan kelejar air liur. Cuba fikirkan sejenak: bukan ular saja yang mempunyai bi.sa. Tetapi apa beza bi.sa ular dan labah-labah?

Bahan bertoksin. Warisan genetik daripada ibu ular sebenarnya tidak “mengajar” anak ular cara untuk mengeluarkan bahan bertoksin itu sendiri. Sebaliknya genetik tersebut menyediakan asas diperlukan untuk membangunkan sistem pembuatan bi.sa (Pappas, 2021).

Menariknya, saintis Okinawa mendapati asas itu juga menghasilkan air liur dalam manusia.

Berminat nak dapatkan kad raya Patriots dan sampul raya? Beli di: t.ly/D0J9

Jadi dengan erti kata lain, asas yang sama boleh membuat bi.sa dan air liur. Dalam bi.sa, ada protein; dalam air liur pun, ada protein (untuk mencernakan makanan).

Tetapi fitrah semulajadi barangkali mengehadkan kemampuan manusia dalam hal ini. Kerana manusia sebenarnya tidak perlu bi.sa pun. Kerana proses pembuatan bi.sa itu sendiri menggunakan tenaga banyak semata-mata untuk sesuatu tujuan tanpa keperluan utama.

RUJUKAN:

Karlamangla, S. (2019, Oktober 31). Six myths about rattlesnakes, (ditapiskan). Los Angeles Times.

Seymour, J. (2017, September 18). Curious Kids: What happens if a (ditapiskan) snake (ditapiskan) another snake of the same species? The Conversation.

Pappas, S. (2021, Mac 31). Could humans ever be (ditapiskan)? Live Science.

Ruangan komen telah ditutup.