Adakah masa boleh dihentikan walaupun satu saat? Mungkin ada urusan penting yang perlu dibuat… seperti selamatkan orang dalam bangunan terba.kar. Jawapan bagi soalan ini ada dalam hukum-hakam fizik dan falsafah.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Penjelasan dalam hukum fizik memang merunsingkan. Albert Einstein pernah berkata, jam hanya mengukur masa sahaja. Jarum jam hanya mewakili pergerakan masa yang mengikat alam ini.

Kerana masa tidak wujud secara nyata, tetapi mampu menentukan arah tuju setiap perkara di Bumi.

Menjelaskan Masa Dalam Bahasa Mudah

Masa menunjukkan perubahan di setiap persekitaran. Meskipun tiada siapa melihat, masa masih berjalan. Bermakna gunung-ganang dan laut dalam yang tidak berpenghuni masih patuh pada hukum masa.

Masa menyentuh perut Bumi yang tidak dapat dicapai cahaya Matahari. Masa menyisir ais di Pluto, pada ketika ia menggerakkan makhluk di setiap negara. Itulah masa.

Bersolat itu masa. Makan itu masa. Tidur itu masa. Semuanya masa.

Memahami Konsep Henti Masa

Adakah masa boleh dihentikan walaupun satu saat? Mungkin ada urusan penting yang perlu dibuat… seperti selamatkan orang dalam bangunan terba.kar. Jawapan bagi soalan ini ada dalam hukum-hakam fizik dan falsafah.

Penjelasan dalam hukum fizik memang merunsingkan. Albert Einstein pernah berkata, jam hanya mengukur masa sahaja. Jarum jam hanya mewakili pergerakan masa yang mengikat alam ini.

Maksud Einstein sebenarnya senang. Alam Semesta ini ialah ruangan dan masa. Bayangkan dua jam berbeza. Kedua-duanya hanya menunjuk waktu berbeza. Tetapi laluan masa masih dirakam dengan cara sama.

Bermakna satu saat adalah satu saat… di Bumi, Marikh atau pintu masuk lohong hitam. Ibaratkan seluruh alam perlu patuh pada satu jam yang tidak dapat dilihat. Dan jam-jam sedia ada hanya mengukur “saat” yang berlalu sahaja.

Dan saat itu sendiri bukanlah unit ukuran paling kecil dalam bab waktu. Ada milisaat, mikrosaat dan nanosaat.

Jadi Boleh Atau Tidak?

Bayangkan sebuah kereta bergerak laju, sekitar 100 km/j. Setiap saat yang berlalu menunjukkan kedudukan kereta itu berubah 27.7 meter.

Mata manusia mungkin nampak ia bergerak begitu saja. Namun cuba kalau kereta tersebut dirakam terlebih dahulu. Kemudian sunting video rakaman tersebut.

Dengan kamera yang baik, setiap saat boleh dipec.ahkan menjadi 60 bingkai (60 frames). Dan setiap bingkai menunjukkan bahawa kereta berubah kedudukan. Jadi kalau masa itu sendiri berhenti, kereta ini pun berhentilah (macam satu dua bingkai yang tidak bergerak).

Untuk meluas perbincangan, “kereta” itu hanyalah satu contoh simbolik sahaja. Semua perkara di dunia ini akan berhenti dikep.µng udara, apabila masa terhenti. Tiada apa boleh bergerak, bagaikan ada butang “pause”.

Jika manusia sedar yang masa terhenti, semua akan menjadi buta… kerana sinaran cahaya tidak sampai pada anak mata. Namun, mustahil manusia boleh “sedar”, kerana ia di luar batasan kemampuan seorang manusia.

Pada Tuhan, tentu sekali ia bukan mustahil. Kerana Tuhan sudah lihat masa sebelum ia berlaku lagi. Masa itu sendiri ialah hamba-Nya.

Pada ketika alam dicipta, Tuhan sudah nampak alam dikia.matkan. Itulah erti “omnipresence of God”; maksudnya ada di mana-mana sahaja tanpa berada di mana-mana.

Kalau diperluaskan, mungkin topik ini boleh mengundang keralatan dalam akidah seseorang. Tetapi masa takkan boleh dibincangkan dalam bahasa mudah tanpa melibatkan Tuhan.

Itu baru bab berhenti. Belum lagi pasal pat.ah balik masa. Kesan pat.ah balik masa mesti menggerunkan, kerana perubahan kelajuan dan tarikan gravitinya.

Sebab itulah ada “masa lampau”, “masa sekarang” dan “masa depan”. Hakikatnya, tiga definisi ini tidak wujud pun… hanya “perkataan” untuk faham laluan masa. Apa yang telah berlaku masuk dalam kategori “masa lampau”.

Mana yang masih berlaku ialah “masa sekarang”. Dan mana yang belum berlaku ialah “masa depan”. Namun bagi yang baca artikel ini: cuba fikir sekejap.

“Saya suka makan nasi.”

Kalian baca petikan di atas. Masa kalian baca, masa masih lagi “sekarang”. Sebelum kalian baca, petikan itu ialah “masa depan”. Namun kalau sampai ayat ini, semuanya “masa lampau”.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Jadi macam mana nak berhentikan masa… kalau masa itu sendiri tidak mahu berhenti pada saat masa belum tiba lagi. Bagi yang runsing pada saat ini, ketahuilah ini ialah contoh penjelasan masa dalam bab falsafah.

RUJUKAN:

Mann, A. (2021, Jun 6). Can we stop time? Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.