Baru-baru ini kami ada naikkan artikel pasal Josephine Rosenthal. Rahib ini didapati tiba-tiba mengandung tanpa hilang selaput daranya. Jadi orang menyangka beliau mengandung kedatangan Nabi Isa (as) secara imakulasi.

Namun beliau melahirkan anak perempuan bernama Maria yang juga hamil sendiri. Kisahnya, dua anak beranak ini adalah khunsa mutlak (true hermaphrodite).

Ayuh segera membeli di Shopee kami sementara jualan 2.2 ni masih berlangsung. Klik ke: shopee.com.my/thepatriotsasia

Jadi persoalannya – apakah khunsa mutlak boleh hamil secara sendiri tanpa perlu disentuhi lelaki lain?

Sebenarnya hermaphrodite adalah sebuah definisi meluas (umbrella term) yang khusus pada haiwan. Pendefinisian moden bagi kalangan khunsa adalah intersex.

Wajah seorang khunsa.

Golongan ini diberi kategori seperti khunsa mutlak dan khunsa silang.

Bayangkan seorang individu dilahirkan dengan kromosom XX. Fitrahnya beliau adalah seorang perempuan. Alat kelaminnya adalah lelaki. Jadi ini adalah kategori khunsa silang, kerana alatnya tidak berpadanan dengan bukti kromosom.

Dalam situasi khunsa mengandung sendiri, definisi kita akan tumpukan adalah khunsa mutlak.

Bagi sesetengah pihak, kedengaran macam lucu. Kononnya alat kelamin lelaki distimulasi untuk semburan dalam rahim sendiri. Perkara ini tidak patut distigmakan sampai berbunyi lucu.

Ada saja khunsa dilahirkan dengan alat kelamin bukan lelaki mahupun perempuan, suatu rare condition dipanggil ambiguous genitalia. Sampai saintis kaji habis pasal faktor genetik ibu bapa orang berkenaan (Sato, et al., 2021).

Alat kelamin yang bukan lelaki dan bukan perempuan.

Prasangka harus dihentikan, kerana ambiguous genitalia boleh mengancam nyawa seorang individu berseksualiti khunsa (Lee, et al., 2021).

Jika ada kemaluan sedemikian rupa pun boleh mengancam nyawa, sekarang cuba bayangkan seandainya mereka hamil secara tersendiri. Untuk pengetahuan semua, kehamilan sebegini boleh berlaku.

Menyingkap Kes-Kes Yang Berlaku

Seorang wanita berusia 21 tahun digegaskan ke hospital selepas mendapati dirinya hamil buat kali pertama. Kenapa digegaskan? Wanita ini dulu adalah seorang khunsa.

Ketika masih bayi, beliau dibedah kerana mempunyai ovotestis. Ketika berusia lima tahun, beliau dibedah sekali lagi untuk membina sebuah faraj yang berfungsi.

Dan ketika berumur 13 tahun, wanita tersebut menjalani kitaran haid pertama. Senang cakap, ovotestis adalah kelenjar syahwat yang aspeknya merangkumi komposisi buah zakar dan ovari.

Situasi wanita tersebut mengesahkan bahawa seorang khunsa mampu hamil (Ataya, et al., 2008).

Persoalan sekarang: apakah seorang khunsa boleh mengandung secara sendiri? Jauh bezanya dengan penerangan pasal wanita 21 tahun. Dari segi teori, memang boleh.

Setakat ini, semua khunsa mutlak ditemui mempunyai suatu kelebihan yang boleh elak situasi tersebut.

Sebuah ovotestis menghasilkan sperma dan ovum. Kedua-dua benih ini berfungsi.

Tetapi mereka lengkap dengan sejenis protein yang sama. Setiap manusia pula mempunyai protein yang berbeza. Senang cakap, kehamilan hanya tercetus apabila dua benih berbeza protein disenyawakan.

Seandainya komposisi protein tersebut didapati sama, sperma tengok ovum macam adik sendiri (Hopkin, 2008). Jadi sperma pun enggan sumbang mahram, mengalahkan segelintir manusia celaka yang berakal.

Sekali lagi, pengetahuan ini adalah teori saintifik… bermakna ada kebarangkalian yang seorang khunsa boleh hamil sendiri.

Ayuh segera membeli di Shopee kami sementara jualan 2.2 ni masih berlangsung. Klik ke: shopee.com.my/thepatriotsasia

Nasib Josephine Rosenthal membuktikan bahawa seorang khunsa masih boleh hamil secara sendiri.

Josephine pula melahirkan anak perempuan, sesuatu keajaiban luar biasa secara saintifik. Pemantauan sekarang pun mendapati bahawa khunsa hanya akan melahirkan anak lelaki. Ini Josephine selamba melahirkan anak perempuan, jelas membuka jendela baru pada hukum teori khunsa.

Maka untuk menjawab soalan dibangkitkan, apakah khunsa boleh mengandung secara sendiri? Sains berkata selagi hukum protein main peranan, tidak. Tetapi jika hukum protein tidak terpakai…?

RUJUKAN:

Ataya, K., et al. (2008). Pregnancy in a true hermaphrodite with a remaining ovotestis. Fertility and Sterility. 90.

Hopkin, K. (2008). Hermaphrodites Avoid Self-Fertilization. Scientific American.

Lee, B., et al. (2021). The Neonate with Ambiguous Genitalia. Neoreviews. 22 (4): e241-e249.

Sato, T., et al. (2021). Case Report: Prenatal Genetic Counseling to Parents of Fetuses Suspected of Having Ambiguous Genitalia. Front Pediatr.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply