Selasa, 13 Oktober 202613 Okt 2026
Boleh Ke Solat Berimamkan Syiah?
Mutiara Islam

Boleh Ke Solat Berimamkan Syiah?

“Tidak pernah aku melihat golongan menurut hawa nafsu yang lebih penipu daripada golongan Syiah.’‘ – Imam as-Shafie.

Syiah memegang jawatan
menteri bukanlah suatu perkara baru. Di zaman Khilafah Abbasiah, terdapat
seorang menteri yang merosakkan pertahanan negara. Dia bernama Muayyiduddin Abu
Thalib Muhammad bin Ahmad Al- Alqami Asy-Syi’i.

Ibnu Katsir berkata, “Pada saat itu di Baghdad terjadi fitnah yang hebat antara orang-orang Syiah dengan orang-orang Ahlu Sunnah. Di mana Al-Kurkh dan rumah-rumah orang Syiah ditaklukkan, bahkan termasuk rumah kerabat menteri Ibnu Al-Alqami. Inilah yang menjadi salah satu penyebab paling kuat sehingga dia meminta bantuan kepada orang-orang Tatar.

Dia telah menggesa supaya beratus ribu jumlah tentera dikurangkan, sehinggalah pertahanan Baghdad menjadi lemah. Rakyat di arah supaya berdiplomasi dengan tentera kafir Tatar. Seruan jihad juga diabaikan. Disuruh agar berlembut dengan musuh.”

Sandiwaranya tampak
apabila musuh dengan mudah masuk menjarah negara.

Syiah, dasar
pengkhianat!

Kaum berakidah sesat
ini juga berbeza solatnya.

Imam solat berjemaah mereka, di hadapan dan berada dalam satu lubang yang lebih rendah daripada makmum. Jikalau di masjid, kita dapat lihat lubang yang ada disediakan untuk imam.

Batu karbala yang
bulat leper atau empat segi berada di tempat sujud mereka. Mereka sujud di atas
batu itu. Batu yang paling suci pada mereka diambil di Karbala, atau di Masyad
dan Qom. Suatu cara bersembunyi, mereka akan melapik batu dengan sapu tangan
atau tisu supaya tidak diketahui orang.

Soalnya, adakah sah
solat di belakang Syiah…

Guru saya menjawab:

Solat di belakang
Syiah?

Imam Bukhari berkata : “Bagi saya sama saja, apakah aku solat di belakang Imam yang beraliran Jahmiyyah atau Rafidhah (Syiah) atau aku solat di belakang Imam Yahudi atau Nasrani. Dan seseorang Muslim tidak boleh memberi salam pada mereka, dan tidak boleh mengunjungi mereka ketika sakit juga tidak boleh berkahwin dengan mereka dan tidak menjadikan mereka sebagai saksi, begitu pula tidak makan haiwan yang disembelih oleh mereka.” (Imam Bukhari / Khalgul Afail, halaman 125).

DIalog Imam Asy
Syafi’i dengan murid seniornya, Al Buwaithi:

البويطي يقول:
سألت الشافعي: أصلي خلف الرافضي؟ قال: لا تصل خلف الرافضي، ولا القدري، ولا المرجئ.
قلت: صفهم لنا. قال: من قال: الإيمان قول، فهو مرجئ، ومن قال: إن أبا بكر وعمر ليسا
بإمامين، فهو رافضي، ومن جعل المشيئة إلى نفسه، فهو قدري

Albuwaithi: “Aku
pernah bertanya kepada Imam Asy Syafi’i, apakah boleh aku solat di belakang
orang berfahaman (syi’ah) rafidhah?”

Imam Asy Syafi’i menjawab: “Janganlah solat di belakang orang yang berfahaman Syi’ah Rafidhah, atau orang berfahaman Qadariyah, atau orang berfahaman Murji’ah!”

Al Buwaithi
mengatakan: “Sebutkanlah sifat mereka kepada kami!”

Imam Syafi’i menjawab:
“Barangsiapa mengatakan bahawa iman itu perkataan saja, maka ia seorang
Murji’ah.

Barangsiapa mengatakan
bahawa Abu Bakar dan Umar bukan imam, maka ia seorang Syiah Rafidhah.

Barangsiapa menjadikan
kehendak untuk dirinya, maka ia seorang Qadariyah”

(Siyaru A’lamin
Nubala, karya Imam Dzahabi 10/31).

TIDAK BOLEH.

Rujukan:

  1. Ustaz Muhammad
    Haidzir Hussin
  2. Berita
    Iran. http://www.tabnakazargharbi.ir/fa/news/738315/نماز-جمعه-تهران-۶-اردیبهشت-۹۸
  3. Pengkhianatan-pengkhianatan
    Syiah dan Pengaruhnya Terhadap Kekalahan Umat Islam (terjemahan), oleh Dr Imad
    Abdus Sami’ Husain, terbitan al-Kautsar

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet