Boleh Ke Solat Berimamkan Syiah?

901

“Tidak pernah aku melihat golongan menurut hawa nafsu yang lebih penipu daripada golongan Syiah.’‘ – Imam as-Shafie.

Syiah memegang jawatan menteri bukanlah suatu perkara baru. Di zaman Khilafah Abbasiah, terdapat seorang menteri yang merosakkan pertahanan negara. Dia bernama Muayyiduddin Abu Thalib Muhammad bin Ahmad Al- Alqami Asy-Syi’i.

Ibnu Katsir berkata, “Pada saat itu di Baghdad terjadi fitnah yang hebat antara orang-orang Syiah dengan orang-orang Ahlu Sunnah. Di mana Al-Kurkh dan rumah-rumah orang Syiah ditaklukkan, bahkan termasuk rumah kerabat menteri Ibnu Al-Alqami. Inilah yang menjadi salah satu penyebab paling kuat sehingga dia meminta bantuan kepada orang-orang Tatar.

Dia telah menggesa supaya beratus ribu jumlah tentera dikurangkan, sehinggalah pertahanan Baghdad menjadi lemah. Rakyat di arah supaya berdiplomasi dengan tentera kafir Tatar. Seruan jihad juga diabaikan. Disuruh agar berlembut dengan musuh.”

Sandiwaranya tampak apabila musuh dengan mudah masuk menjarah negara.

Syiah, dasar pengkhianat!

Kaum berakidah sesat ini juga berbeza solatnya.

Imam solat berjemaah mereka, di hadapan dan berada dalam satu lubang yang lebih rendah daripada makmum. Jikalau di masjid, kita dapat lihat lubang yang ada disediakan untuk imam.

Batu karbala yang bulat leper atau empat segi berada di tempat sujud mereka. Mereka sujud di atas batu itu. Batu yang paling suci pada mereka diambil di Karbala, atau di Masyad dan Qom. Suatu cara bersembunyi, mereka akan melapik batu dengan sapu tangan atau tisu supaya tidak diketahui orang.

Soalnya, adakah sah solat di belakang Syiah…

Guru saya menjawab:

Solat di belakang Syiah?

Imam Bukhari berkata : “Bagi saya sama saja, apakah aku solat di belakang Imam yang beraliran Jahmiyyah atau Rafidhah (Syiah) atau aku solat di belakang Imam Yahudi atau Nasrani. Dan seseorang Muslim tidak boleh memberi salam pada mereka, dan tidak boleh mengunjungi mereka ketika sakit juga tidak boleh berkahwin dengan mereka dan tidak menjadikan mereka sebagai saksi, begitu pula tidak makan haiwan yang disembelih oleh mereka.” (Imam Bukhari / Khalgul Afail, halaman 125).

DIalog Imam Asy Syafi’i dengan murid seniornya, Al Buwaithi:

البويطي يقول: سألت الشافعي: أصلي خلف الرافضي؟ قال: لا تصل خلف الرافضي، ولا القدري، ولا المرجئ. قلت: صفهم لنا. قال: من قال: الإيمان قول، فهو مرجئ، ومن قال: إن أبا بكر وعمر ليسا بإمامين، فهو رافضي، ومن جعل المشيئة إلى نفسه، فهو قدري

Albuwaithi: “Aku pernah bertanya kepada Imam Asy Syafi’i, apakah boleh aku solat di belakang orang berfahaman (syi’ah) rafidhah?”

Imam Asy Syafi’i menjawab: “Janganlah solat di belakang orang yang berfahaman Syi’ah Rafidhah, atau orang berfahaman Qadariyah, atau orang berfahaman Murji’ah!”

Al Buwaithi mengatakan: “Sebutkanlah sifat mereka kepada kami!”

Imam Syafi’i menjawab: “Barangsiapa mengatakan bahawa iman itu perkataan saja, maka ia seorang Murji’ah.

Barangsiapa mengatakan bahawa Abu Bakar dan Umar bukan imam, maka ia seorang Syiah Rafidhah.

Barangsiapa menjadikan kehendak untuk dirinya, maka ia seorang Qadariyah”

(Siyaru A’lamin Nubala, karya Imam Dzahabi 10/31).

TIDAK BOLEH.

Rujukan:

  1. Ustaz Muhammad Haidzir Hussin
  2. Berita Iran. http://www.tabnakazargharbi.ir/fa/news/738315/نماز-جمعه-تهران-۶-اردیبهشت-۹۸
  3. Pengkhianatan-pengkhianatan Syiah dan Pengaruhnya Terhadap Kekalahan Umat Islam (terjemahan), oleh Dr Imad Abdus Sami’ Husain, terbitan al-Kautsar

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.