Boleh Ke HIV Tersebar Melalui Gigitan Nyamuk?

354

Kita semua tahu bahawa kuman human immunodeficiency virus (HIV) boleh tersebar melalui suntikan jarum, atau pertukaran bendalir badan seperti melakukan seks tidak selamat, namun pernahkah anda terfikir, apa jadi jika seekor nyamuk ni dia gigit seorang pesakit yang mempunyai jangkitan HIV kemudiannya dia gigit pula mangsa yang seterusnya, adakah virus ini akan tersebar? Jika tidak, adakah ini bermaksud saintis boleh mencari penyembuhan HIV melalui nyamuk?

Jadi, pertama sekali, kita kena fahami bahawa nyamuk bukanlah boleh diandaikan sebagai jarum yg terbang ke sana sini membawa virus. Muncungnya atau snout, bahasa inggerisnya terdiri drpd 6 struktur “mulut”; 4 daripadanya untuk menembusi kulit, 1 tiub untuk mnghantar saliva atau air rembesan nyamuk sebagai pencair darah, dan satu lagi tiub untuk pengaliran semula darah ke perut nyamuk.

Dan yang kedua, kita juga perlu faham bahawa nyamuk menjadikan darah kita sebagai “makanan”, bukannya nyamuk tu hisap darah kita untuk dimasukkan ke dalam salur darahnya melalui transfusi darah. (nyamuk mana ada salur darah)

Jadi, ada 3 sebab mengapa kuman HIV tidak boleh disebarkan melalui nyamuk.

1.Sistem “snout” nyamuk tersebut

Seperti yangg saya terangkan di atas, ada dua saluran berbeza satu untuk saliva dan satu lagi untuk sedutan darah. Jadi sistem ini mnyebabkan tiada campuran antara darah yang disedut semula untuk mangsa seterusnya, cuma yg dikongsi diantara mangsa gigitan nyamuk adalah saliva nyamuk tersebut

2. Nyamuk tiada CD4 T Cell dalam sistem pencernaannya

HIV bergantung kepada sel darah putih manusia, CD4 T Cell untuk membahagi dan seterusnya menjangkiti kesemua sel darah putih sehingga sampai satu tahap pesakit mengalami Acquired Immunodeficiency syndrome (AIDS).

Apabila nyamuk sedut darah pesakit HIV, darah tersebut masuk di dalam sistem pencernaan, dan disebabkan dalam sistem pencernaan nyamuk tidak mengandungi T Cell, HIV tidak berupaya untuk membahagi, dan seterusnya dicernakan di dalam badan nyamuk

3.HIV biasanya tersangat rendah kandungannya di dalam badan pesakit HIV

Disebabkan “titer” HIV pada pesakit adalah sangat rendah, hal ini menyebabkan risiko untuk virus tersebut dipindahkan ke dalam badan nyamuk tersangat rendah. Jadi, disebabkan titernya yang rendah, agak mustahil seseorang itu boleh mendapat jangkitan HIV drpd gigitan nyamuk, dan ditambah pula survivability HIV dalam badan nyamuk ini tersangat rendah, yang mana selalunya virus ini dicernakan dalam masa yang singkat dalam badan seekor nyamuk

Kes yang sama juga untuk serangga-serangga lain yg menghisap darah seperti kutu dan juga vampire.

Jadi, kenapa dalam kes demam denggi, malaria, chikungunya dan lain-lain penyakit boleh disebarkan melalui nyamuk, menjadikan nyamuk sebagai haiwan nombor satu pembunuh manusia?

Untuk sesuatu penyakit itu transmittable atau boleh dipindahkan, terdapat 2 cara iaitu sama ada virus tersebut mencemar bahagian mulut serangga tersebut (simple transfer) atau kedua, di mana virus tersebut membahagi di dalam kelenjar saliva nyamuk. Disebabkan saliva nyamuk ini dikongsikan pada setiap mangsa, maka, penyakit ini boleh dipindahkan dari satu mangsa ke mangsa yang lain.

Jadi, itulah sebab mengapa HIV tidak boleh disebarkan oleh nyamuk. Kebanyakkan kita tahu fakta ini, cuma kita tak tahu mengapa.

Terapkan sifat ingin tahu tentang benda-benda sebegini jadi kita boleh tambah pengetahuan kita bersama, ingat “curiosity kills a cat, not a human”

RUJUKAN:

Can we get AIDS from mosquito bites? ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10554479

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.