Seperti negara-negara lain, Britain juga memfokuskan usaha kepada pelancongan domestik bagi membangunkan semula industri pelancongan yang terjejas akibat Covid-19. Justeru, tidak hairanlah ramai penduduk mengambil peluang pergi ke destinasi-destinasi pelancongan menarik. Dan bagi individu yang berhati kering, tempat-tempat berhantu pasti menjadi pilihan seperti P3nj4r4 Bodmin di Cornwall.

P3nj4r4 Bodmin atau Bodmin Gaol direka oleh Sir John Call dan dibina pada tahun 1779 oleh tahanan-tahanan p3r4ng British ketika itu. P3nj4r4 ini beroperasi selama 150 tahun dan menyaksikan 35,000 banduan termasuk 341 kanak-kanak pernah menghuni p3nj4r4 berkenaan. Bodmin juga menjadi saksi kepada 55 hukuman gantung sampai m4t1 sehingga 1909 sebelum hukuman dipindahkan ke P3nj4r4 Exeter.

Selepas ditutup pada tahun 1929, P3nj4r4 Bodmin bertukar peranan sebagai kasino dan kelab malam pada tahun 1930. Tetapi selepas sebahagian bumbung dikeluarkan untuk tujuan pembaikan, ia mengakibatkan pelbagai bahagian kompleks bangunan rosak dan terabai.

Cubaan memvsn4hkan kompleks Bodmin pada tahun 30-an dan 40-an agar boleh digunakan untuk tujuan salvaj berakhir dengan kegagalan. Ini kerana dinding kompleks p3nj4r4 yang dibina amat tebal dengan ketebalan satu meter dan baik kualiti binaannya. Justeru, sebarang usaha merobohkan p3nj4r4 tersebut dianggap mustahil.

Pada tahun 2004, keluarga Wheten membeli kompleks p3nj4r4 ini dan membelanjakan sejumlah wang untuk memulihara tempat bersejarah di Bodmin itu. Secara perlahan-lahan, ia mengalami transformasi sebagai tempat tumpuan pelancong termasuk kisah-kisah hantu yang ‘menghuni’ p3nj4r4 berkenaan.

Ia kemudian disusuli dengan projek pembangunan semula P3nj4r4 Bodmin dengan kos £8.5 juta (RM45.6 juta) bermula dari tahun 2015 sehingga pertengahan tahun 2020. Kompleks ini kembali dibuka semula kepada umum pada 1 Oktober 2020. Dan bagi yang merancang untuk menginap di p3nj4r4 ini, sebuah hotel butik yang dibina dengan kos £38.5 juta (RM206.7 juta) akan dibuka pada Februari tahun hadapan.

Yang pasti, pengunjung yang berhati kering akan diberi peluang merasai ‘laluan gelap bawah tanah’ yang turut dilengkapi kesan khas. Sambil pengunjung melalui laluan tersebut, mereka merasai pengalaman banduan yang hidup dan m4t1 di p3nj4r4 berkenaan. Mereka boleh memeriksa sel-sel p3nj4r4 yang pernah dihuni banduan dan memeriksa artifak-artifak Bodmin termasuk tengkorak yang didakwa milik R4ks4s4 Bodmin.

Rajah 1: Pengurus paranormal P3nj4r4 Bodmin, Kirsten Honey membetulkan kedudukan sebuah artifak menakutkan. Sumber: https://www.theguardian.com/uk-news/2020/oct/01/inside-bodmin-jail-britain-most-haunted-building-prison-visitor-attraction-cornwall

Pelawat boleh memasuki laluan gelap berkenaan menerusi pintu rahsia yang disembunyikan di sebalik rak buku. Dari situ, pengunjung akan mendengar pelbagai kisah bukan saja membabitkan P3nj4r4 Bodmin tetapi kisah-kisah menyelubungi bandar Bodmin dari penyeludupan hinggalah perlombongan.

Satu tempat yang bikin sesiapa saja menjerit ketakutan ialah ruang hukuman m4t1. Menurut pemandu pelancong kompleks berkenaan, Jess Marlton, hukuman m4t1 sentiasa menarik perhatian penduduk ketika itu dan dihadiri ribuan orang.

Dia berkata, “Upacara hukuman m4t1 sentiasa menarik perhatian orang ramai. Rekod menunjukkan 20,000 hingga 25,000 orang akan datang menonton upacara tersebut. Kalau di London, upacara sebegini boleh menarik kehadiran 40,000 orang. Pada ketika itu, itulah hiburan yang dicari orang ramai. Ia merupakan cara untuk mendorong khalayak agar berkelakuan baik. Ia boleh dianggap sebagai satu acara kemasyarakatan.”

Antara banduan yang pernah dihukum m4t1 di situ ialah Lightfoot bersaudara (William dan James Lightfoot). Kedua-duanya dijatuhkan hukuman m4t1 selepas didapati bersalah mer0mp4k saudagar Neville Norway di satu jalan antara Bodmin dan Wadebridge pada tahun 1840. 20,000 orang menyaksikan hukuman mereka dan sebuah keretapi disediakan khas agar orang ramai tidak terlepas menyaksikan hukuman tersebut.

Selain Lightfoot bersaudara, Selina Wadge turut dihukum m4t1 di situ pada tahun 1878 selepas didapati bersalah membvnvh anak lelakinya sendiri. Wanita berusia 28 tahun itu berbuat demikian dengan cara menjatuhkannya dalam sebuah perigi di Bodmin Moor. Sebelum dihukum m4t1, kata-kata terakhirnya ialah, “Tuhan, hantarkan aku pergi dari dunia yang menyedihkan ini.”

Rajah 2: Salah satu sel Bodmin yang disinari lampu dan kesan khas menakutkan. Sumber: https://www.theguardian.com/uk-news/2020/oct/01/inside-bodmin-jail-britain-most-haunted-building-prison-visitor-attraction-cornwall

Kehidupan di p3nj4r4 amat mencabar bagi penghuninya terutama kanak-kanak. Mereka perlu tinggal dalam sel-sel komunal dan seorang daripada empat banduan m4t1 akibat peny4kit tifoid.

Sejak itu, keadaan p3nj4r4 menjadi lebih baik dengan Bodmin mendakwa merupakan p3nj4r4 pertama yang mempunyai sel individu. Sanitasi p3nj4r4 ditambah baik, banduan-banduan dibayar untuk setiap kerja mereka dan kem4tian disebabkan peny4kit dianggap jarang berlaku.

“P3nj4r4 ini boleh memuatkan 200 orang pada satu-satu masa. Tetapi itulah juga punca kejatuhannya. Ianya terlalu besar dan pada tahun 1900, terdapat sebuah p3nj4r4 di Exeter dan sebuah lagi di Plymouth. Dan itulah sebab mengapa ia kemudiannya dijual,” ujarnya.

Selain itu, pengunjung juga pasti tertarik melihat sebuah t3ngk0r4k yang dikatakan milik makhluk yang dipanggil R4ks4s4 Bodmin. T3ngk0r4k itu dikatakan ditemui 100 tahun lepas semasa usaha merobohkan sayap hospital p3nj4r4 dilaksanakan. Menurut catatan bekas tahanan p3r4ng Bodmin, Kapten Mathieu Pringy, makhluk tersebut mempunyai renungan mata yang tajam dan gigi lebih panjang daripada p1s4u b3l4t1.

Pengunjung juga berpeluang melihat koleksi kunci p3nj4r4 yang ditemui semasa proses ekskavasi di ruang hukuman pada tahun 2005. Ramai pakar mengandaikan kunci-kunci ini berkemungkinan dibuang oleh warden-warden ke ruang tersebut seolah-olah sebagai isyarat bahawa ia tidak lagi digunakan sebagai p3nj4r4 pada tahun 1929.

Pengurus besar p3nj4r4, Martin Lyall menyifatkan membuka semula P3nj4r4 Bodmin pada era Covid-19 sebagai sesuatu yang mencabar. Tetapi pada masa sama, melihat kepada trend pelancongan domestik yang kuat di Cornwall, beliau merasakan p3nj4r4 tersebut akan meraih manfaat daripada trend tersebut.

Bagi bandar Bodmin sendiri, ia dilihat boleh merangsang aktiviti ekonomi bandar berkenaan dan bersaing dengan tempat tumpuan pelancong lain di Cornwall seperti Eden Project dan St Michael’s Mount. Dijangkakan 30 orang akan bekerja di P3nj4r4 Bodmin manakala 50 lagi akan bekerja di hotel yang akan dibuka pada Februari tahun hadapan.

RUJUKAN:

Becquart, Charlotte. (2020). Inside Bodmin Jail’s new £8.5m attraction ahead of its opening. Cornwall Live. https://www.cornwalllive.com/news/cornwall-news/inside-bodmin-jails-new-85m-4563045

Morris, Steven. (2020). Inside the revamped Bodmin jail, one of Britain’s ‘most haunted’ buildings. The Guardian. https://www.theguardian.com/uk-news/2020/oct/01/inside-bodmin-jail-britain-most-haunted-building-prison-visitor-attraction-cornwall


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.