Korang dah tengok belum Boboiboy The Movie 2? Ni saya nak review pasal filem ni, mungkin panjang sikit tapi bacalah. Membacakan jambatan ilmu?

Pertamanya bila nak tengok Boboiboy ni ialah kita perlu membuang stigma bahawa animasi Malaysia adalah untuk kanak-kanak. Ya, hakikatnya Boboiboy adalah hiburan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira batasan umur.

Kenapa kita boleh layan animasi dari luar contohnya Frozen (sampai kita boleh hafal lagu let it go, let it go) tanpa ada banyak dolak-dalik tetapi bila bercerita soal animasi Malaysia, kita kata ia hanya untuk kanak-kanak sahaja. Nampak macam ada double standard je kan?

Memanglah kita tidak boleh nak banding filem BTM2 ini dengan animasi-animasi keluaran Disney ataupun Pixar yang memperuntukkan bajet puluhan juta ringgit. Namun, dengan bajet hanya sekitar RM5-6 juta, saya kira filem Boboiboy ini telah memberikan kepuasan sinematikal bagi saya personally. Cukup rempah ratusnya.

Saya melihat 2 perkara asas yang buat saya tertarik dengan filem ini:

1. Ia menghiburkan. Jalan ceritanya mudah. Lawak-lawaknya pun kena dengan situasi dan sangat bersahaja. Korang tak perlu dipaksa untuk ketawa terbahak-bahak dalam banyak scene dalam filem ini. Babak aksinya pun power. Serius!

2. Ia adalah sebuah filem berfalsafah(ok bab yang ini saya nak cerita panjang sikit). Bercerita tentang falsafah ini, saya pernah tengok cerita kartun The Peanuts, ada satu babak yang dibikin secara homour, Charlie Brown berbincang dengan kawan-kawannya tentang karya Mark Twain dan dia kena buat tugasan cari buku Leo Tolstoy; War And Peace. Pada saya babak ni power.

Bila cerita pasal falsafah ni maksud saya bukanlah kita nak kena hadam Friedrich Nietzsche, Francis Fukuyama, Samuel Huntington atau Noam Chomsky untuk hadam falsafah dalam filem Boboiboy ni tapi cukuplah kita faham ia adalah sebuah ‘filem berfalsafah’ yang nak ajak kita berfikir.

Secara asasnya, filem ini adalah sebuah filem berkonsepkan 1 Malaysia as a family. Ada watak Melayu, ada watak cina, ada watak India dan watak-watak ini saling-melengkapi antara satu sama lain tanpa ada sebarang prejudis. Segalanya adalah berteraskan budaya Malaysia, rakyat berbilang kaum Malaysia, jatidiri rakyat Malaysia dan semangat setiakawan rakyat Malaysia. Ini falsafah paling penting yang cuba diterapkan dalam filem ini.

Dalam filem ini juga, kita faham bahawa kadangkala nilai kemanusiaan melangkaui batasan kejahatan. Kita boleh lihat melalui watak Boboiboy menyelamatkan Adudu dan Probe dalam babak awal filem ini. Dia boleh sahaja tak tolong Adudu tapi atas dasar kemanusiaan dia pi jugak tolong Adudu dan last-last Adudu tolong team dia pulak lepas tu. Nampak tak konsep kalau kita buat baik kat orang, natijahnya pun akan jadi baik last-last.

Filem ini juga bercerita tentang ‘semangat bangkit melawan’ anak-anak muda. Ya, Boboiboy dan kawan-kawannya sanggup meninggalkan ‘the comfort zone’ harian dorang, keluarga dorang untuk melawan kejahatan, kekejaman dan penindasan.

Dewasa ini kita memang banyak filem tentang anak muda tetapi boleh dikatakan hampir kesemuanya hanya menjurus kepada anak-anak muda dari perspektif yang negatif seperti mat rempit, minah rempit, lumba kereta haram, remaja yang bergelumang dengan kancah maksiat, kisah cinta remaja, gangsterisme, gay, lesbian etc etc.

Industri kita amat kurang filem-filem yang memberikan motivasi kepada anak muda so pada saya, pengajaran yang ada dalam filem BTM2 ini menjadikan ia satu filem yang bagus untuk ditonton. Yelah, disaat remaja kita kat Malaysia masih dok bawah ketiak mak, Boboiboy dan kawan-kawannya dah bercakap soal nak menyelamatkan bumi, kan power tu 🙂

Persoalan MENGHORMATI GURU juga diangkat sebagai tema dalam filem ini. Ini satu perkara yang sangat bagus kerana sekarang ini banyak sangat isu berkaitan murid kurang ajar jadi sekurang-kurangnya filem ini menyampaikan mesej agar hormatilah guru walaupun disampaikan dalam nada lawak semasa babak perguruan Boboiboy dan tok gurunya. Kalau nak tau kenalah pi tonton ya?

Saya kira pembikinan sesebuah filem animasi adalah merupakan sesuatu kerja yang amat rumit dan komplikated. Syabas saya ucapkan kepada Nizam Razak dan teamnya, Animonsta Studio kerana Boboiboy The Movie 2 telah meletakkan industri animasi kita pada tahap yang sangat-sangat membanggakan.

Secara keseluruhannya pada saya filem ini sangat bagus dan sewajarnya ditonton oleh setiap lapisan rakyat Malaysia.

Macam saya cakaplah tadi, ia sebuah filem yang cukup rempah ratusnya. Ada elemen lucu, sedih, konflik, twist, aksi dan ada nilai murni yang anda akan dapat apabila menonton filem ini.

Oh ya, anda tak perlu nak tengok semua siri tv Boboiboy untuk faham filem ini, so kepada seluruh rakyat Malaysia, mari kita support sikit industri filem kita kerana siapalah yang akan menyokong industri perfileman Malaysia, kalau bukan kita, kan? Jom!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Muhammad Yusof adalah seorang pembaca seni, falsafah dan budaya.

Comments are closed.