Boba adalah suatu terma yang sangat dekat di hati anak muda tetapi amatlah antonim di sisi golongan emas. Boba disini bukanlah sebuah nama permainan video ataupun drama bersiri tetapi ia merupakan sebuah minuman “bubble tea”.

Secara  konsepnya, minuman ini merupakan seakan akan teh susu tetapi dalam versi yang lebih moden. Mutakhir ini, boba seakan akan menjadi fenomena di tanah air kita hingga kebanyakan syarikat yang terlibat dengan industri ini melebarkan sayap ke seluruh pelusuk negara dari Kangar ke Kota Kinabalu.

Ia boleh diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan bagi memenuhi kehendak dan nafsu masyarakat setempat. Fenomena ini mula menjadi tular apabila individu-individu terkenal di negara ini ‘meracuni’ pemikiran anak muda untuk mencuba minuman ini. Mereka telah mencanang ideologi ini pada berbagai lapisan umur seawal setahun jagung di setiap ceruk medium yang dapat mereka akses bagi menyampaikan keenakkan minuman ini.

Sebelum mendalami isu utama, mari kita telusuri dan fahami asal usul boba ini. Pada sekitar tahun 1980an, Liu Han-Chieh telah mendapat ilham untuk memulakan minuman teh selepas memerhatikan rakyat Jepun yang gemar meminum kopi sejuk.

Untuk dijadikan cerita, individu ini secara tidak sengaja telah meletakkan ubi kayu kedalam minuman teh. Tetapi anehnya, campuran itu tidak dikritik tetapi dipuji dan seterusnya memacu kepada keuntungan kepada Liu kerana menjadi minuman paling laris dalam produknya.

Menurut statistik yang dikeluarkan, ‘bubble tea’ menghuni tangga kedua bagi makanan yang sering dipesan dalam talian pada tahun 2018. Boba pada harini berjaya mencuri tempat di hati anak muda kerana gabungan teh susu, ‘pearl’ dan ais yang dikenakan sangat menarik. Teh susu memainkan peranan sebagai kandungan utama dengan mengetengahkan kemanisan yang menjadi penaik selera.

Dengan kehadiran ‘pearl’, ia seakan menambahkan nikmat dalam minuman itu kerana dapat mengunyah sambil menghilangkan dahaga. Ais juga penting untuk menyejukkan minuman agar ia dapat diminum dengan lancar. Tidak ketinggalan, penyedut minuman bersaiz besar bagi melancarkan proses meminum boleh menaikkan nafsu mereka untuk mencuba minuman ini.

Atas desakan pelbagai pihak yang mempromosikan minuman ini secara tidak langsung di laman sesawang seperti media sosial membuatkan boba menjadi keutamaan berbanding minuman lain. Dalam keasyikkan kita ‘menyembah’ minuman ini, kita seakan terlupa akan sebuah frasa yang sering meniti di bibir masyarakat iaitu tiada perkara yang sempurna dalam dunia ini, pasti akan ada cacat celanya walaupun dalam kadar yang minimum. Dalam kemanisan teh susu itu, sedarkah kita ia mampu menjadi racun kepada kesihatan kita dalam jangka masa panjang.

Isu pertama yang dipersoalkan ialah status halal minuman yang tular ini. Menurut sumber yang dipercayai, pihak berkuasa JAKIM mengesahkan bahawa kebanyakkan premis yang menyajikan masyarakat masih belum mendapat pengiktirafan. Hanya beberapa syarikat yang telah lulus dan menepati piawaian yang ditetapkan.

Mungkin segelintir kita percaya akan pengumuman yang dibuat bahawa mereka menggunakan bahan semulajadi tetapi jika was was dengan keadaan kedai dan bahan yang digunakan, kita  perlu elakkan agar tidak menjadi masalah buat diri kita. Di nasihatkan agar sentiasa menjadikan pihak berkuasa yang berkaitan sebagai sumber rujukan dalam memastikan makanan tersebut mendapat pengiktirafan.

Selain itu, kadar gula yang digunakan dalam minuman ini sangatlah tinggi. Menurut kajian yang dikeluarkan, segelas boba (500ml) mengandungi 92g gula ataupun sekitar 18 sudu gula teh. Lebih mengejutkan, kadar gula ini adalah 3 kali ganda lebih tinggi berbanding kandungan gula dalam 320ml coca cola.

Apabila mengambil gula secara berlebihan boleh mengaktifkan pelbagai penyakit seperti diabetes. Penyakit ini merupakan musuh nombor 1 negara. Lebih menyedihkan, Malaysia dikatakan mempunyai bilangan pesakit diabetes yang tertinggi di Asia. Mencegah lebih baik daripada merawat. Beralih pula kepada bahagian seterusnya pada minuman ini iaitu ‘pearl’.

Kebanyakkan pengeluar mengunakan tapioka atau ubi kayu sebagai bahan utama bagi makanan ini. Secara spesifiknya, kanji tapioka digunakan dan bahan ini sukar dicerna oleh sistem penghadaman manusia. Akibatnya, ‘pearl’ ini tidak dicernakan dan memenuhi ruang di dalam usus manusia.

Semakin hari semakin bertambah kerana tidak diproses dan dikeluarkan dari tubuh. Baru baru ini, berlaku satu kes di China di mana seorang pelajar di masukkan ke dalam hospital kerana mengalami kesukaran untuk makan dan membuang air besar. Ambil pengajaran dan kurangkan pengambilan mutiara yang tidak berharga ini.

Tuntasnya, setiap perkara mempunyai keburukkannya yang tersendiri. Terpulang kepada tuan badan untuk menilai akan baik buruk sesuatu perkara. Tiada larangan khusus dalam pengambilan minuman ini. Tetapi ingatlah, sebelum penyakit menjadi barah kita perlu sedaya upaya mengelakkan diri daripada terjebak agar tidak menjadi lebih kronik. Dalam mengejar nikmat dunia, jangan kita gadaikan tubuh yang tiada nilai ganti ini.

Artikel disumbangkan oleh H. Faizi untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Jangan hirau warna bendera, Kerana itu penyebab huru hara, Jangan kisah pengikut siapa, Asalkan dia pembela bangsa. Hairul Faizi bin Hairulnizam merupakan seorang anak muda yang berusia 19 tahun. Meminati bidang penulisan yang berkaitan dengan fakta dan sejarah. Berpegang teguh kepada semangat berilmu untuk berjasa digarapkan sekali dengan misi untuk mendidik bangsa. Bercita cita untuk membawa aura penulisan yang lebih menarik untuk menambat hati anak muda . Di barisan hadapan sebagai pembela, Ilmu di dada menabur jasa, Semakin memuncak cita-cita, Semakin tunduk pada yang Esa.

Comments are closed.